Berbaloikah Harga Tempat Letak Kereta KLIA2
Kalau pergi seorang dan pergi ramai sudah tentulah pergi ramai lebih menguntungkan sebab boleh kongsi kos parking kereta. Macam kami nak fly tak lama lagi, kami fikirkan bagaimana nak cari penjimatan kos letak kereta di kawasan KLIA2.
Tak nak susahkan family lain, sebab juju ni jenis menjaga hati, yelah kos nak hantar seikhlas hati zaman sekarang macam tak leh amalkan sangat, semua pergerakan adalah kos, nak tak nak kena bagi sumbangan seikhlas juga...tapi masih rasa macam menyusahkan mereka...so baik kita fikir cara lain.
Cara Pergerakan ke KLIA2
👉Naik Uber/Grab - tak pasti ada ke tidak pemandu boleh ambil waktu jam 2 pagi dari rumah. Kata uncle kami harga sehala mungkin cecah RM80 juga termasuk tol semua...next!
👉Putrajaya Central - ada rakan blogger bagi cadangan letak kereta di Putrajaya Central, mereka kata murah parking harian. Pastu kena naik pengangkutan lain pula untuk ke KLIA2.
Lagi satu suami tak kenan sebab ada alasan tersendiri. Faham-faham lah kan, kalau dari segi keselamatan tu orang lelaki lebih ketahui kan.
Hmmm rasanya kalau tak ada anak kecil boleh ikut cara macam ini. Tapi julia ada abang Qi, 5 tahun tu nak bangun 2 pagi acanerlah nak menapak jauh kalau dia cranky nak tidur sambil berdukung adoi, nanti dia dah besar boleh la rasa nak parking sini.
Sumber: Google
👉Naik ERL - sehala RM55 dewasa, kanak-kanak RM25. Katakanlah dewasa 3 orang x RM55 total RM165 sehala tau campur harga kanak-kanak RM25 total besar RM190 kalau return RM380 bapak mahal huh, harga tu boleh beli tiket flight pergi balik tau, so memang bukan pilihan kami 😅
Sumber: Google
👌Parking KLIA2 - Julia buat calculation, memang kalau baca review di internet rata-rata kongsikan mahal. Ya memang la mahal sebab harga tu kalau pi melancong seorang diri atau berdua pun sah-sah rasa mahal.
Kami pi 3 dewasa 1 orang kanak-kanak. Maka nya kisah kongsi duit parking sangat praktikal buat masa ini.
Kami pi 3 dewasa 1 orang kanak-kanak. Maka nya kisah kongsi duit parking sangat praktikal buat masa ini.
Contoh kiraan parking seharian:
RM46 sehari x 3 hari = RM138
**Tambah RM20 x 1 hari = RM20
4 hari 3 malam RM158
RM158 bahagi 3 orang dewasa (RM53)
RM53 seorang bajet perlu dikeluarkan murahkan. Nak rasa lagi murah...
Psiko sikit fikiran: Nak rasa lagi murah... bayangkan harga RM53 seorang tu bahagi [2] kos perjalanan pergi/balik hanya RM26 sahaja setiap seorang. Mesti terus korang kata murah! Kenapa aku tak fikir macam ni kan kan hehe.
Itu kalau bawa 3 orang dewasa, kalau pergi ramai orang dewasa dan semua sudah bekerja, boleh kongsi sangat bayaran duit parking, tak payah tinggal kereta jauh sangat.
Sumber: Google
Kalau jadual penerbangan jatuh pada jam pagi sangat dan jadual penerbangan balik pun sampai tengah malam atau pagi betul, sebaiknya parking di KLIA2, anytime boleh ambil kereta tak risau sangat.
Kami bertiga setuju nak parking kereta di KLIA2. Jimat masa, wang dan tenaga kongsi bayar, janji tak susahkan orang hooyeyy.
9 Comments
masa akak p korea dlu family akak parking kete kt airport tp lupa la charge nya sbb kalo naik taxi or erl pn mhl...tq juju share info yg parking klia2 tu...
ReplyDeletegood sharing
ReplyDeletegreat sharing
ReplyDeletekalau balik kg naik flight, dkna park kereta kat putrajaya sentral je. pastu heret la si mikhail tu seawal 5 pg naik erl sebab flihgt murah awal pagi ...hahahaaa..
ReplyDeleteInfo yang bagus kak juju. Boleh dijadikan rujukan kalau nak park dekat airport
ReplyDeletetq share sis..
ReplyDeleteOoo macam tu..ok pahan2
ReplyDeletewahh..info berguna ni..
ReplyDeleteParking pun mahal kan? Bella selalu minta tlg adik beradik je. Sebb ramai yg dekat2x. Tapi mmg x seikhlas hatilah. Mmg berbayar. 🤣
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)