Penulis bersama Duta Molfix, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari tika mengunjungi booth Molfix di Baby Expo Mid Vally 24 hingga 27 Nov 2022.

Tahniah Molfix Malaysia, selamat ulang tahun pertama! Molfix jenama ini buat pertama kalinya julia tahu diperkenalkan di Malaysia sejak tahun lepas.


Sehubungan dengan itu, jenama ini nampaknya telah berjaya mencuri ramai hati dan telah menjadi pilihan utama berjuta-juta ibu bapa di Malaysia.


Julia baru dikurniakan seorang baby pramatang, maka jenama lampin pakai buang Molfix memang dalam salah satu analisa dan kajian julia tau.


Sebab setiap baby mempunyai kulit sensitif jadi sudah semestinya julia nak ketenangan fikiran sambil memberikan keselesaan dan kegembiraan kepada baby julia pada setiap masa. "Less stress, baby smile."


Di Malaysia, Molfix boleh didapati di lebih 4,500 kedai secara maya dan fizikal. Ia dijangka kian bertambah dimasa akan datang. Syabas Molfix!

Cik Joanne Wong, Marketing Manager, Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn Bhd,
Mr. Alp Bilgili, General Manager, Hayat Hygienic Products Malaysia Sdn Bhd,
Mr. Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Managing Director, AEON Big (M) Sdn Bhd.

Bersama duta rasmi Molfix, Awal Ashaari & Scha Al-Yahya sempena ulang tahun pertama
Molfix 1st Anniversary.

Hayat Kimya adalah pemacu utama pemain global dalam industri barangan pengguna (FMCG) yang bergerak pantas dan merupakan salah satu pengeluar lampin ke-5 terbesar dunia. Menarik!

Tambahan, mereka sangat komited untuk terus mengembangkan kehadirannya di Malaysia melalui jenama lampin berkualiti tinggi, Molfix.


#1 Pengalaman duta Molfix Scha Al-Yahya & Awal Ashaari berkongsi.

“Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ini untuk membina jenama Molfix dalam kalangan ibu bapa Malaysia dan berkongsi pengalaman, keunikan dan kualiti produk hebat ini yang tidak pernah gagal membawa kegembiraan, keselesaan dan perlindungan kepada bayi.


Kami berpeluang merasai pengalaman ini dan banyak lagi apabila anak perempuan kami Lila, yang berusia setahun mencuba produk Molfix.


Kami mempercayai Molfix dan gembira kerana kami memutuskan untuk bekerjasama dengan jenama yang diyakini dalam memberikan yang terbaik untuk ibu dan bayi.”


Wah, kita yang dengar pun rasa nak mencuba kan rangkaian produk Molfix.

Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari kongsi pengalaman bagaimana anak mereka Lila selesa pakai Molfix pampers tu.

#2  Kelebihan & Faedah Utama Produk Molfix 

  1. Molfix ‘Natural’ dengan bahan yang khusus seperti gentian buluh dan kapas organik mampu memberikan kelembutan dan sentuhan mesra kulit seperti yang di terbukti oleh pakar dermatologi dari Eropah.
  2. Kategori ini juga mampu untuk menampung sejumlah besar kencing bayi. Yang menariknya, data ujian makmal menunjukkan kekeringan sehinga 14 jam dapat dicapai.
  3. Bersama dengan Moilfix ‘Extra Dry’, kedua-dua kategori lampin dapat memberikan daya serap yang unggul & teknologi lapisan kering tambahan yang membolehkan penyerapan secara cepat dan mudah.
  4. Ini memberikan perlindungan penuh kepada bayi dan memastikan kulit mereka kering dan sihat.
Setiap ibu bapa pasti akan berasa tenang kerana mengetahui bahawa bayi mereka kekal selesa sepanjang hari.

Pemenang Kuiz Molfix, rezeki Julia jawab satu soalan Molfix dapat naik ke pentas bersama duta dan pemenang. Syukur alhamdulilah. Rezeki!

#3 Pencapaian Molfix dalam tahun pertama

  • Molfix berjaya memenangi Anugerah Pilihan Pembaca BabyTalk MamaPapa 2022 bagi kategori Pita Terbaik dan Lampin Seluar Terbaik.
  • Pembinaan kilang lebih meluas dalam pembuatan serantau baharu di Vietnam yang bertindak sebagai hab ASEAN untuk produk Molfix. 
  • Komitmen Hayat Kimya terhadap pertumbuhannya di Asia Tenggara diperkukuh lagi bagi memenuhi permintaan rantau ini termasuk pasaran Malaysia.
Ini sekaligus membolehkan setiap pengguna menikmati produk berkualiti premium dengan harga yang kompetitif seiring dengan keperluan trend semasa.
Pengunjung Molfix, banyak betul borong. Teruja lihat mereka datang awal pagi borong kelengkapan untuk anak-anak mereka. 

Sudah tentu julia pun tak lepaskan peluang untuk beli kelengkapan baby Qayla imani. 

Ke semua produk jenama Molfix anda boleh dapatkan di pasar raya terpilih seperti :

  • AEON Big, 
  • AEON Retail, 
  • Lotus’s, Giant, 
  • Billion Shopping Centres, 
  • Econsave, 
  • TF Value Mart, 
  • HeroMarket, 
  • Manjaku 
  • Platform talian online & lain-lain.

Layari http://www.molfix.com.my/ 

Beli Molfix di Shoppe klik link 👉 Molfix 

0 Comments