Abg Qi tu lah pakwe juju hiks 😝
Petang semalam, sempat simpan kerja di pejabat, tetiba semalam rindu nak jemput Abg Qi dari sekolah. Boleh je walid dia jemput macam biasa, tapi semalam membuak rasa nak jumpa pakwe muda juju ni. Sampai awal tapi sesak teruk depan sekolah, entah kenapa tiba-tiba lampu isyarat buat perangai. Layankan aje.

Sampai sekolah dia, parking dan tunggu di ruang lobby sekolah. Dari lobby sekolah boleh nampak Abg Qi sedang beratur memanjang dengan kawan-kawannya, di depan mereka seorang guru kelasnya sedang memberi amanat. 

Pakwe melambai tangan ke arah juju, awwww lambaian seorang pakwe yang dahagakan kasih sayang dan perhatian dari seorang girlfriend bernama UMI. 

Aku balas balik lambaian si dia, dia tersenyum manis dari jauh, nampak dia tinggi berbanding rakan seperjuangannya yang lain, berisi pun ye sejak sekolah ni hehe. 

Alhamdulilah dia sihat dan sekarang sudah 7 bulan menjadi pelajar Tahap 1. 
Air tangan si pakwe Abg Qi, terpaling mahal dalam dunia. Lama dah aku teringin nak terima, aku tak pernah meminta, tapi semalam hadiah paling bermakna untuk aku yang menjawat jawatan seorang UMI.

Bila bunyi loceng balik sekolah, aku terlihat Abg Qi dan semua pelajar menyalam guru kelas cium tangan sebelum balik, rutin mereka selepas belajar, dilatih untuk menyantuni seorang pendidik di depan mereka. 

Pakwe berlari...lari laju pula tu, di tangannya ada sekeping kertas berwarna kuning. Aku syak dia nak tunjuk hasil karya Pendidikan Seninya hari ini. 

Umi, umi, nah kad untuk umi! (Kata pakwe sambil senyum, sesekali menghela nafas laju kerana berlari ke arah cinta hati)

Wahhh, untuk umi? Baca: (Selamat Hari Ibu)

Awwwwwwwwww, aku memusingkan badan mengarah ke puluhan ibu bapa yang sedang asyik fokus mengambil anak mereka juga, aku tak boleh simpan ekspresi wajah GEMBIRA yang keterlaluan, terus merangkul bahu Abg Qi sehingga ke kereta. Sepanjang ke kereta tu hati aku ada rama-rama berterbangan....

Seperti menerima Surat CINTA pertama dari pakwe muda hahahaha (kasi can lah nak rasa macam tu haha)
Ada LOVE, ada rumput, ada tanah dan bentuk orang pun sangat unik, siap nama hehe

Katanya, bukan cikgu bagi ayat ni tulis. Abg Qi tulis sendiri kata ni nak bagi kat umi. Cuma cikgu suruh buat kad hari ibu sahaja subjek Pendidikan Seni. Ni muka umi, Abg Qi dan walid. Depan ni tanah, kita lari sama-sama dengan walid. (Dah kenapa lukis rambut umi selai je wak, muka merah, ke tgh marah gaya umi tu) haha 🤣🤣🤣

"Umi kasi minta maaf sebab kerana A Le I ❤ you"

Ada ayat luahan ala ala french sikit, belah-belah Sepanyol sana tu lah korang, takpeeee umi awak faham sbb dia dulu2 master ayat senikata drama Latin depan TV. Rosalindaaaa Ayamorrrr! Ehh! 💃😂😂😂

Awwww....melting campur sebak.. ☺😔
Dia mmg jarang kongsi apa dia rasa, tapi sekali dia luah dan kongsi melalui sebuah kad tuuu...kau tau kan bila sang pria pujaan korang meluahkan perasaan yang dia suka KAU? 😅

Haaaa tu yang juju rasa! Melayang layang sekeping juju tu ke awan. Syokkk ahhh perasaan tu lama tak rasa haha. Nasib dapat anak lelaki, leh la rasa ada pakwe muda sampai bila2. 😍😂😆

Pakwe semakin matang
Suka sekolah, suka berkawan, dan suka menulis dalam kelas cepat dan betul. Ada dia ngadu rakan-rakan ajak bersembang didalam kelas semasa sesi menulis di dalam bilik darjah, katanya Abg Qi 'Zip mulut' umi.

Nanti dah habis menulis dan cikgu tak ada baru Abg Qi sembang dengan kawan. Clever boy! Dia sendiri yang berkata, dia yang tahu apa boleh dan tak boleh (Do & Don'ts).

Love you Abg Qi, terima kasih sudi teman umi kat dunia ni. Sudah tampal kad cinta Abg Qi ni kat sudut meja opis umi, hari-hari nak tengok kad cinta Abg Qi. 

Adoiii...nak nangis pulak. 😫😭

8 Comments

  1. Alolo sweetnya hihi. Besar dah anak teruna juju. Bijak dia ni. Semoga abg qi jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn amin yarabbalalamin, terima kasih mendoakan Abg Qi tau. Juju mendoakan yg sama buat family kinah.

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulilah zarul, mudah2han besar nanti dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. Amin

      Delete
  3. alolo..sweetnya dia. semoga menjadi ank yang soleh ye sayang :-)

    ReplyDelete
  4. Wah sweet sangat tau Pakwenya hihi.. Salam kenal kak dari Syaza follower #815

    ReplyDelete
  5. alololo sweet nyer...
    aida dpt gak surat cinta dari pakwe kcik, Ju.
    nanti nak up la story kat blog jugak :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)