Raya nanti sudah semestinya aku sebagai wanita nak pakai set kerongsang baru dan jarum peniti at least kena ada kot nak semat sana sini ye dak. Tapi selama ini aku kalau balik beraya ke atau travel mesti selit sekaligus dalam bekas sikat, getah rambut, botol perfume dan bermacam jenis aku longgokkan setempat.

Bila nak cari kerongsang kecik dalam longgokan tu mula ar stress, tiba-tiba batu kerongsang tercabut, gara-gara bergesel dengan barang lain, pastu beralih susun dalam bekas kecil, macam beg kain kecik tu, last-last terkena gak tangan dan jari jemari sebab bentuk kerongsang tu kan tajam, terkena gak la sekali dua jarum tu, padan muka. 

Pastu sampai rumah masukkan dalam bekas besar, sampai ke sudah la semua kerongsang dan gelang buat pakai saje-saje tu entah mana-mana merempat, sekejap dalam beg tu, sekejap dalam beg kecik, sekejap dalam bekas besar...berjalan aje kerongsang pastu bising mana kerongsang kecik umi yang blink-blink cantik baru beli tu abang Qiiiiiiiiii....abg Qi gak salah kahkahkah ! 😅

Haha, saje tanya...kot lah ternampak kerongsang kan...almaklumlah perempuan kan ada masalah dalam handle kerongsang, baik jenis kecil dan besar pun hilang juga. Padahal hilang pun dalam rumah je pun haishhh!

Tersusun je, nampak senang aku nak capai, yes! Lepas ni nak beli kerongsang lagi beli bekas ni je, senang susun atur cantik-cantik. Jimat ruang.

Aku ke Daiso baru-baru ini, pergi sorang je. Saje nak khatam satu Daiso, ada tak barang yang boleh selesaikan masalah rumit aku...ye rumit tau awak, kalau tak nanti hilang lagi, beli lagi...sampai ke sudah tak selesai.

Survey la setiap para...sekali sampai para sikat dan kawasan getah rambut. Mata melilau tengok, lama gak kat Daiso. Sekali aku ternampak bekas diatas sekali...

Yeyyyyyyyyy! 
Ada dua jenis tau, satu bekas yang kecil-kecil, satu lagi bekas macam aku pegang tu. So aku suka bekas putih ni, kecil dan tak besar sangat. Muat untuk isi kerongsang besar dan kerongsang kecil serta gelang dan cincin pun masuk.

Pastu teringat butang baju melayu suami dan anak, haa portion ni sesuai letak tau. Sebelum pakai dan selepas pakai terus masukkan dalam bekas kecil dan super jimat diatas.

Seronok sangat aku! 
Misi aku selesai malam tadi, susun cantik-cantik. Nak travel balik kampung beraya atau pergi melancong dalam dan luar negara pun senang. Bekas ni nipis je, boleh sisip dalam baggage. Hooreyyy...korang pi Daiso je, selesai masalah, tiada lagi masalah hilang kerongsang di hari raya haha.

Nampak kawasan ni plak, mata dok kerling tengok. Cantik plak set buat kek dan biskut...bila nak on ni haha 

6 Comments

  1. Ema pun selalu alami masalah ni . Nak cari jugaklah.

    ReplyDelete
  2. wah okay jugak kan buat simpan. memang asyik hilang. kalau pergi pakai 3 pin, baliknya tinggal 1. T_T kalau tak pun kena beli kat sana. hahaha

    ReplyDelete
  3. bahaya betul masuk daiso ni tau...Tapi tulah,butang ni kan,asyik hilang jelah..nak² kalau balik kampung time raya..ada je tak cukup butang

    ReplyDelete
  4. comel plak bekas ni..lama nya tak pg daiso

    ReplyDelete
  5. Samaa, Nani pun letak dalam bekas gitu baru tak hilang. Kalau tidak, main letak aje merata rata lepas tu lupa. Hahah!

    ReplyDelete
  6. yeayyyy geng,dah lama buat gini hehehehhe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)