Bulan Ramadan 2017 semakin menjelma tak lama lagi, bagi anda yang berada di sekitar Selangor jom singgah salah satu cawangan di Pavilion Mall, KLIA & Genting Highlands untuk menikmati hidangan set menu berbuka puasa terbaru 'Set Menu Selera Sedap' di Restoren Grandmama's. 

Restoren Grandmama's ini memang terkenal sejak azalinya menyediakan pelbagai jenis menu makanan secara kontemporari dengan bertemakan dua warna pink dan biru. Tujuannya untuk menarik perhatian golongan orang muda menikmati pelbagai hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan. 

Suasana Restoren Grandmama's 
Julia dapati kawasan dalam restoren ini sangat sesuai untuk dijadikan salah satu tempat istimewa bagi meraikan hari jadi, ulang tahun perkahwinan serta apa jua keraian. Bukan sekadar itu, keselesaan dan suasana romantik sangat dirasakan tatkala julia sendiri melihat gabungan perabot dan hiasan dalam restoren grandmamas ini sangat memukau, cantiknya!


Untuk pengetahuan anda semua, sajian utama yang sering dihidangkan disini adalah terdiri daripada:

  • Dry Fried Sang Har Egg Noodles, 
  • Curry Laksa, Chow Kueh Teow, 
  • Grandmama ini Nasi Lemak, 
  • Nasi Ayam Istimewa untuk kemewahan tersendiri seperti Fish Head Curry Hot Pot, Sambal Petai Udang, Ayam Masak Merah, Cendol dan banyak lagi.


Grandmama's Outlet
Kali ini julia pergi menyinggah di salah satu outletnya yang terletak di Pavilion Mall. Dari tempat kerja julia nak ke sini dalam 10 minit je. So julia ambil keputusan untuk makan malam bersama keluarga di Pavilion Mall di aras 6.

Nak tahu Grandmama's Pavilion punya landmark, cari signboard Dining Loft. Jalan terus sikit dah nampak Grandmama's Pavilion. Cantik betul tema pink biru dengan ikon seorang nenek menunggang motosikal di luar restoren hahahaha. Lucu kan !


Apa nak makan hari ini...hmmm sudah tentu dalam kepala Seafood Curry Hot Pot kena cuba...makanan tradisi baba & nyonya tu. Set pink wajib...julia kan suka pink. Memang kena lah dengan citarasa restoren ni.


Cawangan KLIA & Genting Highlands 

Nasi Kerabu Daging Grandmama's
Krup krap krup krap julia makan set single platter. Set ini memang boleh dijamu sehingga dua orang tau sebenarnya. Banyak betul lauknya satu dulang. Ada sambal belacan, telur masin, rendang masak rendang, ikan masin, keropok ikan, ulam-ulaman plus siap ada kurma lagi untuk anda berbuka puasa. 




Close up, set ini tidak disediakan air sekali tau. 
Kalau nak order air yang special di sini nanti julia kongsikan di bawah ada gambarnya. Komen julia, kari ayam dalam mangkuk tu puas di makan, ingat sikit ayamnya, rupanya besar dan banyak.

 Sedap sebab aroma dan kuahnya memang masakan orang dulu-dulu punya style tau! Terkejut bila makan...kerlas!



Nasi Kerabu Seafood Grandmama's
Wah! Udang masak merah tu...udangnya yang dimasak dengan ramuan pes original di dapur Grandmama's dan tak berapa pedas sangat sesuai dimakan dari peringkat kanak-kanak sehingga dewasa. 

Istimewa set seafood ini bukan setakat ada udang masak merah, tapi disajikan dengan masakan authentic Hainanese Style Mackerel Fish with Sweet & Sour Sauce. Rasa sambalnya masam manis makin makan makin tak keruan rasa, lembut isi ikannya segar dan lembut. 



Close up!
Burung Puyuh Goreng Kunyit harum baunya, lembut dan tak liat. Ehhh bertambah-tambah rasa nak makan lagi set ni tau.


Grandmama's Pavilion KL

Di Grandmama's Pavilion KL, nak berbuka puasa ada disediakan set hidangan Set A, B dan C. Anda boleh buat pilihan hidangan mengikut berapa ramai ahli yang hadir dan sesuai dengan bajet koranglah.

Set A - 2 pax
Set B - 4 pax
Set C - 6 pax
Menariknya julia nak kongsikan dengan anda, setiap hidangan yang anda order sama ada dari set A hingga set C, setiap set akan ditambah secara automatik dengan hidangan Nasi Kerabu, Kuih-muih, Kurma, Keropok ikan, Ulam-ulaman, Sambal belacan dan Otak-otak. Best kan...meriah menu berbuka puasa nanti tau. 

Yang paling penting, semua sajian menyihatkan sebab banyak sayur-sayuran dan zat seimbang.

Close up sikit...
pilih set C untuk 6 orang dapat cuba:

  1. Deep fried Squids with Pepper Salt - ohhh yang ini memang dah jadi kegemaran julia lah pulak, ranggup dan lain dari yang lain tau...sedap!
  2. Seafood curry hot pot - scroll gambar di atas sekali itulah menunya, dimakan dengan kuah panas-panas penuh seafood satu mangkuk, terung dan aromanya hmmmmmm memang best. Kari chinese style tak jemu di makan berulang kali tau.
  3. Black pepper sauce Beef with cashew Nuts 
  4. Udang masak merah
  5. Sweet & sour chicken
  6. Vegetable of the day
  7. Deep-fried chicken bean curd roll
  8. Hainanese style mackerel fish with sweet & sour sauce


Minuman istimewa Grandmama's
  Semua ada 3 layer tau antaranya Soda Bandung, Teh dan Kopi. Julia suka minum soda bandung rasanya tak manis sangat dan dingin je minum. 

Bagi anda yang suka kopi dan teh, kena cuba minum tau, rasa beza sangat sebab ada 3 layer rahsia yang diadun dalam setiap gelas. 

Sambal Belacan Grandmama's memang nikmat sungguh! 
Aduyaiiii, masih tak boleh move on! Lihatlah sambal belacan dengan gabungan set ulaman dan ikan masin tu, sedap sungguh! Berselera je nak makan dengan nasi. 

Sambal belacan tu tak ada lah pedas menyengat sangat, rasanya berlemak dan semakin makan semakin nak tambah nasi haishhhh sakan hahaha.

Otak-otak Grandmama's
Selalu kita mengidam nak makan otak-otak mesti kena pi kedai dan gerai-gerai baru dapat itu pun bermusim la kalau ada...tapi di grandmama's ada disajikan berserta set tau. 

Bagi julia merasai otak-otak di sini okeylah, tapi lagi best kalau otak-otak itu dibakar lebih garing sikit. baru rasa nak makan lagi hehe.

Gulai ayam dengan burung puyuh masak merah tu julia makan memang segar, tak susah nak makan sebab isinya telah dipilih dan kurang tulang. Kalau nak bagi set single platter untuk berkongsi makan dengan anak-anak memang sesuai sangat. 

Harga?
Sudah tentu anda semua nak tahu setiap set hidangan yang julia paparkan berapa harganya kan...kalau di Pavilion KL Set A hingga set C average harganya sekitar RM78 sehingga RM285++.

Cawangan KLIA & Genting Highlands set single platternya RM38.90+ tau. 
Harga berbaloi sebab sajian yang disediakan sebenarnya melebihi apa yang korang nak makan tau.

Hai, tengok aje, jom ke Grandmama's masa nak berbuka puasa nanti ya. 
Tarikh mula ke semua set hidangan ini bermula pada 27 Mei sehingga 24 Jun 2017. Lekas save alamat yang berdekatan dengan anda di bawah. Sudah tentu ia tidak mengecewakan anda. 

Rating kepuasan.
Dari 5 bintang julia bagi 4 bintang. Sedap sesuai dengan citarasa semua bangsa dan peringkat umur. Syabas Grandmama's nanti julia datang lagi dengan keluarga besar. 



Grandmama’s Pavilion Kuala Lumpur, Malaysia
Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion Kuala Lumpur, 168, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel : 03 – 2143 9333

Grandmama’s KLIA, Malaysia
Lot SATMZ 5, Mezzanie Level, South Wing, Satellite Building, KLIA, 64000 Sepang, Selangor, Malaysia.
Tel : 03 – 8776 2357

Grandmama’s SkyAvenue, Genting Highlands
Lot T2-05, Level 1, SkyAvenue, Genting Highlands, 69000, Pahang, Malaysia.
Tel : 03 – 6101 3289

Grandmama’s Intermark Mall Kuala Lumpur, Malaysia ( Opening August 2017 )
The Intermark, 348 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur, Malaysia


Di buka: 11.30am - 10.30pm

Email: grandmamapkl@gmail.com

Info lanjut layari...


16 Comments

  1. Grrr... Dah la tgh lapar... Boleh lak terbaca entry ni...

    ReplyDelete
  2. Menarik betul tgk Nasi kerabu dia. Nyum nyum

    ReplyDelete
  3. dlu masa opis area pavi..mkn juga kt grandmama ni..sedap juga..ni ada pilihan utk berbuka puasa..menarik juga menu tu

    ReplyDelete
  4. Ni kalau shopping kat pavi, boleh la singgah berbuka dkt sini . Menu menarik .

    ReplyDelete
  5. namppak menyelerakan tapi pun kena datang try dulu

    ReplyDelete
  6. Bestnyaaa macam macam makanan ada :)

    ReplyDelete
  7. Amboi, nenek bawa motor becha, bukan main! Marketing yang bagus.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
  8. waw waw waw awwwww merecik..ohhh please laaa terseksa jiwa nengoknyaaa

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)