Kopi Badang Cafe 'Minum Secawan... Nak Bercawan-cawan!' | Julia Johari

Kopi Badang Cafe 'Minum Secawan... Nak Bercawan-cawan!'



Sebut sahaja 'Kopi' cukup sinonim dikalangan pengemar kopi seantero dunia tidak kira waktu bila pun kopi menjadi satu pelega dan kesukaan masyarakat kini. Anda pernah dengar Kopi Badang Cafe? 

Jika belum pernah, hari ini julia nak ketengahkan kebaikan Kopi Badang Cafe yang semakin di ceritakan di pelbagai media massa umumnya di akhbar mahupun di media sosial. Tetapi sebelum julia kongsikan pengalaman merasai kopi badang cafe, mari julia kongsikan sedikit sejarah asal usul wujudnya Kopi di dunia ini. 

Sedikit sejarah mengenai asal usul KOPI.
Kopi adalah minuman yang dicampurkan dengan air panas yang disedia daripada benih panggang, biasanya dipanggil biji kopi, bagi tumbuhan kopi. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan perangsang pada manusia. Hari ini, kopi adalah satu daripada minuman paling disukai itu di seluruh dunia. 
Kopi adalah pertama di minum dalam abad kesembilan, apabila ia telah ditemui di tanah tinggi Etiopia. Dari situ, ia merebak ke Mesir dan Yemen, dan pada abad ke-15, telah sampai Armenia, Farsi, Turki, dan di utara Afrika. Dari dunia Islam, penyebaran kopi ke Itali, dan seluruh Eropah, dan ke Amerika. [Sumber]

Kopi Badang Cafe.

Tahukah anda Kopi Badang Cafe adalah kopi 3 dalam 1 yang tidak mempunyai apa-apa bahan tiruan, tiada bahan pengawet, perasa tiruan dan 100% kopi tulen bermutu tinggi.

Semasa hari pelancaran Kopi Badang Cafe baru-baru ini, julia sebagai rakan media dari Kelab Blogger Ben Ashaari berkesempatan menanyakan satu soalan kepada pihak pengeluar Kopi Badang Cafe - Al Mubarak Health Sdn Bhd.

"Kopi jenis apakah menjadi pilihan utama dalam kandungan Kopi Badang Cafe?"

Jawapan: Menggunakan kopi Robusta dari Columbia dan sesuai dengan citarasa Asia. 



Puan Azaha binti Beram adalah seorang usahawan yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan produk kesihatan dan telah berjaya mencipta menghasilkan kopi 3 dalam 1 tanpa bahan tiruan serta 100% tulen kepada semua pelanggan. 

Aku tumbang kerana salah pilih kopi...
Julia bukanlah seorang pengemar kopi, boleh kata tak suka kopi, almaklumlah asal minum kopi je terus pening kepala, tak tahan kot, itu yang memang dari dulu tak minum kopi sebab masalah pening yang melampau.
Pernah terjadi pengalaman buruk tika julia menuntut di universiti, ambil satu jenama kopi yang memang terkenal lah kan dikalangan pelajar, ingat nak stay up lah malam hari nak study dan buat kertas kerja, sekali minum berpinar biji mata, kepala pusing-pusing tunggu nak pitam. Huhh jangan main-main ye, sesetengah orang apa lagi macam julia memang alah pada sebarang kopi.
Kecuali...kopi yang benar-benar kopi. Itu sebab aku sangat pelik, asal balik kampung nenek, nenek julia mesti bancuh kopi original, hanya kopi dan gula. Tak ada istilah campuran lain. Tak tahan bau aroma kopi menusuk hidung julia minumlah sikit, terus minum banyak sebab memang sedap kopi original.
Lepas tu pelik, kenapa aku tak pening, tak tumbang macam kat universiti sebelum ini.
Nah baru aku tau...rupanya kopi 100% sebenar-benar kopi sahaja yang buat badan kita jadi cergas dan tak mendatangkan kesan sampingan lain. Orang yang suka kopi memang tak rasa apa efek orang tak suka kopi tau. Macam julia sangat sensitif itu sebab sampai sekarang julia suka minum kopi original.



6 Kelebihan Kopi Badang Cafe.
1. Bauan dan rasa sebenar kopi original sebenar!
Bau sahaja, itu belum rasa lagi. Huhh sedap betul bau kopi tanpa campuran lain. Hanya kopi, krimer bukan tenusu dan sedikit gula dalam 1 sachet sahaja. 

2. Tenaga dan fokus berpanjangan
Bagi pelajar, pekerja, mahupun suri rumah tenaga dan fokus yang lama di perlukan untuk kita sentiasa rasa cergas. Kalau lesu dan tak bermaya, ambil satu sachet kopi badang cafe julia sendiri lepas balik kerja boleh mengemas rumah, memasak dan mengasuh anak sehingga ke pagi hari. Ceria dan bertenaga dan kurang rasa sakit badan.

3. Berjalan jauh, nak elak mengantuk.
Ya, kopi memang rakan baik untuk kita yang selalu memandu untuk jangkamasa yang lama. Selain itu, kopi ini juga dapat mengelakkan perut kita jadi sembelit tika perjalanan jauh.

4. Boleh diminum tanpa was-was dan diamal oleh semua lapisan masyarakat.
Ia halal dan digemari ramai. Selalu orang-orang tua tak berapa gemar kopi macam-macam campuran, kopi original seperti Kopi Badang Cafe mudah dan sangat praktikal untuk semua.

5. Mudah dibawa travel ke mana sahaja!
Tak perlu beli penapis kopi, pembancuh kopi atau nak bawa gula dan sebagainya. Semuanya dalam 1 sachet yang mudah disisip dalam handbeg atau kocek seluar pun boleh. So bila ke kedai makan, order sahaja satu cawan air panas, buka sachet dah siap kopi badang cafe! Ohh yeah!

6. Krimer Bukan Tenusu (KBT) 
Krimer bukan tenusu dibuat dengan ramuan berasaskan tumbuhan semulajadi tanpa pengawet tambahan, menjadikannya pengganti terbaik untuk susu. Krimer ini larut serta merta bagi melazatkan citarasa minuman panas kegemaran anda.

Menyedari potensi besar pasaran KBT yang lebih sihat dan berkhasiat, penyelidik MPOB membangunkan formulasi bahan berlemak berasaskan sawit yang boleh digunakan dalam penghasilan KBT yang nyata bebas daripada asid lemak trans dan juga rendah asid lemak tepu. 

KBT berasaskan sawit adalah setanding dari segi warna, rasa, bau, kelarutan dan penerimaan secara keseluruhannya dengan KBT komersial yang berasaskan minyak sayuran pepejal terhidrogen. (Sumber: Google)


Kenali Duta Produk Kopi Badang
Pelakon tersohor, siapa tak kenal Encil Zamarul Hisham Mohamed. Beliau telah dilantik oleh Al Mubarak Health sebagai Duta Kopi Badang Cafe secara rasminya. Encik Zamarul Hisham sendiri adalah peminat kopi maka memang sesuailah beliau menjadi ikon Kopi Badang Cafe.
Sedikit info Al Mubarak Health Sdn Bhd (Al MUbarak Health)
Kopi ni mempunyai sijjil perakuan HALAL oleh JAKIM dan ianya dihasilkan di premis yang mempunyai piawaian kebersihan yang tinggi.
Ia merupakan syarikat kesihatan tempatan yang mempunyai kilang di Johor Bahru. Syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2015 ini sebenarnya telah mengeluarkan Kopi Badang ini sejak awal tahun 2015.


Cabutan bertuah pengguna Kopi Badang

Mulai May 2017 sehingga Disember 2017

Haa, sambil menikmati dan membeli Kopi Badang Cafe anda semua berpeluang untuk menyertai pertandingan cabutan bertuah! Woww...hadiah yang dinyatakan dibawah semuanya sangat mewah...julia pun rasa nak sertai laju-lajulah. Mana tahu rezeki menang TV pun alhamdulilah hehe. 

Syarat-syarat:
Minima perlu membeli 12 kotak kopi badang dalam masa 7 bulan & berpeluang dan layak untuk cabutan bertuah.

Bukti pembelian haruslah disertakan bersama borang penyertaan yang akan di muat naik dalam FB rasmi kopi badang cafe.

Ingatnya, jangan lepaskan peluang ini.



Stokis Insentif dan Ganjaran
Mulai May 2017 sehingga Disember 2017

Al Mubarak Health mengalu-alukan sesiapa yang ingin menceburi perniagaan Kopi ni dengan menjadi stokis yang berdaftar. Oleh itu Al Mubarak Health telah melantik Premier Victory Enterprise untuk menguruskan hal-hal berkenaan stokis ni.
Untuk yang berminat untuk menjadi stokis, boleh menghubungi: 07-2326124 atau buat panggilan terus kepada En Hisham Khairil di talian: 019-7792211.



Memang sedap, cukup lengkap rasa aroma kopi sejati Robusta. 
Minum berkali-kali confirm punya sebab sekali rasa...
Nak Bercawan-cawan!!!

Untuk keterangan lanjut, layari:


Instagram: Kopi Badang

16 comments:

  1. kopi badang..1st time dgr..nmpk mcm coklat ..haus plak rasa hehe

    ReplyDelete
  2. Banyak kelebihan dia, boleh cuba nih

    ReplyDelete
  3. Memang febretla klu kopi xde campur2 ni...lg2 klu kopi ais..pergh...segar terus rasa 1 badan

    ReplyDelete
  4. Memang febretla klu kopi xde campur2 ni...lg2 klu kopi ais..pergh...segar terus rasa 1 badan

    ReplyDelete
  5. Wahh ada cabutan bertuah, samb minum kopi sambil harap menang hadiah hehe

    ReplyDelete
  6. woww, juju hadiah menarik tu, minum trus dpt extra tenaga nihhh

    ReplyDelete
  7. nampak macam sedap je nnti blh cuba beli..hubs akk peminat kopi

    ReplyDelete
  8. wow ...name je dah tertarik juju.... siap ade adiah best plak tu...mane tau ade rezeki kan...

    ReplyDelete
  9. Akak pun tak boleh minum kopi, mesti pening. Tapi menariklah kopi badang ni sebab bila minum kita tak pening, nanti bolehlah cuba.

    ReplyDelete
  10. Kopi ni memang sedap..suka sangat

    ReplyDelete
  11. Fuyoo sedap sangat tu .. minum sekali nak bercawan2..

    ReplyDelete
  12. serius sedap...mana eh nak beli ,nak topup lg ni.

    ReplyDelete
  13. Berapa cawan dah Juju tambah ni...hehehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...