Terbaru: Klinik Dr Bazilah, Sentul Point, Kuala Lumpur

(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat), Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.

Semalam juju dan suami nak ke kedai deretan bawah rumah kedai tu, ternampak signboard baru naik cawangan di Sentul Point terbaru Klinik Dr Bazilah. 

Survey kat IG mereka baru soft launching semalam. Wah langkah kanan! Memang depan rumah je. Jalan kaki pun tak sampai 5 minit. Syukur! 

Pengalaman pernah mengalami masalah kulit kronik

Ingat lagi suatu ketika dahulu, juju diuji teruk dengan masalah kulit, iaitu ekzema di kaki kiri. Waktu itu susah nak cari klinik pakar kulit sekitar Kuala Lumpur dan naungan Selangor.

Bila nak buat temujanji selalunya kena beratur lama, ramai orang tau. 

Kita ingat kita je ada masalah tu rupanya ramai sebenarnya senasib dengan kita. Itu kisah beberapa tahun lepas kisah ekzema teruk. 

Juju kan baru lepas bersalin, dalam tempoh berpantang. 

Baru-baru ni juju perasan la sekitar anak mata dan sekitar leher serta bahu ada timbul isi berlebihan. 

Ia kecil je tapi agak menjengkelkan kalau diperhati secara dekat. 

Hmmm, orang kata kolesterol tu. Aku tak berapa pasti la kan selagi tak rujuk doktor pakar hal kulit ni.

Skintag (kulit berlebihan) rupanya macam mana? 

Kalau timbul dekat kawasan tepi mata, kalau orang pandang dekat dan rapat akan nampak daging lebih. 

Kalau tak ia akan timbul dekat pelipat. Warna skin tag (isi lebih) seakan warna kulit, kalau pandang dari jauh tak nampak kecuali diperhati secara jarak dekat memang kau rasa tengok cermin pun malu. 😰

Dimana nak buat rawatan skin tag?

Aku google, senang zaman sekarang baca je review di google semua keluar. 

Aku baca rakan sendiri ada ke Klinik Aesthetic Shah Alam dan sekitar Klinik Aesthetic KL.

Aku lebih selesa nak buat pilihan ke Klinik Dr Bazilah. Banyak dah cawangan dia rupanya. Nanti anda boleh baca cawangan lain diakhir blog ini ya. 

Sebab apa buat aku yakin dengan pilihan Klinik Dr. Bazilah? 

  • Doktor di iktiraf 
  • Pengiktirafan oleh KKM 
Ya, bukan beautician ya, doktor berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia yang ada rawatan perubatan serta diyakini. Barulah berbaloi dan tak payah nak tukar klinik lain. Jimat masa, wang dan tenaga. 

Kaedah atau cara rawatan nak buang skintag :
  1. cryotherapy dgn liquid nitrogen.
  2. radiotherapy
  3. laser removal

Buka website Klinik Dr Bazilah, ini yang terpampang. Nampak profesional. 

Aku suka survey kat IG, banyak video yang dikongsikan antaranya ini, skin tag. Alahai sama la, jadi kat tepi mata tu. Ish-ish, nanti habis pantang nak ke sini lah buat rawatan. 

Betul, sebijik sama dengan juju. Lama dah skin tag tu wujud. Kalau nak pakai makeup, terutama eye liner tu kan terasa pensil tu kena isi lebih. Mengganggu sungguh nak makeup cantik-cantik tau. 

Punca utama skin tag? 
Tau tak? Hasil bacaan juju, punca utama atau penyebab utama skintag ini timbul diatas kulit masih belum diketahui. 

Pelik tapi benar. Akan tetapi antara faktor-faktor memainkan peranan dalam pembentukan skintag Klinik Dr. Bazilah kongsikan ialah seperti dibawah:

👉 irritasi kulit yang terjadi akibat geseran (antara lipatan badan)

👉 hormon (growth factor) yang tinggi - terutamanya waktu mengandung dan penyakit gigantism.

👉 jangkitan HPV

👉 insulin resistance. (Juju rasa ini, sebab dulu masa nak turunkan berat badan punca insulin resistance, pemakanan pun satu faktor gak tak jaga).

JAGA-JAGA! 
Juju pun ada rasa untuk membuang skin tag sendiri di rumah. Pernah lah nak tarik dan kikis. Tapi... bila baca lebih lanjut tau apa risiko yang anda akan hadapi kelak?

Boleh menyebabkan pendarahan yang banyak dan teruk serta boleh mendapat jangkitan kuman. Pulak! Jangan main-main. Baik dapatkan rawatan pakar yang bertauliah.

Jom tempah temujanji 

Jika ada sebarang pertanyaan mengenai promosi atau rawatan, boleh DM/Call/Whatsapp Klinik Dr Bazilah :

Whatsapp : +6019-6571563

http://temujanjidrbazilah.wasap.my/

Website : www.klinikdrbazilah.com

Facebook : klinikdrbazilah

Instagram : @klinikdrbazilah

👉Klinik Dr Bazilah, Bangi

C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.

Phone : 03-8922 9681 / 0111 590 5931

👉Klinik Dr Bazilah, Shah Alam

R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, Shah Alam, 40100, Selangor.

Phone : 03-5035 7359

👉Klinik Dr Bazilah, Kuala Lumpur

(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat), Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000 Kuala Lumpur.

Phone : 013 8177005

Email : klinikdrbazilah@gmail.com

Waktu Operasi Klinik : 10.00 am – 6.00pm

0 Comments