Apakah ujian itu manfaat?

Ya, kalau ujian itu implikasi akhirnya membuatkan kita lebih kuat sembahyang, kita lebih kuat zikir, kita jauh daripada perbuatan negatif, bukankah itu satu manfaat dan kemajuan juga buat kita?

Apakah lepas kita diuji, kita lagi dekat dengan Allah, atau bagaimana? Kita pilih. Jadikan setiap ujian itu batu loncatan untuk kita jadikan diri kita lebih baik. InshaAllah. 

Sumber : Aku Muslim

"Hasbunallah wa ni’mal wakil"

Cukup hanya Allah bagi kami dan Dia ialah Maha Pelindung (Surah Ali Imran ayat 173) 

❤๐Ÿ’š๐Ÿ’›❤๐Ÿ’š๐Ÿ’›❤๐Ÿ’š๐Ÿ’›❤๐Ÿ’š๐Ÿ’›❤๐Ÿ’š

Buat semangat sahabat-sahabat juju  yang sedang diuji dengan musibah hebat, Allah takkan uji selagi mana sesuatu itu kena dengan kemampuan kita. Allah takkan uji perkara yang terlalu lebih. Tetapi, Allah uji sedang-sedang dengan kapasiti kita supaya ia bermanfaat juga buat kita.

Baru-baru ini juju sekeluarga juga diuji hebat lebih 2 minggu (biar rahsia ujian ini Allah dengan kami sahaja yang tahu), tempoh hibernasi tersebut kami mengadu berdua denganNya sesungguh-sungguhnya, ujian maha hebat tersebut buat kami dekatkan diri denganNya. 

Tenang sekali walaupun ujian hebat melanda. Kerana satu aku percaya, kita minta padaNya dulu, sesungguh-sungguh doa, nescaya dia suntik ketenangan pertama sekali dalam diri untuk hadapi ujian dengan baik dan sempurna pengakhirannya. 

Syukur, baru lepas lalui ujian sangat hebat. Terus ke inap desa selami alam minggu lepas dengan izinNya. Barakallah. 

❤๐Ÿ’š๐Ÿ’›❤๐Ÿ’š๐Ÿ’›❤๐Ÿ’š๐Ÿ’›❤๐Ÿ’š๐Ÿ’›❤๐Ÿ’š

Jadi juju percaya, kalian juga boleh! ๐Ÿ’ช

Ramai dikalangan kita & juju sendiri sebenarnya sentiasa titipkan doa buat kalian yang diuji tanpa henti. Sebaik-baik doa adalah doa sesama manusia lain tanpa ia ketahuinya. Malah malaikat turut mendoakan kesejahteraan yang sama buatnya kembali. 

Allah! Manisnya hikmah ujian, hikmah sedang diuji, hikmah selepas diuji. SayangNya Dia, Dia uji kita, kita rapat dengan Dia --- DOA. Kita jauh dari Dia, Dia tarik kita balik dengan bermacam cara hatta dalam rezeki melimpah pun itu satu ujian. 

Dia nak kita minta bermanja denganNya melalui DOA. Jangan putus talian DOA. Jom doa ๐Ÿคฒ

Jaga diri. ๐Ÿ‘‹

www.juliajohari.com

#biarjasajadikenangan #kbba9

1 Comments

  1. Alhamdulillah selesai ujian. Ya bagaimana kita menghadapinya itu yang penting.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)