Sesungguhnya, ibadah korban dan aqiqah itu menjadi indikator untuk Allah mengukur nilai ketaatan setiap hambanya. Oleh itu, tunaikanlah segala perintah Allah SWT dengan penuh ketaqwaan, keikhlasan dan mengharapkan keredhaan penuh dari Allah SWT.

Baca ayat diatas, terus terbit di hati. Aku pernah tak laksanakan ibadah korban? Sekali seumur hidup? Kalau tanya dari sudut hati juju, ibadah aqiqah pernah la untuk anak, tapi ibadah korban tak pernah lagi juju buat tau. 

Pernah dengar mama dan abah cerita pada juju mereka laksana ibadah korban setiap tahun. Yelah mereka berkemampuan, macam kita ni keluarga sederhana banyak hal lain yang difikirkan perlu untuk digunakan lagi-lagi punya anak yang masih kecil. 

Tapi tak bermakna ibadah wajib ini kita biarkan ia berlalu sepi, juju selalu tanam dalam hati berdoa supaya Tuhan permudahkan urusan kami di bahagian ini suatu hari nanti.

Kalau dulu nak laksanakan ibadah korban mahupun aqiqah kita kena mencari di kampung-kampung mahupun masjid-masjid dengan orang yang anjurkan ibadah sebegitu, sekarang dunia digital. 

Nak laksana ibadah korban dan aqiqah kini boleh dilaksanakan di Mekah tau. 

Korban dan aqiqah yang dilaksanakan di tanah suci Mekah tu boleh percayakah? 
Inilah persoalan yang sering berlegar di fikiran setiap dari kita bila hendak melaksanakan ibadah korban mahupun ibadah aqiqah. 

Betul, juju pun selalu fikir dengan suami setiap tahun bila nak buat keputusan pilih agensi atau cawangan yang sah anjurkan korban dan aqiqah. Juju pun mulakan pencarian di internet dan baca banyak review tentang satu agensi ini iaitu UTS Trading Enterprise

Banyak betul pilihan kambing, semua kelihatan baka sihat dan baik serta di jaga rapi. 

UTS Trading Enterprise tawar bayaran ansuran khas untuk ibadah korban dan aqiqah. 
Tahu tak? Hasil bacaan juju, nak laksanakan ibadah korban serendah RM320 seekor tau. Aqiqah RM350 seekor. Nak buat ibadah korban dan aqiqah tahun ini tapi tak mampu nak bayar? 

Dah tak perlu risau, ada skim ansuran di anjurkan oleh pihak UTS Trading Enterprise. 

Ini pertama kali juju baca ada servis ansuran bayar bagi laksanakan ibadah korban dan aqiqah. Kita boleh buat bayaran ansuran untuk ibadah korban serendah RM113.60 sebulan manakala aqiqah RM124.25 sebulan. 

Alhamdulilah. Betul-betul memberi peluang emas kepada kami. Alhamdulilah, tak lah rasa terbeban nak bayar jumlah yang banyakkan. 

Tak adalah asyik mengelat je dari nak laksanakan ibadah korban mahupun aqiqah.
Pusat sembelihan di Mekah. 
Kenapa kambing di Mekah murah?

Korban dan Aqiqah di Mekah lebih murah berbanding di Malaysia
Tahukah anda, kambing adalah makanan asasi di sana berbanding kita di Malaysia. Itu sebablah harganya lebih rendah berbanding di Malaysia. 

Ketahui umum, daging korban yang kita niatkan untuk dikorbankan ia akan diedarkan dibeberapa negara islam yang miskin.

Antaranya negara penerima iaitu Azerbaijan Bangladesh, Burkina Faso, Chad, Comoros,  Djibouti, Gambia, Ghana Guinea Bissau, Guinea Conakry, Iraq, Jordan, Lubnan Liberia, Mali, Mauritania Mauritania, Mozambique Niger, Pakistan, Palestin, Senegal, Sierra Leone, Sudan, Syria mahupun Tanzania.

Pusat sembelihan yang ada didalam tanah haram dilesenkan @ diberi permit kurang daripada 10.

Kenapa bukti bergambar @ video secara individual tidak dapat diberikan?
  • Jemaah Haji tahun 1444H 2 juta orang
  • Purata sembelihan setiap orang jemaah 1 ekor kambing iaitu sembelihan dam dan korban.
  • Sembelihan korban yang dibuat oleh penduduk setempat dan orang luar di tanah haram sekitar 1 juta ekor kambing. Terlalu ramai. 
  • Menjadikan jumlah keseluruhan sembelihan dalam masa 4 hari iaitu 10,11,12, dan 13 Zulhijjah sebanyak 3 juta ekor kambing. Tak terkira jumlah bilangannya. 
  • Jumlah ini tidak memungkinkan pusat sembelihan memberi bukti berbentuk gambar atau video secara individu.
Sesungguhnya Allah hanya menerima korban dari orang yang bertakwa. Jadi ikhlaskanlah niat kita apabila ingin melaksanakan ibadah tersebut. Semoga kita peroleh rahmat dan keberkatan dariNya. Amin.

InsyaAllah, kami pun berhajat besar tahun ini nak laksanakan ibadah korban. Doakan kami ya. 

Untuk maklumat lanjut boleh layari dibawah: 

3 Comments

  1. harga tu untuk ansuran berapa tahun tu juju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti kak ita klik website tu dia ada paparkan bahagian bayaran penuh atau nak pakej bayaran ansuran secara atome. Tak sampai bertahun kak. Maybe ambil beberapa bulan sehingga selesai ansuran.

      Delete
  2. Alhamdulillahhhh semua ni memudahkan urusan danmembantu golongan kurang mampu tuk beribadat.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)