Kerabu Maggi Thai kap kung kap in action!

Tak tau nak makan apa?

Amacam jom try buat Kerabu Maggi Thai. Sekali dah pandai buat, fuhhh baru tau senang rupanya. 

Rasa masam, manis, pedas hujung-hujung lidah tu merecik you ols. 

Tak susah mana. Yang susah kalau tak ada bahan haa tu susah. So usahakanlah kalau nak ye dak. 

Okey jom sama-sama buat. 

Resipi Kerabu Maggi Thai 

3 bungkus mi segera cap Serda

1-2 sudu besar sos nampla - sos ikan*(wajib kalau tak rasa tak berapa sampai Thai ๐Ÿคฃ)

Sotong / udang - ikut suka la

Crab stik - 4

Sosej - 2 

Fish cake - 1

Tomato, bwg putih 2 biji, cili merah daun ketumbar - racik halus

1 biji limau nipis 

Caranya: 

1. Rebus 3 paket mi serda. Toskan.

2. Air rebusan mi tadi guna utk celur sotong atau udang dan ke semua sosej, fish cake & crab stik. Toskan.

3. Ambil 6-7 sudu besar air rebusan yang sama gaulkan ke semua bahan diatas.

4. Perah limau nipis, sos nampla gaul ke semuanya. Tak perlu garam dan gula sebab perencah tu dah cukup. Siap untuk dihidangkan! 

Senang dan mudah bukan? Kalau ada salad hiris halus² masukkan dalam ni lagi perghhhh tau. 


๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†๐Ÿ˜† sudip pon nak pose haihh 

Sesekali layan kerabu maggi cara Thai memang terangkat. Pejam mata je siap. 

Kalau kat restoren makan tak puaskan? Haa buat sendiri penat nak habiskan. Okey lepas ni korang pula cuba buat okey. ๐Ÿ˜‰

5 Comments

  1. lama tk buat...maggi thai aritu borong masa blk klate mmg best

    ReplyDelete
  2. Fulamak meliur bila nampak ingredient sedap-sedap. :D

    ReplyDelete
  3. Alahaiii tertengok malam2 plak terliur nyaaaa

    ReplyDelete
  4. Sedapnyaaa jujue.... Ok boleh buat satgi

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)