Nanti beli handphone macam kak juju tu pakai, nipis je nampak macam mahal...berapa ni kak juju? Haa tu baru satu pertanyaan dari adik ipar yang teringin nak beli dekat wife dia, juju tak promote langsung pun, cuma minta dia ambilkan gambar kami masa beraya je sudah cukup dia sendiri boleh rasa cantiknya handphone ZTE ni.

Bila bagi tau harga terbeliak mata ipar duai julia, mereka tak percaya telefon bimbit ni harga semurah itu di Lazada...ye beli online je senang, kat Lazada buat promosi.

Berbaloi dengan duit poket !
Sesuai sangat untuk peringkat pelajar di universiti, pekerja awam dan swasta yang ingin bergaya tapi berjimat cermat, dan semua lapisan kaum. Harganya yang murah tak sampai 1k membuatkan ramai kawan-kawan terpesona melihat body curve hp ZTE Blade V7 Lite Metallic Gold ni.


Lebih sebulan test apa julia dapat rasakan...
Ya, kalau korang perasan, sudah hampir sebulan julia menggunakan ZTE Blade v7 Lite Metallic Gold yang mempunyai kapasiti 16GB, 2GB RAM yang sudah hampir sebulan dipasaran 

Apa yang julia dapat rasakan bila menggunakan handphone ZTE ni ialah kuasa bateri dia, ya bateri dia sangat tahan lama, kira sehari je caj dah boleh ambil berpuluh gambar dan video dalam masa yang sama. Menakjubkan! 

Lagi satu, kalau julia buka aplikasi yang banyak contoh macam buka google, kemudian dalam masa yang sama menjawab mesej di WhatsApp, buka Instagram, bukan Facebook dalam satu masa yang sama, TAK HANG langsung! 

Kalau nak bluetooth pun laju, nak transfer gambar ke pc atau medium lain pun tersangat laju...nak download apps baru dekat Play Store pun tak hang, lancar dan mudah dicapai dalam masa yang sama.

Storage ZTE ni pun besar, bagi normal user macam julia puas hati lah sebab gambar yang dihasilkan nampak sharp dan tidak blur. Contoh macam di bawah...cantikkan kualiti gambar pertama kali julia snap ni.

KLIK LIVE VIDEO by Julia Johari
ZTE Blade V7 Lite Metallic Gold


ZTE design dari mana?
Soalan ni memang kerap kali di tanya, dalam instagram, facebook pun kawan-kawan julia suka tanya soalan yang sama...jawapannya ZTE ini asalnya di design dari Germany, Munich Design Center. Dari German okey so memang kerlas lah sesiapa memiliki hp canggih buatan dari German.


RM499
Nak beli di Lazada Klik SINI

Kelebihan ZTE Blade v7 Lite Metallic Gold
  1. Body ZTE ni diperbuat daripada Alluminium Alloy yang sangat ringan dan kukuh bila di pegang.
  2. Sangat nipis (super slim) - hanya berukuran 7.9mm
  3. Hujungnya bentuk curved edge glass - 2.5D
  4. Skrin - 5 inci HD IPS Screen (vivid & dynamic)
  5. Finger print sensor - sangat privacy dan hanya pemilik hp ZTE sahaja boleh menggunakannya.
  6. Double tap to wake up screen - mudah hanya ketuk dua kali dengan jari di screen untuk wake up handphone semula.
  7.  Camera - 8 MP sudah cukup bagus menghasilkan kualiti gambar yang baik.
Kekurangan ZTE Blade v7 Lite Metallic Gold
  1. Bateri di satukan sekali dengan badan smartphones - sekiranya bateri rosak perlu dihantar ke dealer ZTE untuk penukaran bateri.
  2. Permukaan skrin - mudah melekat habuk dan anda perlu memasang skrin protector untuk mengelakkan habuk atau minyak melekat di permukaan skrin.
  3. Tersangat nipis / mudah mengelongsor dari tangan - perlu beli smarphones casing untuk elak masalah tersebut jika anda seorang yang lasak menggunakan hp.
Nampak tak, kelebihan smartphones ZTE ni lebih banyak dari faktor kekurangannya, maka ia sangat berbaloi untuk di miliki.

BLACK SCREEN GESTURE
Smartphones ini sangat pintar, banyak aplikasi seperti dibawah yang boleh kita gunakan bila smartphones ini dalam keadaan (Black Screen Mode)

Kalau nak kejutkan hp, cuma perlu "Double Tap" menggunakan jari di atas skrin, boleh terus swipe bermacam cara untuk membuka aplikasi lain...mudah sangat!


PRO MODE CAMERA
Harga yang murah jangan disangka aplikasi kamera didalam smartphones ZTE Blade V7 Lite Metallic Gold ini hanya cap ayam...oh tidak! Ada pelbagai cara "Exposure Points" yang boleh kita gunakan untuk fokus gambar secara dekat...yang penting gambar sangat hidup, itu yang julia jatuh cinta tu.

SAY "CHEESE"
Ya, siapa sangka smartphones ZTE ni dah lah murah, pastu masa nak selfie say Cheese terus ada timer snap gambar selfie kita tau...yeyy, pintar sangat...so harus lah bila selfie je say cheese dan automatik gambar di snap...tak perlu tekan button snap gambar...barulah gambar tak goyang kan...


Gambar ini diambil dengan smartphones
ZTE Blade V7 Lite Metallic Gold

(Indoor)

(Dalam kereta)

(Outdoor)



(Zoom secara dekat)


Baca komen dari rakan instagram julia yang berminat dengan ZTE Blade V7 Lite 



Dengan harga mampu milik, kini julia rasa sangat-sangat berbaloi memiliki ZTE Blade V7 Lite Metallic Gold. Terima kasih ZTE Malaysia kerana menghasilkan smartphones yang sangat pintar, mesra pengguna dan paling penting sekali HARGA MAMPU BAYAR.

Info lanjut layari...

7 Comments

  1. Harga memang mampu milik.. Ok..start kumpul duit sekarang nak beli fon baru..hihi

    ReplyDelete
  2. Menarik tertarik....!!! Thanks Juju bagi info

    ReplyDelete
  3. MURAH Nyer !!!! kenapa rase berkenan niiiiiii

    ReplyDelete
  4. baca reviews pun mmg ckp phone ni awesome. tapi tu lah. pitihnya tak jmpa lagi hehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)