Assalam Semua
Umi Qi akhir-akhir tahun ini baru rasa menginjakkan diri untuk tambahkan ilmu-ilmu parenting...rasa yer sgt2 perlu bagi semua kaum family di luar sana untuk berikan masa setengah jam sahaja belajar melalui internet ttg kepentingan ilmu parenting....

So Umi Qi ambil inisiatif sesibuk mana pun kita, kita sebagai wanita akan balik ke rumah as a title Umi, Ibu, Mama dan Mak betul x? So anda realize x makin hari makin kita kurang ilmu parenting kerana only fokus pada kerjaya semata2....ohhh not good!...sbb bila di tempat kerja kitalah sang juara dalam kerjaya tetapi bila balik ke rumah kita jadi malas nak melayan kerenah anak2 yg meningkat membesar yg dahagakan perhatian kita....tp kita tiada ilmu atau kurang ilmu bagaimana nak handle situasi anak2 kan?

Percayalah! Umi Qi pun punya anak berumur 1 tahun 4 bulan...makin menginjak ke alam todler makin mencabar minda Umi Qi untuk menjadi seorang Umi yg sebetul2 taraf yg boleh dikatakan seorang Umi Bekerja!....

Maksudnya Umi yang pandai mengimbangi situasi bermacam2 keadaan dan situasi yg berbeza, mood berbeza, dan masalah yg berbeza? Cuba korang tanya diri korang sendiri, sebagai Ibu, Mama dan Mak kepada anak anda, adakah anda terokai siapakah sebenar-benarnya anak anda?

Personalitinya? Corak permainannya? Pergaulannya dengan rakan baru muda atau tua darinya? 

Umi Qi pun masih tempoh pembelajaran ilmu parenting seumur hidup...selagi kita bernama wanita yg bergelar ibu...pastikan jgn lupa isi diari keibuan kita dengan ilmu yg baik utk dibawa pulang ke rumah dan realisasikan bersama2 dgn anak tercinta.........ini Umi Qi tgh usahakan...ayuhhhhh mari Umi Qi sisipkan satu cebisan penjelasan ttg ilmu parenting dari Datuk Dr. Zulkifli.

*****************
Memandangkan gaya hidup sibuk masyarakat moden kita, ibu bapa hari ini tidak meluangkan banyak masa untuk bersama anak mereka,” kata Datuk Dr Zulkifli, sambil menambah bahawa “Bagi ibu apa yang terpaksa mengimbangi antara kerja dan keluarga, peluang meluangkan masa berkualiti bersama anak mereka amat berharga, dan satu cara untuk memanfaatkan saat ceria bersama ialah bermain dengan mereka.” 

Apabila ibu bapa bermain dengan anak, mereka bukan sahaja rasa seronok dan santai, tetapi juga berpeluang berhubung sepenuhnya dengan si manja, membolehkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi agar dapat memahami si manja dengan lebih baik. Pada masa yang sama, anak juga merasakan bahawa dia dibelai dan disayangi.

“Interaksi antara ibu bapa dan anak semasa bermain merupakan peluang keemasan untuk ibu bapa membina hubungan yang erat dan boleh dipercayai dengan kanak-kanak. Hubungan ini
membantu membina dan mengeratkan ikatan kekeluargaan yang kukuh, dan membawa manfaat demi perkembangan emosi kanak-kanak.”

“Bermain juga tidak menelan belanja besar. Anda juga tidak memerlukan mainan atau permainan paling mahal untuk bermain dengan anak. Cuma sedikit daya kreativiti dan imaginasi akan menjadikan permainan menyeronokkan bagi anda berdua.”

Kegiatan lazim yang mungkin diminati oleh anak anda termasuk masak-masak (bermain menggunakan periuk belanga mainan), sorok-sorok, melakonkan watak (seperti berpura-pura menjadi astronaut memandu roket yang diperbuat daripada kotak), dan permainan teka-teki.

“Tujuan bermain dengan anak anda ialah berkongsi masa bergembira bersama dan mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak. Bagaimanapun, aktiviti hendaklah ditentukan oleh anak. Biar anak anda menentukan apa yang hendak dimainkan, dan anda sepatutnya melibatkan diri sepenuhnya dalam kegiatan mereka.

Ini pasti menjadi saat yang paling manis bagi ibu bapa dan juga si manja,” ujar Datuk Dr
Zulkifli. 

Sumber dari: Google

<<<Jom merajinkan diri untuk bermain sama2 dengan anak dan belajar apa itu Play is Healthy...selamat menambah ilmu :) >>>

8 Comments

  1. Betul tu Ju. Hana pun dalam proses belajar jugak. Kadang-kadang kalo tak sempat nak pergi dengar ceramah, boleh baca kat internet jugak. Peel anak masa baby lain, bila menginjak todler lain lak kan.. Sama-sama kita belajar ye, supaya kita boleh imbangi antara kerjaya di opis dan di rumah.

    ReplyDelete
  2. Lepas ni..nak main puas2 dgn rissa lah.kekadang kesian tengok diaorg..kita spend masa kejap sangat dengan dia..

    ReplyDelete
  3. Ibu dilah pun kdg2 suka layan anak2 berimaginasi.. terutamanya si kakak yg bijak sgt tu.. seronok layan anak2 yg bijak ni.. tp bila penat sgt n byk benda nak buat mula la nak marah je bila anak ajak wat itu ini.. kesian pulak time tu.. lps ni kena lebih lagi kawal emosi...

    ReplyDelete
  4. ye mmg betul istilah budak bermain aktif adalah bijak..ilmiah sgt entry ini

    ReplyDelete
  5. Setuju ummi Q!!ummi Q klu bab buat entry syiok betul..tq sharing

    ReplyDelete
  6. jue...!
    ku rindu kamu dan si comel ilman!
    bila la agaknya dpt jumpekan 2 org tu ek

    ReplyDelete
  7. thanks umi qi..ilmu bermanfaat..skrg ni pun amy n hubby suka sgt duk men2 dgn adam..lg la die tu bambam..duk gomel2 jer..hehe

    ReplyDelete
  8. Kita sebagai parents, lagi2 ibu moden mcm kita ni memang sentiasa akan mencari & mempelajari semua ilmu2 parenting kan Umi.. setiap hari adalah hari pembelajaran buat ibu/bapa yang ada anak2 kecil.. lagi2 zaman technology ni.. lagi senang nak dptkan info terkini hanya dihujung jari :))

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)