Kenapa Reka Nama Periuk Doraemon? | Julia Johari
Booking.com

Kenapa Reka Nama Periuk Doraemon?

Sebab apa julia namakan periuk ini nama "Periuk Doraemon". Sebab bila campak je semua jadi, tak pandai masak pun campak dalam periuk tu jadi hahaha. Yeke? Yelah, kalau tak takkan sampai ada orang ngumpat kat SINI. Hahahaha, gini. Istilah periuk doraemon ni julia cipta sebab mudah nak SEBUT dari sebut perkataan panjang bebenor apa tah nama dia pelupa plak, haaaa nama sebenor si periuk ni adalah Multifunctional Mini Electric Cooker/Steamer (MMECS)

Nak beli periuk doraemon klik link --->  Lazada Malaysia

Panjang kan nama dia, kalau sebut singkatan sekalipun ada yang paham? Silap hari bulan ko mesti tanya orang tu apa ke benda MMECS hahahhaha. Puaslah kawan ko tu nak ingat balik nama sebenar si periuk kehkehkeh. 

Itu sebab julia terlintas di fikiran pinjam perkataan doraemon sebab periuk ni bulat, gemuk pastu kecik, kecik-kecik pun dia berjasa kat perut korang weh, asal campak je sedap lain macam, asal lain macam mesti paling malas pun maggi jugak ko masak. Tapi masak maggi pun kesedapan tu lain macam. Eh malas aku nak citer, sebab dah bertahun guna ada entry lepas ko kena hadam balik. 

So, lepas raya, sebulan berpuasa, periuk doraemon releks je kan, dia dok puasa bila si tuan nak masak dalam tu, paling bodo pun maggi, paling syok buatlah tomyam ke, sup ayam ke.

Pagi ini julia masak sup bayam merah dengan hirisan ayam bersama nasi, pagi2 dah melantak nasi, almaklumlah perut jenis makan berat, so tahanlah sampai ke tengahari, sedap weh sayur bayam merah ni manisssssss je rasa, tu julia masak setengah tupperware je tau, esok rajin masak je balik simpan dalam peti ais opis je.

Kaedah nak simpan barang basah tu aku dah cerita berzaman dah, kalau lupa pi lah baca kat sini Panduan Mudah Dengan Periuk Doraemon

Selalu ke ko masak julia?
Tak lah, kadang-kadang je, ikut mood puting beliung aku berarah ke mana, kalau ke hulu ke hilir aku naik lif menapau je, kalau mood aku rasa bosan makan tapau, baru aku masak hahahha. Sebenarnya banyak kebaikan ko, ko boleh kurangkan garam dan minyak dalam masakan sempoi gila dalam periuk tu.

Pastu duit ko pun tak adalah keluar macam air hari2. Aku ni nak start menabung balik beb, almaklumlah, aku ni memang suka plan benda-benda lain. Macam holiday ke, apa2 je lah.

Bos ko tahu tak?
Apa plak tak tahu, bos aku baik, kadang2 dia tanya masak apa, dia suka kempen jimat ni, terima kasih bos bagi saya masak sekali sekala kt opis, sayang bos hahahhahahhah :p So korang pastikan bos korang halalkan cara korang ni, letrik pejabat kan, so guna tu berpada-pada.





















Alhamdulilah, kenyang dah, okeylah nak sambung buat layout kerja, nanti aku update cerita raya opis aku tengahari nanti. Bye!

9 comments:

  1. kannn kat tmpt baru ni akak x masak lagi periuk doreamon nie..tapi sabtu mmg nak bawak.

    ReplyDelete
  2. bestnya masak kat opis, jimat banyak tuuu..kat damansara ni mknn semua kemain mahalnya T_T

    ReplyDelete
  3. kreatif betul k.julia ni.kite pun ada periuk doremon ni selalu buat masak bubur untuk anak +panaskan lauk.later boleh la buat macam kak julia jugak masak2 kat pejabat.jimat sikit.

    ReplyDelete
  4. Namanya panjang sangat, jadilah periuk Doraemon. Masa bulan puasa tu kita masak juga kat opis, untuk orang nak berbuka :)

    ReplyDelete
  5. bos xkesa kot tp nk nyimpan bekas2 makanan n bahan2 tu xtau kt mn sebab eksa..xtau nk sorok mn ju..

    ReplyDelete
  6. wahhh.. ade jual eik? Julia jual ke periuk ni? mahal tak?

    ReplyDelete
  7. ha ha ha gelak besar aida kat sini bila baca julia explain nama piuk tu nape doraemon :)

    ReplyDelete
  8. memang patut dibagi nama periuk doraemon.. instead of nama asal diamultifunction, so maksud pun lebih kurang sama..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com