Kolustrum pertama. Satu jam lebih usahanya. Penat? Leka dibuatnya...

Ramai yang nak tau perkembangan harian juju di NICU, Allah, ni pun salah satu suntikan semangat untuk juju jadi pejuang ibu NICU. #mamaNICUfighter

Tau tak, lepas 4 hari #prematurebirth, doktor keep asking me.

"Susu ibu ada?" 

Everyday...

"Susu ibu ada?" 

Bukan soalan mendesak. Tapi pertanyaan hari ke 3, hari ke 4 tetaplah jawapannya, "Saya sedang usahakan".

Sugul jawapan aku bersama mata bengkak. Malu nak tatap wajah doktor pakar kanak² ramai di NICU. Mereka baik sangat. Cakap lemah lembut, langsung tak terasa dengan pertanyaan susu ibu. 

Juju bagaikan rasa ia tertusuk dengan cabaran sangat hebat utk bab keluarkan susu badan. Badan terkejut, memori pun lupa tarikh dah ke berapa aku di NICU. Hmmm... bila semua sistem badan down... hasilnya tiada. 

#prematurebaby #nicufighter 

Dia stuck! Ya sakit tau bila nak buat sendiri dengan ilmu pun zero... sekali hari ke 4 melawat baby, sister misi berbaju biru datang menyapa suami. Waktu tu suami masuk dulu melawat. Juju kat luar. 

Tiba-tiba suami keluar cepat... ehh kenapa?

Sister misi nak jumpa isterinya dulu.

Kata nak tanya susu.

Allahuakbar. Sedikit mencabar dan naik panas muka dan hati sebab rasa macam desakan... rasa macam orang tak percaya kita usahakan. 

Rupanya... kat NICU, ada satu bilik penyusuan badan untuk ibu-ibu secara privacy. 

Bayi lahir pramatang, nak diagnosis dari Day One macam kelahiran normal berlainan sekali ya. Paparan diatas untuk kelahiran normal cukup bulan. Baby juju baru umur masuk 28 minggu yakni baru masuk 7 bulan didalam rahim. Jadi 1st day kelahiran dia cuma minum 1ml ke 2ml sahaja. 

Tanya sister misi, susu puan bagaimana? Lembut je pertanyaan dia. Terus berbeza apa aku rasa diawalan tadi.

Aku kongsi la apa aku rasa hari². 

Dia bawa ke bilik ini. Ramai ibu dengan anak cukup bulan sedang menyusukan badan secara direct feeding. Aku?

Aku je seorang masuk tanpa baby. Aku kuatkan semangat untuk duduk disalah satu kerusi. 

Sister misi nak semak. Betul ke cara juju perah...

Tekaan sister misi betul. Teknik juju buat salah rupanya. Ada caranya. 

Sekali dia ajar je, keluar sikit.. sikit... dia bagi tips kumpul melalui syringe. Ya SYRINGE. 💉

Kebetulan ibu disebelah khusyuk tengok juju yang dari td dok kumpul hasil. Tak perasan ramai dah ibu-ibu bersama anak mereka keluar dari bilik ni. Nampak kesungguhan juju tu sampai leka dengan hasil sendiri. 

Seorang ibu yang sedang memangku anaknya terkejut, kata dia pada juju. 

"Eh macam mana kumpul susu melalui begitu ya? Pelik"

Jadi, ramai rupanya ibu tak tau. Juju pun baru tau. Excited juju kongsi bagaimana juju buat. Terus dapat 2.5ml !!! Siap video call husband yg duduk menunggu di luar wad cakap... walid.... umi dapat susu badan pertama kalinya. 2.5ml terus!!!! 

Maunya suami tak gembira. Juju yang tengah berpantang pun rasa nak melompat. Alhamdulilah, sedikit sinar menerangi hidup ku... nampak jalan. 😄

Tau tak korang, BETAPA GEMBIRANYA HATI SEORANG IBU TATKALA MELIHAT HASIL INI BUAT PERTAMA KALINYA. ILMU PENYUSUAN TERSANGAT PENTING. Allah punya kuasa, Dia tunjuk jalan juju. 

Kautan kumpulan pertama tanpa breast pum atau manual pum. Tiada! 

Cuma kumpul pelan² direct. Sangat mencabar tapi PUAS!

RASA NAK MELOMPAT CARI SISTER MISI BAJU BIRU nak peluk kuat². Terus juju buat tau. Juju keluar dari bilik penyusuan, juju cari nurse tadi. 

Juju peluk dia kuat². Juju say thank you ajar juju, sudi ajar juju. Nampak nurse tu happy sebab jumpa ibu yang tiba² high periangnya haha

Baca pun menyuntik semangat, 
kita cuba ya ☺

Tengok!!!! Ini sebahagian dari kekuatan juju korang. Sebahagian lagi semua sokongan moral dari komen kalian. 

Anda semua bernilai sangat di mata juju, sebab kalian ada tika juju susah... juju hilang pedoman korang beri lampu suluh untuk berjalan... dikala juju tak dapat berjalan lurus korang bagi juju tongkat untuk menongkah pelan². 

Tak terhitung setiap kata positif kalian. Terlalu ramai yang sayangkan juju sangat... sangat ramai. Juju terharu. Doa juju, juju nak semua yang bersama juju dikurniakan rezeki melimpah seluas lautan. Kurniakan buat mereka kembali Ya Allah! 🤲

Bermulalah episod syringe... nanti sambung lagi tau, banyak sangat nak kongsi, juju dah boleh bernafas sikit kembali. Harap esok lagi better.  Tq sudi baca sampai habis tengah malam ni ya. I love u all! 🥰

Esok hari Khamis... lusa hari Jumaat. Genap 7 hari juju nak kongsikan nama dan jantina baby. 

www.juliajohari.com

3 Comments

  1. Tahniah..semoga baby dapat khasiat susu ibu dan cepat besar

    ReplyDelete
  2. saat indah tu juju bila tgk kolustrum susu ibu...smoga juju dpt susukan baby nanti sepenuhnya insya allah...nk bfeed ni kita jgn stress22 br susu kuar dgn cpt insya allah....lg 1 kita bole imagine wajah baby....take tau juju

    ReplyDelete
  3. Its a wonderful moment

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)