(Entry ini khas untuk anak yang suka minum Susu Botol)

Boleh tak nak umumkan awal sikit dari tarikh genap sebulan latihan? Nampak tak tarikh yang julia bold warna merah diatas. Itu adalah tarikh yang tercatat didalam instagram julia, dimana hari yang julia upload latihan pertama Qaiser ilman minum susu dalam cawan secara komprehensif tanpa bantuan sebarang talian hayat puting susu botol. 

Hari ini 5 Oktober, makanya 6 hari awal julia umumkan Qaiser ilman sudah dapat pangkat baru LULUS minum susu dalam cawan sepenuhnya. Tahniah Abang Qaiser ilman, tak sangka merengek-rengek dia di tengah malam nak puting botol susu itu berjaya juga dia tidur tanpanya...haaa nampak mudah, tapi seminggu pertama adalah minggu yang mencabar di sebelah malam, waktu dia nak tidur...memang dia akan paksa kita dengan pelbagai cara.

Antara cara anak nak bodek umi dan walid supaya beri botol susu dan cara kami psiko balik sang anak sampai berjaya ialah:
  1. Menangis tak berhenti/meraung/merajuk tak nak makan - Itu adalah taktik anak bijak, sure anak korang mesti punya lah akan beraksi macam ini kan nak perhatian supaya kita cair dengan taktiknya, caranya kita buat tak tahu, sediakan susu dalam cawan setiap hari dan ikut jadual, kalau dia tak mau minum biarkan dia, nanti dia lapar dia mesti cari test gadget baru haha...next taktik.
  2. Protes - yes, diawal umur baru 4 tahun, budak-budak dah pandai tunjuk protes, bermacam cara lah...cara kita ialah banyakkan memuji dia, puji lah, asal dia baling apa sahaja puji dan nasihat secara baik...julia kena kentalkan bab ni, sebab hati mak-mak ni terkadang asyik mudah nak marah kan hahaha...sabor je lah.
  3. Mencari - cari botol susu dia lah...so kita kena sorokkan semua atau buang terus lagi bagus...kena tekad, ulang-ulang cakap dengan dia, abang/kakak dah besar nak pergi sekolah tau, mana boleh bawa botol susu...minum susu dalam cawan lagi best, nampak abang/kakak dah besar yey...(puji lah hari-hari hehe)
  4. Berpeluh - aah fasa nak melatih anak cerai botol susu beralih guna cawan dia kerap berpeluh...bukan tak biasa minum cawan, cuma dia ketagih la nak hisap puting hehe...kita kena selalu cakap dengan dia...(nanti kita beli cawan susu cantik2 ada gambar kartun best2, seronok nak minum)
  5. Mudah memberontak/tak nak tidur - terkadang mereka ini nak belajar guna emosi, cara abang Qi ni dia guna strategi membatukan diri, berdiri tegak dan pandang tepat muka julia...julia tahu dia nak rakan karib lamanya...kita tengok mata dia dalam-dalam...ulang lah ayat keramat pujian tentang susu dalam cawan itu best.
  6. Beli bekas cawan menarik - macam julia beli bekas cawan Qi minum tu murah je pun, beli pun dekat kedai borong murah-murah dalam RM3 lebih je hahaha, itu je satu-satunya bekas dia ada, nanti korang beli la yang menarik ada gambar kartun dan warna cerah yang dia suka.
  7. Guna straw/ hisap - julia tak ajar Qi minum susu guna straw kecuali air susu dalam kotak, pernah buat tapi dia tak berapa mau. Its okey korang pun boleh guna cara straw botol kalau anak korang nak...macam Qi minum susu guna kaedah zaman lama di atas, zaman umi dia minum susu dalam cawan hehe.
Itu je dari segi perhatian julia, budak-budak ni dia guna taktik lebih kurang sama nak pujuk kita tau, tapi mulut kita jangan lepas dari pujian...set kan, bulatkan hati kita nak anak cerai botol susu seawal mungkin, dulu julia pernah ajar umur 3 tahun, tapi peringkat tu belum sesuai sebab dia tengah fully minum susu dari makan...sekarang dia lebih makan dari minum so boleh dah try ajar.

Tak sampai seminggu, nampak perubahan ketara.
Sebelah malam dia tak mau minum susu dah, hanya siang 2-3 kali minum susu dalam cawan itu pun tak berapa kerap, so julia nampak faedah best sebelah malam dia tak bangun langsung kencing ke bilik air mahupun terkencing dalam seluar sewaktu tidur, tak ada dah tau, okey lega bab ini, boleh umi tidur nyenyak.

Kalau travel jauh lagi jarang dia minum susu, tapi kami selalu beli susu Dutch Lady kotak untuknya minum, itu cara nak top up susu supaya dia rajin minum seakan minum susu botol dulu. Berilah susu jenis apa pun, jangan skip atau putuskan aliran susu pada kanak-kanak, kita yang dah dewasa pun kena kerap minum susu apatah lagi budak-budak yang sedang membina tulang dan apa sahaja didalam tubuh...kerapkan beri dia minum susu dan air masak, baru sihat dan cergas!

Kalau Rajin Makan...
Budak-budak kalau rajin makan macam abang Qaiser ilman, lebih mudah nak ajar, kalau anak korang kurang makan, susu jangan ceraikan awal sangat...biar dia slowly rajin makan makanan pepejal dan dia akan slowly boleh diajar minum susu guna cawan dan boleh try cara julia ye. Pelan-pelan, setiap anak lain cara resultnya...

Apa yang perlu...kita lah sebagai ibu dan ayah kena kuat minda, jangan mudah termakan pujukan rayuan rengekan...sebab julia dah alami 3 fasa yang sangat mencabar sebagai ibu...

Fasa 1: Cerai Puting KLIK ---> Petua Anak Berhenti Hisap Puting
Fasa 2: Cerai Pampers KLIK ----> Tips Anak Bebas Pampers
Fasa 3: Cerai Botol Susu ----> entry sekarang anda tengah baca.

Sekarang Qaiser ilman sudah berumur 4 tahun 36 hari pada tarikh 5 Oktober 2016, Hari Rabu, dengan ini umi dan walid mengisytiharkan bahawasanya Encik Qaiser ilman LULUS dengan KEPUJIAN bagi ketiga-tiga fasa diatas.

Alhamdulilah, seronok melalui fasa-fasa menjadi seorang ibu dan ayah. 
Semoga kalian berjaya mendidik dan melatih anak masing-masing.

17 Comments

  1. harap lepas ni dah takde botol lagi dia mintak...hahaha..nak sekolah dah dia kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, sampai ke hari ini, Qaiser ilman dah lama almost sebulan sudah dia tak minta botol susu puting tu hehehe...agaknya termakan hasil pujian umi hari-hari hehe...budak2 ni suka perhatian pujian...makin di puji makin senyum dia...2 bulan lagi nak sekolah...lega sangat hati capai misi homeschooling 1 year di rumah dulu. Jimat !

      Delete
  2. Perkongsian yang ohsem..
    Anak sha pun nak kena puji baru cepat sikit dia mengikut..

    ReplyDelete
  3. Saya since memang bagi breastfeed direct, anak terus ajar minum air masak guna cawan bile die start makan solid. anak memang jenis tak nak minum botol.

    ReplyDelete
  4. Good abang Qi. Alhamdulillah anak bujang kite walau baru 2tahun + memang dah tidur tanpa botol, dan susu pun 2-3botol je sehari sbb lebih suka minum air masak dan suka makan.

    ReplyDelete
  5. anak saya tak kisah sgt dgn botol..tp direcf BF tu...pening gak camne nak stop..tak nak paksa..huhu

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah...qi memang cerdik ni...anak akk aish lepas putus susu ibu lgsg takmo apa2 dari botol..susu tepung pun tak minum..so memang minum air dari cawan...

    ReplyDelete
  7. Bagus entri ju ni utk ibu2 yg nak didik anak tak perlu guns botol..

    ReplyDelete
  8. Tahniah Qaiser Ilman..very good boy.umar br nk start ni...tapi kesian sebab dia tak mkn nasik...macam Julia ckp boy jenis payah makan ni lmbat2 sikit pun takpa kan...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Sejuk perut ibu mengandung, orang kata.
    Boleh guna tips Julia ni pada anak saya nanti. ^_^

    ReplyDelete
  10. nice tips...boleh try utk my son..umur 3 tahun lebih..tp yg pling penting bebas pampers dlu..

    ReplyDelete
  11. Nice tips kak...! =) good boy Qaiser. hehehe

    ReplyDelete
  12. wowww..gud la abg qi..nasib baik abg qi xbyk ragam..dlm hal ni mak mmg kene byk sabar..tahniah abam qi..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)