Juju pernah bermimpi nak masuk satu kedai dan makan apa sahaja tanpa rasa bersalah dan tak perlu lagi nak kira kalori kat Malaysia. Impian jadi kenyataan!

Kalau nak tau, juju antara salah seorang ribuan follower yang telah lama mengikuti jejak EATSLIM Lifestyle di IG tau. 

Lama dah mereka beroperasi secara online sebagai pengeluar dan pengedar makanan diet. 

Bestnya, semua produk makanan dihasilkan oleh mereka tanpa tepung, tanpa gula, rendah karbohidrat, rendah kalori. 

Tujuan utama adalah untuk membantu orang-orang yang hendak kurangkan berat badan dan reverse diabetes.

Bagi pengamal keto diet, memang inilah tempat yang paling popular untuk anda cari makanan diet keto.

Owner eatslim sendiri Puan Adda Uwais (link ig Addauwais) mengamalkan diet keto since 2012 lagi tau. 

Tau tak beliau berjaya hilang 25kg dalam masa 3 bulan! Apa yang dijual didalam kedainya itulah gaya pemakanan dia sekarang. Syabas Puan Adda, contoh role model terbaik untuk kita semua. 

Boleh baca detail cerita beliau dekat sini klik https://eatslimlifestyle.com/my-story/ sangat menginspirasikan kita semua termasuk juju.

Beliau sendiri dah coaching lebih dari 500 peserta untuk lose weight bawah program projek K bersama team coaching beliau. 

Aajomm masuk kedai eatslim, nak tau kedai ni bertempat di Selayang, Batu Caves, Selangor. Macam-macam ada produk makanan sejuk beku dan kering dijual. 

Mari borong tanpa rasa bersalah! Saka juju mai dah, dia pegang bermacam jenis rempah. Rempah masakan pun low kalori. Klik : Video

Inilah punca segala penghasilan masakan low kalori dari rumah. 
Deretan Slim Pavlova yang dipegang oleh Cik Haniz salah seorang staf yang sangat peramah dan berinfo ada dijual disini. 

Cik Haniz terangkan panjang lebar melalui gambar dibawah. 
Satu pavlova anggaran 50 kalori sahaja. Haaa rendah kan? Selalu juju baca 1 kuih bergoreng dah 200 ke 300 kalori itu baru satu ye, belum lagi pencuci mulut seperti kek dan biskut sebagainya. 

Jadi boleh makan tanpa rasa bersalah. 2 ketul pavlova pun dah puas. Kata Puan Adda, pavlova dihasilkan tanpa guna sebarang tepung, gula pun jenis stevia. 

Hmm power! Rasa dia lagi sedap sangat tau, tak sangka boleh makan manis haha. Serius la!
Konjac Kuewtiaw Goreng

Sedap, serius sedap. Siapa pernah makan konjac? Aku pernah banyak kali makan konjac, tapi konjac kat sini lagi sedap dari aku masak sendiri tau hahaha. 

Aku makan tengahari, sampai malam aku lupa yang aku tak makan apa lagi. 

Kenyang dia tu perghhh, buat perut gembira dan tak rasa trigger nak snakking bukan-bukan. 

Kat sini ada jual pelbagai jenis konjac, ada bentuk mi, nasi dan sebagainya. 

Korang boleh beli konjac, sebab 1 pek dalam 10 kalori lebih kurang. Masak tanpa rasa bersalah pulak yayy
Peminat dark coklat siapa? Juju! Hahaha sedap gila. ๐Ÿ˜‰๐Ÿ™Š

Ada banyak produk lain dijual, anda scroll ya. 


Siapa suka baking? Ni la gula 0 kalori. Buat kek dan biskut atau apa sahaja dessert sihat. Wowww ini pertama kali juju tahu, ada gula baking khas !๐Ÿ˜˜

Eatslim stevia, inilah gula paling wajib beli. Nak minum pelbagai minuman manis sekarang 0 kalori cuma titis je 1 ke 2 drop dalam minuman atau jug. Juju sentiasa pastikan ia didalam handbeg. 

Pergi ke mana sahaja order minuman ais tanpa gula. Pastu titis sendiri yayy, minum tanpa rasa bersalah lagi. Haha! 
Pssttt. Juju suka bakar ayam dan ikan ni la 2 barang juju guna. Bagel sesame & mushroom seasoning. Sedap sungguh, tanpa garam, tanpa gula. Rasa macam restoren terkenal tu tau.

Kek soleh & solehah ❤

Tengah makan kek red velvet, tanpa tepung, tanpa gula, pewarna dari buah asli beetroot, gula stevia, tepung katanya dari biji almond, krim putih tu pun soleh wak, pandainya diorg buat, woww semua natural dan sedap. 

Inilah owner kedai, Puan Adda Uwais.

Produk muslim, halal dan diyakini bersih. Kedai bersih dan staf sungguh peramah. Port juju, harus kena kongsi. Biar ramai makan makanan sihat. ๐Ÿ˜

Yang setia follow juju di IG dan blog pasti tahu juju sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan. Hampir nak masuk bulan ke-11 dah tau. Doakan saya ya, nak turunkan lagi 20 ke 30kg lagi.

Kedai Eatslim Lifestyle kedai bebas gula, bebas gluten, rendah karbo, rendah kalori, port juju setiap tiba cuti mai borong. Bagi yang jauh dari Selangor, jangan risau. Anda boleh ke Shoppe dan layari web eatslimlifestyle.com

Staf eatslim akan urus penghantaran pos untuk anda sampai ke tangan anda. Bagi anda yang punya ibu bapa, orang tua serta punya masalah kesihatan diabetis contohnya disinilah syurga makanan sihat untuk anda. 

Testimonial:

Baru tau ada follower juju sendiri pernah ke kedai ni beli bermacam-macam tau. Yay! 

Juju bagi 5 bintang! ๐Ÿ˜˜

Bagi yang nak ke kedai ini boleh waze atau goggle maps ---> eatslimlifestyle 

Alamat: NO. B-G-08, P8 AVENUE, JALAN SH 1/1, SELAYANG HEIGHTS, 68100 BATU CAVES, SELANGOR.

Waktu operasi:
Isnin hingga Sabtu
Ahad  (Tutup)
9 am - 6 pm (walk in)

Hubungi:
03 61278906
010 552 4025
0182909005

Email : ketodietsifu@gmail.com

Shoppe link klik : Eatslim lifestyle

Website : www.eatslimlifestyle.com

FB: eatnslimmealplan

IG : eatnslim_mealplan

7 Comments

  1. wah nun di batu caves, kalau area cheras ni rasa nak singgah la juga.

    ReplyDelete
  2. Wah... Menarik! Enjoy makan gini kannn? Nanti nak pi singgah laaa, near by my area je ni

    ReplyDelete
  3. best info cmni. sesuai utk org yg teringin nak makan bnda yang biasa makan, tapi tak boleh sbb diet. rupanya ada alternatif ๐Ÿ‘

    ReplyDelete
  4. Pergh bagusla, tengok owner pun slim je. Bagus dia buat macam ni, yang nak kurus tetap makan tanpa risau

    ReplyDelete
  5. Ok nanti nak pergi la. Bagus kan bila boleh makan tanpa rasa serba salah dan yang penting SIHAT..

    ReplyDelete
  6. Setiap makanan siap ada info fakta nutrisi lgi tu

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)