Beberapa minggu lepas, juju pernah up entry kisah susun atur makanan sejuk di rumah - klik ๐Ÿ‘ˆ Ada yang masih ingat? Kalau ingat bagus, anda memang follower setia juju haha.

Sebenarnya, selepas kisah tulah kan ramai yang pm tepi bertanya...

"Juju, dimana juju beli sticker tu, cantik sangat!"

"Juju, nak tahu dekat mana jual bekas leper macam tu, nampak kemas!"

"Juju rajinnya awak! Kemas, teratur dan selesa mata nak capai"

"Juju macam mana nak rajin macam juju? Tiup angin rajin boleh?"

Haaa gituuu pertanyaan dan pujian. Terima kasih kepada yang bertanya, terima kasih kepada anda yang suka beri pujian berunsur motivasi. 

Anda sememangnya anugerah Tuhan.

Juju adalah seorang yang suka berangan, suka tengok seni kreatif dan susun atur melalui medium Pinterest, di sana geng mat salleh suka susun atur cantik-cantik rumah diorang termasuklah cita-cita #fridgegoal

Okey, pertanyaan tu nanti di akhir sekali juju akan sediakan link pembelian. Kat sana korang boleh beli dan scroll, juju tak bagi spesifik kedai tau sebab takut sold out. 

Jadi juju bagi panduan dan kemudahan berupa link dan keywords untuk kalian bebas membeli di kedai-kedai lain yang menjual produk yang sama dan harga lebih kurang je.

Senang ke nak susun?

Bukan senang, serius bukan senang. Satu je korang kena buat !!!

MATLAMAT + MATLAMAT = KEJAYAAN

Ya, semua orang boleh lakukan, hatta anda walaupun seorang lelaki, seorang anak lelaki, seorang anak perempuan janji kalian seorang bernama manusia kalau ada HALANGAN besar dalam diri korang seperti kata-kata ini...NANTI DULU LAH !

Confirm 10 tahun depan macam itu je ko...NOTHING CHANGE !!!

Okey dah mula rasa panas muka?

Panas punggung kena cakar ayat tu hahaha kalau juju tak cakap, ibarat juju syok sendiri je. Nak juga korang buat pembaharuan pada diri dan rumah sendiri, tak gitu?

Ya, ramai yang nak nampak cantik, tapi tak usaha ke arah itu. Bacalah sebanyak mana pun tips, sebanyak mana panduan, korang kena buang satu tu sekarang. HALANGAN diri korang sendiri!

Okey, dah brainwash sikit, selebih tu korang sentallah sendiri okey. Dah bersedia nak tengok peti ais juju sebelum dan selepas? Ya, mari !!!!

Sebelum & Selepas 

Nampak gambar di atas kan?

Aku tahu, bukan aku sorang je rasa bosan nak tengok permandangan harian bilik peti ais masing-masing. Nak mencari satu hal, entah mana belacan sama leftovers nak guna. Masa nak sangat cari tiba-tiba barang tu hilang dari pencarian, pernah rasa kan?

Okey rasa macam nak marah semua orang dalam rumah betul tak?

Hahaha, jadi lepas 10 tahun kau hidup dengan peti ais macam rupa di atas, jom lah sesama kita berangan dan realisasikan. Apa salahnya kita buat dia, biar lambat asal buat.

Contoh susun atur ruang peti ais (chiller)
Nampak pembahagian nama khas dan ruang digunakan sepenuhnya?

Cara-cara susun atur peti ais jadi ala pinterest

๐Ÿ’— Pertama sekali - spring cleaning.

  • Keluarkan semua barang, seeloknya semasa peti ais korang dah nak kehabisan stok. Mudah kerja, ala dalam 2-3 hari tu tapau je makanan kat luar dulu apa salahnya. Bukan apa aku tak nak korang jadi hangat-hangat taik ayam, faham?
  • Bila dah bersihkan, lap dengan kain bersih keseluruhan ruang dalam peti ais. 
  • Masa inilah ambil pen dan kertas, tulis nama kelompok barangan korang yang selalu korang beli setiap mingguan atau bulanan.
๐Ÿ’— Kedua - kenal pasti bekas ikut size peti ais.
  • Bila dah ada senarai label, masa ini korang boleh agak dah size bekas simpanan bentuk macam mana.
  • Aku cadangkan kalau ruang peti ais lebih kurang macam juju punya di atas, sebaiknya beli bekas 2-3 size. Pastikan semua senada warnanya, untuk bagi kesan mata tenang dan mudah bekerja di dapur. Kalau suka merah, pastikan merah, kalau suka warna-warni pastikan korang tak bosan haha.
  • Bekas juju semua bentuk 4 segi. Sebab senang nak susun atur dan ruang digunakan sepenuhnya. 
  • Jadi tak adalah ruang di dalam tu dibazirkan begitu sahaja. 
๐Ÿ’— Ketiga - tempah sticker dan beli bekas baru sebaiknya ada cap BPA.
  • Ada bekas khas peti ais yang mahal di pasaran, aku tak nafikan memang mahal bekas khas untuk peti ais. Tapi ada je bekas lain yang lebih murah, punya BPA dan mesra suhu udara sejuk dalam peti ais tau. Link tu aku sediakan di akhir nanti. 
  • Bila bekas dan sticker dah sampai, tampal dulu ke semuanya. 
๐Ÿ’— Akhir sekali.
  • Susun bahan mentah dalam bekas yang sudah ditetapkan labelnya. 
Sayur dan buah senang kelihatan. (Fast Grab section)

Before & After.

Kalau ada bekas ais yang makan ruang, sebaiknya keluarkan dari ruang beku tersebut. Nampak tak ruang ais batu tu juju keluarkan dari gambar asal? 

Juju gantikan dengan bekas transparent empat segi yang jimatkan ruang dan mengalakkan ruang penyimpanan lebih sekata dan seimbang. 
Sekeping gambar hasil air tangan juju, yeyyy!

Akhirnya, impian nak susun atur #fridgegoal & #frozengoal ala-ala pinterest style juju tercapai, fuhh! Penat tu berbayar tatkala misi #juliasukasusun tu sudah sampai ke garisan.

Sekali seumur hidup buat, senang kemudian hari rupanya nak amal ! ๐Ÿ’ช

***Hero-hero kat rumah sudah pandai susun kembali dalam bekas ni semua bila dah guna barang dalam peti ais. 

Kata mereka, sebab ada tagging dan bekas sesuai tu senang nak cari dan simpan semula ke tempat asalnya. 

Tak nampak messy tapi nampak classy ouchh!!!

Jom ikut cara Julia Johari. Anda pasti boleh! Akan datang juju nak kongsikan cara susun barang dalam bekas seperti sayur, telur, dan lain-lain. 

Ini pun beri korang motivasi tau untuk kekalkan momentum menyusun atur cantik. 

Paling penting sila beli dulu di bawah:

Sticker - Beli Sini
Bekas Transparent (BPA) - Beli Sini

"Homes shouldn't always be tidy, but easily tidied when there's a place for everything" ๐Ÿ’‹

13 Comments

  1. Senang hati melihat isi dalam peti sejuk tersusun kemas. Nak masak pun seronok.

    ReplyDelete
  2. sticker tu klu cuci xhilang ke juju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hilang ciknor, ni sticker khas. Cuci banyak kali pun tetap stay je, kecuali kalau sendiri nak kutil terkeluar lah hehe.

      Delete
  3. Oh my God so neat and tidy. Very systematic indeed. Would want to do like this with my fridge too but first need to get lots of containers. Ha :D Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  4. Cantik dan kemas. Berkenan sungguh dengan clear box yg isi veggies and fruits tu.. smart betul..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)