Surprise! Happy 6th Birthday Qaiser ilman (Abg Qi)

by - Monday, October 08, 2018


Alhamdulilah rancangan umi & walid nak surprisekan merdeka boy ulang tahun tarikh kelahirannya pada 31 Ogos 18 menjadi. Siap sorok dia dulu semata nak beli kek pelangi, hadiah mainan dengan belon helium, dah siap deko baru amik dia.😉

Kesinambungan entry lepas klik: Theme Park Berjaya Times Square

Sebenarnya yang beria sungguh dalam rancangan ini ialah bapa kepada Abg Qi, dia yang paling bersungguh. Aku lihat dia buat plan ini dengan tindakan, bukan cakap sahaja, tapi perbuatan dia menampakkan dia sangat menyayangi darah dagingnya. 

SubhanAllah, satu contoh yang aku sendiri tak dapat buat bersungguh sepertinya...hamba yang buat baik dalam diam, dialah. 


Kek ini sangat cantik sekali, di pilih begitu lama, sebab ia kenangan yang tak akan dapat di mana pun, katanya buat dan cari yang terbaik, jika mampu apa salahnya sebab apa yang kita ada hari ini ialah menumpang rezeki dari anak. 

Ya benar tu, sebelum itu kita rasa sempit, sekarang sempit itu rasa lapangnya bila kita berusaha mengembirakan orang yang kita sayang terutama darah daging sendiri. BarakaAllah, murninya hati itu, aku nak hati macam tu, aku cemburu. 

Kawasan yang diraikan di tempah
Berlainan sekali sambutan hari jadinya kali ini, walidnya setuju untuk tempah menginap di hotel. Hadiah dia, selain mainan kan. Mesti dia suka punyalah, tak sabar nak lihat wajahnya. 

Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur
Cantik sungguh, pertama kali julia ke sini dengan keluarga, tak sangka cantik sungguh biliknya. Kalau nak lihat penuh boleh tonton sedikit sedutan video. Boleh nampak dekorasi hotel ini sangat mewah tapi harga penginapan yang berbaloi. Tidak terlalu mahal dan harga yang dipaparkan kena dengan bajet kami yang suka murah tapi nampak mewah. 

Bila nampak kerusi ini, terus kami bawa belon dan kek, belon helium kami beli dekat kedai je senang. Bawa sendiri masuk dalam kereta, sampai je hotel check in dan terus deko. Tadaaa nampak tak nombor 6. Tu pun helium tau haha. 

Siap dah setiing kek dan hadiah mainan kereta control, murah je beli hadiah tu kat kedai borong. Janji jimat, yang penting nak detik meraikan tu perlu diingat selamanya. 
Inilah ruang jendela bilik kami, betul-betul bersetentang dengan Sunway Putra Mall, memang jelas sungguh nampak satu bangunan dan masa ini baru lepas hujan. Cuaca cantik sekali. Semua dah sedia, jom ambil Abg Qi haha. 
Tonton, rasai detiknya...


SubhanaAllah, manisnya senyumannya.

Lihat wajahnya. Berlainan sekali, bukan tak pernah tengok dia senyum, tapi pasti kalian merindui senyuman kepuasan anak masing-masing kan. Bila kita buat kelainan untuk meraikan dia, pasti dia rasa terharu, kami berdua nak dia faham bukan meraikan untuk rasa bangga keterlaluan tak bertempat, tapi belajar bila dah dewasa nanti dia akan lebih menghargai, menyayangi serta menghormati siapa ibu bapanya...

Anak-anak bila dihargai, mereka lebih mendengar kata. Nak jadi degil pun dia fikir balik apa yang dia dapat dan lalui, ibu bapa dalam dunia ini jika mampu semua nak buat yang terbaik untuk anak-anaknya. 
Moment, kami beli masa dia. 
Masa emas yang tak mungkin dapat dikembalikan, tapi kenangan masa saat itu pasti terpalit diingatan.
"You are a treasure from Allah, who brings me so much joy and love. Happy birthday son!"
Abg Qi suka sampai mulut terngaga! 😂😘❤

Terima kasih semua sahabat FB ucap dan mendoakan my Abg Qi. Ya Allah, murahkan rezeki kawan-kawan kami dan saudara kami semua. Tanpa kalian tak berseri hidup kami. 

Sayang semua mmmuahh! 😘
Jazakumullahu khairan kathira

You May Also Like

4 Komen Sini [Click]

  1. seronok Abg Qi dpt surprise dr umi & walid....dpt kek belon..dpt tido hotel

    ReplyDelete
  2. seronok abang qi dapat sambutan macam ni..hehee

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER