Diderot's effect. 
Suatu ketika dimana kita bersetuju dgn satu harga atau standard baru. 

Cth: Selama ini kita selalu beli harga tudung A RM10-20. Kita cuba pula material tudung B berharga RM50-100 sehelai. Bila pakai kita rasa kepuasannya berbeza. Dari 10 ke 50. Beli sekali, apa salahnya kan. 

Kemudian, kita nampak lagi iklan² tudung berharga 50 ke 100 dan pernah sekali buat belian yang sama, kita beli tudung yang kedua 50 ke atas. Ketiga, keempat 100 ke atas pula. Kita sudah menetapkan aras diderot effect baru 50-100. 

Contoh... byk lagi contoh lain. Bukan setakat tudung. Boleh jadi kenderaan, boleh jadi baju, malah bermacam lagi even makanan pun. 

Kesan pengaruh diderot effect ini bila dah biasa dgn satu barang harga mahal, kita tak rasa ia mahal dah. Kita rasa itu harga biasa. Lagi² pengaruh sekeliling.

Tak semua korang begini, tapi pernah laluinya bukan? Jadi ia bukan hanya tertakluk ke atas belian barang sahaja, tapi juga kehendak yang lain.

Cara nak atasi diderot's effect ini ialah kita kawal. Beli kerana ia perlu dan bukan selalu, bukan beli kerana nafsu. Selalu² dialog dgn hati sendiri dulu. Tapis sebelum bertindak. 👌

Why we buy things we don't need? 

1 Comments

  1. ya kita perlu kawal diri daripada membeli barang yang bukan keperluan..perlu utamakan keperluan dahulu sebelum kehendak

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)