Sloth (Kungkang)
Sumber: Wikipedia

Anak juju, si Abg Qi. 
Setiap hari dia pasti buka rancangan TV National Geografic. Terikut dengan atoknya, yelah sejak kecil membesar di rumah atoknya. 

Sejak baby sampai umur 4 tahun lebih hari-hari tayangan TV kisah haiwan.

Petang semalam dia masih duduk buka rancangan National Geografic, asyik je dia fokus ikan paus dalam laut tu.

Hari ini pula, dia bertanyakan soalan tentang sloth. 
Kenapa sloth cepat mati umi? 
Kenapa dia berjalan lambat sangat? 
Kenapa dia makan perlahan sangat?
Hamster tak makan haiwan lain kan umi?

Erk! Belum sempat jawab pasal sloth, dia tanya hamster haha.

Nak jawab macam mana pulak ni ye, karang jawab salah dia ingat betul dah tu jawapan umi. Budak-budak sekarang jangan main-main tipu sunat ya, bila dia dah tahu jawapan sebenar susah dah nak dia bina kepercayaan buat ibu bapanya.

Free shipping & Cash back, click ๐Ÿ‘†

Aku cuba lah search di Google, nak dapatkan jawapan untuk Abg Qi yang berusia 9 tahun. Rupanya, sloth atau dalam bahasa Melayunya di sebut kungkang ni pun boleh mati ketika buang air besar. ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ

Laaa dah kenapa?
Teruskan membaca ya.

Pernah tengok cerita filem Zootopia kan? 
Dia gelak sepatah-sepatah tu pun slow ha.. ha.. ha ๐Ÿ˜‚
Aksi sloth dalam filem Zootopia

Bukan setakat pergerakan dia je slow, dia punya sistem pencernaan pun memang lambat. Itu sebab sloth ni buang air besar seminggu sekali.

Bila nak membuang, dia kena turun ke tanah. Dah la seminggu sekali baru turun, dia kena buang air besar dekat 10 kilogram tau, 1/3 dari berat badannya.

Aduh! Boleh bayangkan tak kalau dia tiba-tiba kena sembelit ke kan dan memang sifatnya nak membuang air besar pun ambil masa yang sangat lama. 

Macam mana tak datang pula haiwan pemangsa serang dia hmm memang kasihan si sloth.
Sumber: Wikipedia

Jadi masa inilah, si sloth ni terdedah dengan ancaman dari haiwan pemangsa seperti singa dan harimau.

Itu sebablah jadi punca kenapa banyak dari sloth mati dimakan oleh pemangsa semasa turun ke tanah untuk buang air besar. Kasihan sloth.

Aku google lagi, nak tahu apa lagi jawapan untuk soalan sloth dari Abg Qi. Terjumpa pula perkongsian di FB rakan terdekat juju, dia kongsikan gambar berwarna setiap helaian di muka surat berkenaan kisah haiwan. Aku tengok video dia upload, ternampak helaian kisah si sloth ni ada dalam tu. 

Huh !! Ngam !! ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜„

Penulis buku tu pun dari dua orang doktor iaitu Dr. Wan Fahmi & Dr. Nur Annies. Rupanya mereka dah terbit yang terkini Buku Teroka Sains 3.

Seronok rupanya bila tahu fakta-fakta menarik dan unik sebegini. Anak-anak yang paling mudah teruja dan akan minat untuk membaca lagi.
Nah ini salah satu bukunya...

Aku tengok rating buku ni pun hebat, dekat 150,000 naskah terjual. Sampai ke luar negara pun dipasarkan dan rata-rata beri input dan maklum balas mengkagumkan. Negara Indonesia, Brunei pun meluas orang luar beli.

Aku terus beli kat Shopee. Rupanya buku tu penuh gambar berwarna dan sambil Abg Qi baca tersengih dia tahu fakta sebenar tentang haiwan yang dia tanya selama ini. 

Juju sarankan, sila dapatkan. Wajib 1 rumah 1 set. Nanti dapat tahu banyak fakta sains yang pelik-pelik, unik, bahkan kelakar. Rugi tak beli, harga pun murah dan berbaloi. 

Kalau nak jadikan hadiah untuk anak buah, anak sedara atau sesiapa sahaja pun menarik. Dapat hadiah yang ilmiah macam ni beri faedah pada pembangunan dan pendidikan diri anak-anak sukakan sains sejak kecil lagi.

Jadi juju nak menyenangkan anda semua juju letakkan pautan dibawah. Dapatkan siri Teroka Sains 1, 2 & 3 dengan klik link di bawah ini. ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

๐Ÿ‘‰ Buku Teroka Sains

3 Comments

  1. Mak datuk...buang air 10kg? OMG!

    ReplyDelete
  2. Kesiannya. Dah lah susah nak buang air besar. Kena makan dengan binatang buas lain pulak tu. Hurmmm sedih lah.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)