Jom Kita Theme Park! Berjaya Times Square Theme Park 2018

by - Monday, September 03, 2018


Pertama kali jejakkan kaki masuk ke dalam Berjaya Times Square Theme Park yang terletak di Jalan Imbi Kuala Lumpur pada pagi 31 Ogos 2018. Semangat! Sebabnya hari berkenaan adalah hari bersejarah buat Abg Qi yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-6 tahun. Alhamdulilah syukur, diberikan peluang melihat sendiri anak membesar di depan mata kami berdua.

Kejutan istimewa ini di taja sepenuhnya oleh walid Abg Qi. Dia yang penuh semangat hari itu, berbaris awal dan beli tiket. Lama sungguh tunggu hari ini tau, bayangkan masa tu kami berdua belum kahwin lagi dah berangan nak masuk sini tau, rezeki lepas anak dah genap 6 tahun baru ada rezeki jejak kaki ke sini. 

Seronok tunggu kenangan indah, seperti realisasikan satu wishlist besar. Yelah selama ini tengok dari luar je kan, nak masuk masa tu Abg Qi masih kecil, belum tahu apa lagi. Sekarang tiba masanya !

Seawal jam 10.30 pagi kami sampai, kelihatan banyak shop lot belum dibuka tau. Kami menunggu di perkarangan MCD, sambil menikmati menu ringan sahaja dengan air milo. Kami perhatikan dulu didalam website yang offer tiket murah, bila bandingkan tak jauh sangat diskaun tu, maka malas nak beli dalam online. Walk in je senang.



Harga tiket 2018
Kami bertiga, kalau berempat lagi untung sebab anak korang lagi sorang ibarat macam harga dapat tiket free tau. Ada pakej untuk 2 dewasa + 2 kanak-kanak baru seratus lebih. 

Murah sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan tiket harga asal mula-mula dulu Berjaya  Times Square Theme Park ini ditubuhkan tau. 

Dewasa - RM39
Kanak-kanak - RM28
Total RM106.
(Kalau beli online dpt 15% purchase off, ini offer terbaru lihat website tadi untuk Sept-Nov 2018)

Kalau korang rajin, pi la terjah Matta fair ke mana tahu dapat lagi murah. Untung kan. Macam kami ni beli walk in je senang bila-bila rasa masa sesuai terjah terus sebab memang trip tak dirancang bila nak pi haha. 





Cara ke sini
Ada 3 jenis kemudahan, kalau bawa kereta ada parking disediakan. Nak naik kemudahan awam macam Monorail dan MRT pun senang akses ke sini

Boleh dua kali keluar masuk.
Ya, itu yang diberi tahu. Kita kena sentiasa pakai tag dekat tangan tu, kalau nak keluar lunch dan solat boleh dua kali masuk. Dari jam 11 pagi sampai jam 10 malam, mainlah puas-puas sampai korang pengsan haha, ye best. Ada certain permainan yang perlu kena bayar tau, so siap-siapkan duit lebihan okey. 

Kemudahan
  • Loker
  • Makanan/Minuman di jual 
  • Tambah nilai (guna tag di lengan untuk tambah nilai di kaunter ada disediakan, tujuannya untuk buat pembelian makanan/minuman dan main game yang kena bayar)
  • Tandas / breastfeed room
  • Ruang rehat
  • Gambar khas. (Gambar yang ditangkap oleh pasukan theme park sendiri, aku beli satu lebih kurang harga untuk sekeping besar RM28 gitu) untuk kenangan dan balik rumah suami laminatekan untuk tahan lama dan tampal dekat dinding rumah. 

Jenis mainan 
Ada banyak jenis mainan di sediakan tau, rambang mata tengok tak tahu nak mulakan mana satu. Bagi yang ada anak macam kami, sudah semestinya kami nak anak main dulu. Kami terus ke kawasan FANTASY GARDEN di aras 7.

Aras 7 - Fantasy Garden (Kanak-kanak)
Perlu menaiki escalator. Cantik tau rupa bentuk dekorasi escalator ke tingkat 7, dah rasa kena rasuk Fantasy Garden hehe. Ada lebih kurang 7 permainan disediakan, ada yang tutup sementara sebab kerja construction. Tapi kami dapat main banyak juga dari 7 tu tau. Nanti korang pi sendiri ye boleh tahu nama setiap permainan tu. 






Bumper car 
Aku suka sangat sebab di sini bumper car untuk anak sebaya Abg Qi dan bumper car untuk orang dewasa ada disediakan. Seronok aku lihat kedua-dua peringkat umur dapat bermain puas-puas kat sini termasuk aku. 

Suasana lagu pun menarik minat untuk berhibur sambil bermain. 

Aras 8 - Supersonic Odyssey Roller Coaster (Dewasa)
Ala yang roller coaster pusing sampai bergegar tiang tu, ish aku sampai ke sudah ingat nak naik tapi tak berani nak naik sampai ke sudah waktu petang aku just tengok orang menjerit je hahaha, so dari aku haru birukan hidup aku baik aku teman anak main je lah.

Korang berani naik lah ye. Aku kalau roller coaster jenis mini tu beranilah gak, kalau yang jenis pusing sampai 360 darjah aku say bye-bye haha  penakut gak aku ni. 

Klik video

Kami berdua ambil short video banyak dari gambar, ini kerana semua mainan disini kan bergerak, maka lebih seronok diabadikan kenangan dalam bentuk video sebenarnya. Sudah tengok video tu kan, seronok kan, korang pun mesti tak sabar nak pergi punyalah.

Beli gambar atau cenderamata.
Bila nak keluar, kalau rasa berbaloi belilah gambar buat cenderahati. Bagi kami inilah tanda kami jejak ke sini pada 31 Ogos 2018. Gambar pun sangat menarik, so julia rasa tak rugi kalau beli buat tatapan di tahun akan datang nanti. 

Penat seharian bermain dan bergurau senda dalam ni, tak payah pening dengan cuaca panas, hujan dan kilat. Semua dalam satu bangunan. Senang nak keluar akses solat dan makan, kalau kata teringat nak ambil barang di kereta pun tak rugi sebab akses masuk 2 kali. 



Berjaya Times Square Theme Park, 
Level 5 & 7, Berjaya Times Square, No.1, Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur, Malaysia.
+603-2117 3118

Bintang - 4 bintang dari 5 bintang julia beri. 
Staf theme park pun sangat mesra kalau kita tanya soalan. Syabas Berjaya Times Square Theme Park, kami sungguh seronok dan enjoy bermain bersama anak sampai puas. Sampai juga impian kami nak hadiahkan salah satu acara hari jadi untuk Abg Qi tersayang sempena umurnya 6 tahun pada hari merdeka. Alhamdulilah.

Harap ada lah rezeki nak bawa family dan adik beradik serta anak buah ramai-ramai terjah sini nanti lagi. Lagi bertambah meriah kan! 

Okey nantikan entry seterusnya, entry kemuncak surprise kek dan hadiah hari jadi di hotel. Di mana tunggu esok julia update, kemain belon helium bagai haha. 😂

You May Also Like

17 Komen Sini [Click]

  1. sronok busday boy dpt main2 kt theme park ni..akak dlu pn bw tisya ms busday juga die ke sini ms tu dlm 5thn ..sronok sbb kami dpt tiket free ms pi matta fair..jimat duit hehe

    ReplyDelete
  2. seronok sgt abg qi tu.Hepi belated besday abg qi.. btw,mmg menarik betul theme park ni

    ReplyDelete
  3. Tak pernah masuk sini. Tngh mencari tempat nk bawak anak untuk birthday nanti. Boleh propose kat husband ni. Hehehe.. Apa pun, Happy Belated Birthday Abg Qi..

    ReplyDelete
  4. seronoknyaa. suka video tu. Teringin nak bawak anak masuk tapi taktahu rupa kat dalam tu hahaha.

    last masuk pun masa umur 17 rasanya. aduh lama sangat tu

    ReplyDelete
  5. rasa nak pergi juga. lisa pergi themepark still dpt harga budak hahaha

    ReplyDelete
  6. Happy birthday Abam Qi...insya insya kalau anak dh besar mcm abam qi baru bawa ke sini. Depa ni, byk takut mainan yg ganas2

    ReplyDelete
  7. happy belated birthday abam qi :D

    ReplyDelete
  8. lama xsinggah sini..dtg melawat abam qi..eh juju la..:)

    ReplyDelete
  9. tempat mama bercinta cintun dulu. lama dah tak pegi harga tiket masih berpatuttan ;aa

    ReplyDelete
  10. wah best yer, huda pun selalu lepak kat McD depan theme park ni masa zaman bercinta kat universiti dulu, berangan nanti ada anak nak bawa main kat sini. wishlist ni belum tertunai lagi, tunggu anak no 2 huda besar sikit.

    ReplyDelete
  11. Happy belated birthday Abg Qi! Ya Allah. ni taman tema masa zaman bercinta dulu ni..hehe.. bolehlah bawa anak-anak pula lepas ni..sebab harga dia takdelah mahal sangat pun..

    ReplyDelete
  12. Syok lah dapat main macam macam abang Qi. Dah lama tak pergi TS ni. Heheh.

    ReplyDelete
  13. Dari zaman bercinta ajak ayah humaira tapi dia tak nak,dia kata kang langgar dinding naik roller coaster huhhjuu

    ReplyDelete
  14. Seronoknya bermain kan? Kami ni tak boleh nak pergi lagi sebab ada baby. Ibunya pun nak main jugak.hehe

    ReplyDelete
  15. Last pergi time sekolah dulu...fuhhh roller coaster dia padu...ahhahaaa..tngok gambar dia capture muka pucat je masing2 hahhhaa

    ReplyDelete
  16. dekat denagn rumah..tapi tak pernah masuk theme park dia..hehee..tunggu anak besarla

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER