Kenali Apabila Sahabat Cemburu
1. Pandang serong
Menganggap bahawa kejayaan yang anda miliki itu adalah hasil dari sikap anda yang suka mengampu pihak batasan. Biarpun pada hakikatnya anda bekerja keras untuk mencapai kejayaan seperti yang anda miliki hari ini. (tempat kerja lama kot gini, tapi asyik kena berkorban je pun susah gak hmmm)
2. Bermuka-muka
Sahabat anda memuji kejayaan anda itu, namun dalam pujiannya itu terselit juga kata-kata sinis yang agak kurang menyenangkan. Lebih menyedihkan lagi pabila ada teman-teman di sekeliling anda yang menyampaikan bahawa si sahabat bermuka-muka dengan anda. (Ohhh, macam rasa ada kot, harap tak lah kan, lagi pun saya tak rasa itu satu kerugian pun silakan buat lagi hehhee)
3. Menyebar Khabar Angin
Dalam waktu yang sama, si sahabat juga turut mengatur strategi kotor dengan menghebohkan-hebohkan khabar angin, kononnya sesiapa sahaja yang berbaik-baik dengan anda mempunyai kepentingan tertentu. (Haaaaaaa, kisah lalu, pernah terjadi lah, pelik betul, banyak masa atur strategi kerana nak perhatian, i is so kesian, lihat dan biarkan, kadang2 ketawa dari jauh sebab tengok permainan mereka and now, senyap seribu bahasa, see penat dah kot hahha)
4. Sentiasa mengkritik
Di mata sahabat apa sahaja yang anda lakukan, seolah-olah tidak betul. Ada sahaja kritikan yang dilemparkan kepada anda. Ada kalanya kritikan yang diberikan itu memang tidak relevan. (Pernah, apa julia buat? Diam dan biarkan, tak ada masa nak hadam negatif, memanglah kadang2 air mata tu tak yah cakap lah kan, tipulah tak rasa sedih, tapi makin kelamaan rasa kalau datang yg lagi teruk pun i buat donno je...kuat betul hati sekarang alhamdulilah)
5. Terlalu sensitif
Apa sahaja teguran yang diberikan demi kebaikan si sahabat dianggapnya sebagai racun dalam persahabatan. Sahabat beranggapan anda sengaja ingin menyakiti hatinya, biarpun pada hakikatnya anda ingin membantu sahabat memperbaiki prestasi kerja atau pelajarannya. (Pernah beri teguran membina, langsung tanpa merujuk mana2 pihak, tapi dimanipulasi sehingga perlu buka aib orang, dipaksa untuk buka aib orang....soooo? Anda perlu buat sesuatu untuk jaga hati anda sendiri, kesian betul)
6. Guna taktik menghasut
Sahabat cuba menghasut teman-teman anda agar membataskan pergaulan dengan anda. Menurut sahabat, anda perlu memilih kawan dan tidak boleh berkawan dengan sembarangan orang, sedangkan anda tidak pernah berfikiran sedemikian. Situasi ini akan melahirkan ketidakpuasan hati antara anda dengan teman-teman. (Oh ini biasa, dah rasa dan dah alami, pahit kot, tapi tak apa, kebenaran akan terungkai)
7. Kerap bertengkar
Anda mulai sedar sejak kebelakangan ini sahabat cuba menaikkan api kemarahan anda. Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja perselisihan faham yang berlaku, sekali gus menghangatkan hubungan persahabatan. Sikap sahabat yang tidak mahu mengalah dan keras kepala bakal memburukkan hubungan persahabatan. (Aku rasa hubungan alam maya juga sama ada masalah ini, bukan semua tapi ada segelintir, bila kita mulai rapat dan sikit menonjol mulalah nak tampil komen kasar, walhal tak merujuk dia langsung, kepuak-puakan sehingga memecahbelahkan persabatan, now julia dah tak nak rapat lagi dengan sesiapa, manusia memang tak suka ditegur cara baik, maka biarkan mereka dalam kelompok berkenaan, lihat dari jauh sudah buat hal sendiri)
8. Mengungkit
Sahabat seolah-olah mengungkit segala pertolongan yang pernah dihulurkan suatu ketika dahulu. Lebih menyedihkan lagi apabila si sahabat mengungkit bahawa kejayaan yang anda miliki hari ini adalah hasil sokongan dan pertolongan daripadanya. (Oh ini tak pernah lagi jumpa, kalau ada i belah je, sure malas nak dekat dah hahahha)
9. Menjauhkan diri
Sejak berlakunya insiden perselisihan faham antara anda dengannya, si sahabat seolah-olah cuba menjauhkan diri dari anda. Malah, dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan anda. Setiap kali anda mengajak untuk berbincang, dia yang bertindak membatukan diri dan tiada inisiatif untuk memperbaiki hubungan persahabatan anda itu. (Betulllllllll sangat apa yang dikatakan, bila diajak berbincang, bersemuka, ada sahaja alasan...hahahahha ini lawak, nak selesai cara elok, dalam online memang senang keluarkan kata2 menghiris hati kawan, tapi kawan tak pernah lupa apa sahaja batu yang dilemparkan pada dia...pernah Allah uji satu umat ni, terjumpa di Jusco, jalan 4 simpang julia dan dia dari arah bertentangan, dia nak ke restoren makanan, julia ke ruangan shopping, terlihat dia bersama suami dan anak, terpandang julia dia terus masuk restoren tanpa langsung sapaan...Allahhhhhhhhhhh, paling menguji suami yang bisik kat julia, itu bukan kawan julia ke..........suami dia abang kenal....Allahhhhhhhhhh julia diam membisu, rasa keciknya dunia, keras sungguh hati perempuan ni, baik kawan dengan haiwan, sekeras2 hati haiwan pun, wpun pernah lontar batu kat tuan dia, akhirnya dia setia....dunia oh dunia, susah nak kawan dengan jantina yang sama....mereka terlalu kompleks)
Kredit info: http://dara.karangkraf.com/
19 Comments
ade osrg kat sini bermuka-muka..huuuh..
ReplyDeleteDi mana-mana sekarang baik jgn rapat sgt sis...bila kita niat ikhlas berkawan, teguran membina tanpa aibkan sesiapa tp diputar belitkan keadaan...itu sebab julia ambil langkah diam dan lihat...buat hal sendiri...apa2 pun lepas ni tak boleh dah rapat sgt...natijahnya kita yg kena balik
DeleteBetul tu bermuka muka :-)
ReplyDeleteRamai nabihah...kadang2 tu kesian, bila terjumpa mata tak pandang kawan, pandang jalan...kesian manusia cm tu...kena byk2 pi bengkel naikkan keyakinan diri hehehe
DeleteMohonlah dijauhkan dari orang yang macam ni
ReplyDeleteApa yg kita boleh buat, berkawan biar berpada...
Deletemacam-macam
ReplyDeleteMacam-macam bro...masalah kawan ngan perempuan...tak semualah...tp segelintirnya sgt tak suka lihat orang lebih darinya...mula lah dia nak jauhkan diri tak semena...lone ranger lagi bagus
Deletetak suka orang macam ginih
ReplyDeleteReenee...semua manusia tak suka macam ni...semua manusia nak yang baik2 dan positif, tapi kenapa manusia sendiri cipta masalah yang sebenarnya bukan masalah besar pun...haishhhhh itu lah segelintirnya sgt kompleks...apa kita buat semuanya sakit dihatinya...hmmmmmmmm
DeleteItu namanya kita berhati-hati diana...tak apa janji kita tak ganggu orang
ReplyDeleteHarap-harap kita tak tergolong dlm kelompok yg itu Ju
ReplyDeleteKalau terjebak segera patah balik bertaubat.
Hidup kita di dunia ini bukanlah lama mana pun.
Betulla sis..akk ni jmpa mcm2 peel kawan..tp akk adapt je dgn perangai dorang..cuma kita ambik sisi yg baik je..yg xbaik jadikan teladan..
ReplyDeleteperangai mcm ni seakan dah jadi lumrah Ju..
ReplyDeletedepan baik belakang dia tikam kita..
tapi tak apa lah sebagai umat islam.. Allah sentiasa akan berikan keadilan pada yg teraniaya..
Manusia. Sedangkan warna pun Allah cipta pelbagai, inikan pula ragam. Semoga kita terpelihara dari sifat mazmumah.
ReplyDeletemanusia mcm tu la..
ReplyDeleteharap saya xdpt sahabat mcm tu..alhamdulillah sahabat, kawan saya yg ok ramai..yg xok pon ada sikit ja..kita hindarkan diri siap2
hadoii..mcm2 perangai manusia..mintak dijauhkan dr org2 mcm ni..tp mn2 pegi pun mmg akan jumpe spesis yg mcm ni..asal die xmengganggu kita udahh
ReplyDeleteAssalam julia,
ReplyDeletehati manusia sukar kita nampak
so kalo ghaser negative tu jauhkan diri sesiap he3
hahaha.. kat ofis fifi ni ade sorang.. bermukamuka.. malas nak layan.. lantak p kat dia la..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)