Alhamdulilah syukur!
Genap seminggu sudah kami sebagai umi dan walid keringkan hati secara ekstrim latih Qi tak hisap paci...Qi merupakan salah seorang kanak2 berpaci TEGAR!...bukan saje2 kami suka2 nak bg Qi berpaci, jgn menuduh ajukan jari atau muncungkan mulut kami punca utama Qi berpaci... :(


Ada sejarah yang membuat kami terpaksa bagi Qi berpaci, bukan saje2 kami ajar tapi... hari ini julia nak cerita dan kongsikan sejarah Qi kenapa terpaksa berpaci serta kejayaan kami yg berhati tisu jadi hati kering melatih Qi sehingga berjaya tak berpaci lagi sebelum umurnya genap 2 thn yeyyy

Rasa bangga...hati kering perlu tangisan jua...tangisan bersama Qi tiap2 malam untuk bersabar lihat hasilnya...nah julia dan suami...ini hadiah latihan seminggu yang tak ternilai kami terima...tidur lena seperti bayi baru dilahirkan...suci!

Terima kasih Allah. Sabar itu sememangnya indah mendidik anak. Jom baca sejarah dan petua bagaimana julia latih Qi cerai paci. Jom! ^_^v


Brand kesukaan Qi, tak suka brand lain dah.
Untuk makluman anda, yang julia maksudkan singkatan paci itu adalah merujuk kepada Pacifier (puting), senang sebut paci sebab ringkasan kepada puting. Jelaskan, so hari ini Julia nak cerita sedikit sejarah Qi kenapa dari sejak baby berpaci?


Sejarah Pacifier Qi
Baby Qi semenjak lahir julia tengok dia normal sahaja seperti bayi yang dilahirkan. Cuma sejak umurnya menginjak 2-3 bulan, dia mengalami tangisan luar biasa. Gundah gulana la julia sebagai ibu muda yang baru nak belajar bermacam-macam cara nak handle baby kan. Pernah terjadi tangisan dan jeritan Qi yang masa itu berumur 2 bulan jadi sejam malah boleh jadi 2 jam menangis tanpa henti.

Cek perut - tiada kembung (walhal memang kerap sakit perut kembung)
Cek badan - tiada gigitan serangga
Cek dalam mulut - tiada tercekik
Cek hidung - tak tersumbat walhal pernah selsema kerap sejak kecil
Cek mata, cek pernafasan - instint ibu muda seperti aku rasa dia ok takde apa2.

Tapi kenapa Qi masa 2 bulan berpanjangan hingga umur 3 bulan tiap2 malam menangis terjerit2, terlolong2 selama sejam dan lebih dari itu...korang kalau di tempat aku pasti akan stress...stress dalam pantang bahaya, aku tetap kendong Qi ke hulu ke hilir nak tenteramkan dia, sambil berstoking pantang pun aku tetap kena keluar di beranda rumah semata2 nak tenangkan baby Qi.

Suami puas memujuk, nyanyikanlah lagu macam2, baca surah kursi, surah 3 qul, surah yasin, ya Allah semua surah kami perdengarkan pada Qi, ada sedikit ketenangan tapi memakan masa yang agak lama.

Aku pening, aku tertekan, aku tak nak jadi ibu muda yang bodoh, ibu muda yang buat2 tahu tapi tak cukup ilmu nak handle anak MENANGIS TANPA SEBAB! Aku suka bertanya...so aku decide dengan suami time Qi menangis meraung2 tu kami bawa berjumpa doktor.

Kerap tau kami ke hulu ke hilir pi klinik masa Qi baby, orang pi klinik sebab sakit kan? Aku pi klinik hantar anak bukan sakit, tapi nak dapat pengesahan doktor apa sebenarnya terjadi pada anak aku, anak lelaki suami aku. Doktor cek, Qi sihat. Takde apa-apa masalah, doktor cakap itu masalah biasa bagi bayi baru lahir menangis lama, dia masih keliru dengan persekitaran baru. Kena bersabar dan ambil masa.

Aku? Aku masih tak cukup lega dengar penjelasan macam itu, tiada solution, bersabar kalau tiada usaha memang ZERO. Aku google di internet kisah mengapa bayi kerap menangis tanpa sebab berjam2 lamanya.

Sawan Tangis.
Ya, bukan penyakit, tapi perkara yang acapkali berlaku pada bayi mahupun kanak-kanak yang bersifat sementara. Puas aku google tak tidur malam nak cari info akhirnya click SINI.

"PERTAMA kali mempunyai anak kecil, tentu sekali memeningkan kepala ibu bapa muda. Apatah lagi, anak kerap menangis, diberi susu tidak mahu, didukung pun tidak mahu. Kerap kali apa yang diberitahu doktor, anak kecil itu berhadapan ‘colic’. Lebih menggusarkan hati apabila doktor memberitahu colic atau sawan tangis atau kerap disebut di kalangan masyarakat Melayu sebagai kembung perut adalah perkara biasa di kalangan bayi. Terbayang di minda, esak tangis anak yang perlu dilayan saban malam hingga memendek masa tidur ibu bapa. Colic boleh menyerang setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu. Setiap kali menangis, ia mungkin berterusan melebihi dua hingga tiga jam."
Ya, Qi sejak lahir kerap kembung perut, kadang kala tidak kembung perut pun akan kuat menangis berterusan tanpa sebab. Stress memang stress, aku kan bekerja, balik malam ada kalanya, tidur biasalah kan ibu bapa muda pasti 2-3 jam sahaja sehari.

Akhirnya, bila tak tahan berlarutan, adik ipar suggest guna puting, aku tahu niat dia membantu, adik ipar aku lah banyak menasihati aku cara handle baby, alhamdulilah terima kasih dik Ain dan Yu. Sejak azali aku sangat tegas, no pacifier (puting) termasuk suami ku. Tapi itu hanya perancangan, aku tewas...aku tewas...aku nak tengok anak aku tenang. Tak kisah dah apa pandangan jelik orang mengenai puting.
Inilah puting pertama dalam hidup Qi, puting ni dihadiahkan oleh adik ipar julia...terima kasih ain, kerana puting inilah berjaya buat Qi tidur lena, bangun tenang, ceria sepanjang hari. Bagaikan satu keajaiban tersembunyi...Allah! 
(masih simpan sebagai kenangan Qi esok besar, koleksi puting lain dah bertukar ganti, buang dan takde simpanan, hanya pertama kali ini yang disimpan hihi lucu kan uminya)

Maka hari berganti hari, bulan berganti bulan, suami ku dan aku sekali kena berbaik sangka kepada si pacifier atau puting. Kerana dialah penyelamat anak aku jadi tenang setenangnya air di tasik. Aku tak ajar, aku tak paksa Qi berputing, tapi niat kami cuma satu, nak anak tenang dan tiada lagi tangisan tanpa sebab yang berjam2 lamanya...tapi sekarang sawan tangis dah takde, tapi habit berputing makin menjadi...apekah!

Inilah Qi, susur galur dari bayi beberapa bulan, bertukar bermacam-macam jenis paci...lucu rasanya tengok Qi tak boleh berenggang dengan teman baiknya si paci...aku sebagai umi, lega, biar orang berkata di depan dan di belakang Qi berputing, aku tak marah mereka, tapi aku senyum sinis sahaja, kerana mereka tidak kenal anak aku. 

Jom lihat Qi berfesyen paci dimana-mana sahaja. :D







Bila umurnya nak menginjak ke angka 1 tahun, sebagai ibu aku nak bagi latihan jarang-jarangkan Qi guna paci...tapi ko ingat semudah itu??? Cakap senanglah...ko tak rasa lagi cam ne...hmmmm (ada lah orang cakap2 depan2 aku, siap sinis lagi berkata, bila Qi nak tanggal puting,ni mesti ajar ni, nanti jongang baru tau) suka2 je kan cakap cm tu...alhamdulilah, pahala tu kt aku.
Masuk ke angka 2 tahun tak lama lagi, sebagai ibu aku berdoa, 
Ya Allah, terima kasih tenangkan Qi dengan puting, maka cukupkanlah dia dari perkhidmatan puting, permudahkanlah urusan kami sebagai umi dan walid kali ini, amin.
Sebenarnya dah setahun lebih kami mencuba...cuba ajar kurangkan berputing, tapi banyak sangat ujian...lagi2 time tidur dia, memang itu perkara wajib kena bagi.

Pernah cuba petua dan teknik dari orang2 tua dan doktor:
- Sapu atau calit sedikit asam jawa pada puting (tak jalan sebab Qi rasa pastu memberontak juga suh basuhkan, budak bijak)
- Rebus dan Rendam paci dengan peria katak (doktor bg idea ni, tapi tak cuba pun sebab rasanya Qi pasti suh basuh gak hahahha)
- Rendam air kopi (tak menjadi)
- Sorokkan puting sehari (pernah buat tapi dia tahu umi dan walid tipu, so dia akan usaha cari bawah tilam, katil, kerusi hmmmmm)

Tak menjadi teknik diatas.... sedih rasa macam dah putus asa....orang kata biarlah dia cerai sendiri pacinya...tak nampak bayang pun dia nak cerai paci tu...lg mengila adalah hmmm :(
Berlarutan..........gigi depan sikit je ke depan, boleh kawal lagi doktor cakap kena cepat ceraikan!!!!!!! Muka aku berubah...sedih!

 Bulan Ogos 2014, 
Bulan kelahiran kemerdekaan Qi, julia berazam nak Qi cerai puting TEGARnya...tahu tak aku ni sangat hati tisu...mudah menangis tengok anak memberontak....suami pun sama...tapi say NO kali ini.

Memang bulan ini julia sangat ekstrim, ekstrim garang bagi latihan pada Qi...tahu apakah petua dan latihan julia bagi pada Qi seminggu ini?
Tadaaaaaaaaa!
 Haaaaaaaa, aku gunting puting tu, series aku gunting!

Jangka masa 2-3 hari
Sekali gunting try 2-3 hari bagi Qi hisap....korang tahu dia buat apa pertama kali tengok puting dia takde kepala?
Hahahahhahahahhaha dia baling puting tu okeyyyyyyyyyy....pastu apa lagi memberontak satu rumah nak puting asal dia...aku biarkan...biarkan dia menangis sorang2...kami sebagai ibu bapa berpakat kali ini kena hati kering, tak boleh bagi peluang dah.

Nak bergolek ke, nak terlentang menangis ke biarkan, dia mintak je paci ko bagi paci berlobang tu, dia mintak je kasi berlobang jgn sekali2 kasi yang elok semata nak jaga atau pujuk hati dia...haaaaaaaa tergamak aku kan (kejam)...tapi kalau korang nak buat cara macam ini dialu-alukan...bukan kita seksa, tapi Allah tahu kita sudah terang padanya elok2 umi dan walid nak Qi belajar takmo hisap puting lagi ya, nak Qi jadi lelaki sejati chewahhhhh ayat penyedap rasa.

Lastly, Qi nangis teresak-esak sambil julia peluk dia, tertidur atas tilam sampai berpeluh2 menahan dari mengidam puting...ya Allah, sebakkkkk sangat rasa...itu hari pertama hingga hari ketiga macam tu lah julia tengok dia... :( bila dia dah tidur tanpa puting aku nangisssssss, peluk kuat2! Qi boleh, Qi boleh!

Seminggu selepas latihan ceraian puting
Series! Aku lihat Qi bangun tidur, bermain, tidur tengahari petang dan malam atok nenek dia kan jaga inform dia tak menangis cari ting...ting...ting sahabat sejati dia tu...aku rasa sangat berbunga2 dah hati...keluar pi jalan2 pun dah tak minta dah ting ting ting...dok dlm stroller dalam kereta pun dah tak minta tingtingting....

Hanya seminggu?
Ya, latihan hanya seminggu dah nampak keberkesanan yang cukup hebat bagi julia...
Hanya gunting puting anak anda dan beri padanya!
Gambar fresh malam tadi, Qi ketiduran awal setelah penat bermain seharian, seminggu itulah dia tak pernah jumpa paci dirumah, mahupun dimana2 dia berada...agaknya dah lupa teman sejatinya yang dahulu melekat dimana2...terima kasih atok Qi, kasi idea bernas potong puting Qi...memang hebat idea yang kita sendiri tak sangka kan...^____^

Tinggal 4 hari sahaja lagi anak merdeka Qi nak genap 2 tahun....bangga sangat capai impian umi dan walid! yeyyyyyyyyyy so cubalah tips simple kami buat, insyaAllah pasti anak2 anda berjaya buat, tapi kena tahan dia melalak tau...itu biasa.

Bye-bye pacifier...bye-bye ting ting ting...bye-bye, terima kasih kerana menjaga Qi selama ini, jasamu tidak kami lupakan...banyak khidmat ting pada Qi...tata :D
Sekian ceritera Qi, nanti sambung lagi ye.

38 Comments

  1. Begitu la kita sebagai org dewasa, memula memang tak dapat nak terima kenyataan.. lama lama boleh terima semuanya... hahahah...

    Good JOB QI!! Hensemmmmm boy! Cantik mata Qi.. terdode ai.. eh eh eh XD

    ReplyDelete
  2. mimi pn plan nk ceraikan paci yaya ni sehari dua ni..tp tu r hati kena kental..nnt akanku gunting jugak paci dia tu..hahaha..

    ReplyDelete
  3. dulu masa bagi puting kat anak, ada la orang bising2 cakap kenapa bagi kenapa itu ini.. last2 bila dia dah ada anak, anak dia lagi extrem berputing. huhuhu.. sbb tu kita jangan nak pandai2 cakap pasal orang lain kan? nanti kena lagi teruk kat batang hidung. :)


    ayra dulu pun setahun lebey baru tak berputing, tu pun sebab puting hilang. ada la 2-3hari berzikir2 nak "ating".. pastu alhamdulilah memang tak dah.. senang sangat. :)


    QI pun sama! Goodjob..;)

    ReplyDelete
  4. sedih pulak baca entry ni, expecially part kita sebagai ibu kene tabah berhati kering walaupon sebenarnya hati kita menangis kat dlm tgk anak nangis kan? well done ju~

    ReplyDelete
  5. sib baik anak2 dari bb mmg reject puting palsu. ada sedara sorang ni anak dia dah nk masuk 4 thn still tak cerai puting. .nnt nak suh dia ikot cadangan puan.

    good job utk yg berjaya menangani masalah ini.. tq puan Julia share entry psl ni! :)

    ReplyDelete
  6. serius akk nk memnagis tngok Qi tidur tuh..suci betul muka dia..kesian pun ye sbb selama ni tidur pakai putingkan??

    aish ni akk nak ceraikan susu badan..hadoii..berchenta ceq...sebab dia melalak tengah2 malam tuh..

    ReplyDelete
  7. anak saya isap jari. dah nak masuk 4 tahun. macam mana agaknya tak nak bagi dia isap jari dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sulong saya begitu..hisap jari walau dh 4tahun..tp nyorok2 sebabb malu..malam tido full time isap..nenek cakap ade tahi kat jari tu..serta merta berenti isap jari

      Delete
  8. kena tabahkan hati tengok anak nangis kan...
    bagus share pengalaman...

    ReplyDelete
  9. umi qi, mikhail tu kite x gunting..dia gigit pastu berlobang.. berlobang mmg dia x mau..dia mintak ting lain... ting..ting..ting.. gtew le.. cuma kite belum setegar umi qi nk dgr dia melalak nk ting.. belum bersedia.. adoiii... kalo malam terjage tu yg xtahan..akn cuba berusaha secepat mungkin..gigi pn da start x cntik tu,..adoiiiilaa.

    ReplyDelete
  10. raees sekarang ni pun ain pelan2 nak ceraikan puting kat dia...so far kalau time dia tengah main ke..gi jalan2 ke..jarang la dia nak mintak puting..selalunye time tidur je..mmg ade terniat nak gunting puting dia tu...tapi hati belum kuat lagi...huhu

    ReplyDelete
  11. yup betul, makpak kena hati keras kalu nak mengajar anak... nurul memang hati keras kalu banding ngan ayah raisya.. anak melalak ke lantak pi laa kalu time nak mengajar anak tue tapi alhamdulillah raisya memang takde paci sejak baby.. pernah kasi dia paci, saje nak ngetest, paci free dlam hamper, dia tolak keluar ngan lidah dia, hehehe....

    ReplyDelete
  12. gud job qi!!! feel berpisah paci ni ala2 wean off breastfeed gak..hehe..but to be truth anak sedara belah hubby etty 5thn berpunting lagi hehe..balik tadika cari2 hehe..lucu sebab dh besar godang..kirenye qi ni kecik lagi dh benti..so thumbs up umi Qi kentalkan jiwa..hehe

    ReplyDelete
  13. jue don't feel bad...tak dosa ponx kasi anak puting tu...puting tu tercipta mesti ada sebabnyakan...semua menda ponx ada kebaikkan dan keburukan klu nak diikutkan...mana yg memudahkan dan menyenangkan kita pejam jerlah mata, utk anak...huhu klu jongang takder masalah braces bley pki huhu...

    tapi gud job utk uolss berdua mmg hati keringlah... klu husband akak sure dia tak smpi hati...akak oke jer... :)

    ReplyDelete
  14. Thorbaik!!! Darwish puting sbb nenek suruh. Mama ikut je, mls gaduh2. Tp dia xtegar sgt. Hope blh berpisah sgn sng.

    ReplyDelete
  15. haha..kelakar pun ada sbb teringat adik dulu walaupun koyak gitu dia tetap isap ju.. adohai..pape pun syukur.. dah big boy dah dak QI ni..

    ReplyDelete
  16. cerita pasal puting...bgs julia stop kan waktu umur almost 2 years. and me...br je berenti almost 4 years tau. anak dh besar. dia berenti pun sebab msk spital. doc x bg puting. so stop kan. alhamdulillah smpi skang dia x minta. cuma bila mengidam tu..dia nk puting botol. so bg la dia minum susu.

    ReplyDelete
  17. good sharing.. untung emaknya dapat anak yang cepat memahami kehendak ibunya..hehe..

    btw, tq jadi follower sy yang ke-540. Keep writing..

    ReplyDelete
  18. teringat sejarah danish dulu..mmg dr baby melekat ngan puting..sebab kuat nangis jgk..klu bejln kuar tu kene standby 2 puting takut kotor ke jatuh ke..still ade 1 lg sementara tggu nk basuh..tp alhamdulillah..sethn 2bln kot..die stop sndr n xcarik2 dh..klakar btl bile ingt2 blk..

    ReplyDelete
  19. Owh!! sweetnya. Hahaha...xde pengalaman anak berputing walaupon memang mengada nak kasi dia ornag berputing... Hihihi...hati kene kering baru menjadikan Julia =p
    Nanti toilet train pula. Insyaallah boleh dah tu..amboi, xde ting nampak dah bujang pula mukanya =)

    ReplyDelete
  20. Good job jue... hari tu try jugak aisya, dia tak nangis langsung tp dia cekal bangun tgh malam pegi jalan cari puting. Lagi extremee.. tp 1 hari kena jugak buat... rasa nya aisya senang kot sebab dia puting time tido malam je.kalau kat luar dia tak ber puting even tido...

    ReplyDelete
  21. mula2 rasa kesian.. tapi bila pkir2 balik sampai bila nak bagi puting.. org tengok pn not nice..

    Khairine dulu pun macam tu.. tapi Khairine hisap jari.. last year baru berenti.. macam2 ugutan sis bagi dia bagi dia takut contoh : nanti gigi jongang, gigi tak cantik macam lisa surihani) hahaha lepas tu terus dia takut then lama kelamaan berenti sendiri. tapi skrg ni kadang2 ada gak dia terlajak masukkan jari dalam mulut.. tu pn time dia tido.. hehehe

    ReplyDelete
  22. sebak bace cerite ni.. qi kuat.. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  23. great sharing kak Julia... saya dah try pisahkan anak saya dengan puting lepas baca entry kak ni.... tapi saya x delah gunting puting... bila anak saya mintak, "bu, tin...." saya bgtau la "tin xde... ibu dah buang..." (padahal x buang pun... simpan je....) berkali2 dia minta merengek2... tapi xde lah nangis kuat2... hinggalah dia tertido sendiri tanpa puting.... Alhamdulillah... Allah mudahkan urusan...

    ReplyDelete
  24. sebijik mcm ank sy.. kitorg dh gunting Ting dia..tp xsmpi hati bg yg lain.. smlm ajar dia ckp, arif dh besar, bdk besar xpki ting malu lah..dia pegi buang sndiri dlm tong sampah. tp smpi time nk tido, dia mntk jugak ting ting... so kene cekal hati lps ni..tq for sharing..

    ReplyDelete
  25. Dulu masa Fatin kecik susah juga nak putuskan dia dari puting kopek... terpaksa Bonde celop dalam kopi...
    mula dia buang, lepas tu di basuh, letak kopi lagi lepas tu buang lagi... pergi kedai nampak dia srh beli baru... sapu lagi kopi dan akhir x nak dah..

    tu cerita Fatin... tapi bagus juga info Juju bagi ni..

    ReplyDelete
  26. dah guna tips ni!! Alhamdullilah berjaya!!!! tqsm sis for sharing.. happy sgt2 bila dia xnk puting lepas kne gunting haha. mula2 mmg dia merengek nk ting2 pastu mlm kedua dh ok. ya Allah Allah permudahkn sgt2

    ReplyDelete
  27. Berjaya elak paci, anak ok.. Tetapo waktu mlm dia x lena setiap 1 jam minta susu, macam mna?

    ReplyDelete
  28. tq tips sis...saya baru hari ini cuba... merengek sikit..tengok nanti berjaya ke tak..hehehe

    ReplyDelete
  29. hari ke dua anak tanpa puting.. duk tgk kwn buat camnie.. mgkin dye tgk sis pnye petua, sye arinie bru tdetik nk gugel.. saya mula2 buh cuka tp xjln, sbb ank isap jgk, suami kata garam, mmg xkn jln la sbb ank ske masin.. sekali suami kata letak cili padi, sye tenyeh cili padi, ank hisap terus nangis, keluar abis air liur mmg kesian la. tp lepas tu dye buang puting ye.. ngis tdo mlm.. siang pn tdo kjp jer psl cri puting..harap seminggu ok la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga dipermudahkan urusan anak ye. InsyaAllah dia boleh. Kena yakin.

      Delete
  30. sis sye yg smlm comment tu, smlm ank tdo ngis kuat sejam sekali bgn, dye cri puting dye.. smpai ngis kuat btuk2 n muntah.. pastu bdn pns.. kesian sgt xtahan tgk.. sekali bg yg puting spare yg xletak cili padi tu. tp mse dye da lena tarik puting tu.. lama2 dye tsedar dye ngis balik.. xtaw la mlm nie mcm mne plk😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak umur berapa tahun? Kalau saya, saya bagi dia bermain dengan pelbagai aktiviti bagi dia betul-betul penat, bila dah penat bagi dia minum susu kenyang2. Masa nak tidurkan cuba tunjuk puting yang di potong tu cakap puting ni dah kena kerat tak boleh pakai...tunjuk je hari-hari dialog yang sama. Mula-mula dalam 2 ke 4 hari mmg dia akan psiko kita dengan tangisan dan kepenatan, nanti lama-lama dia akan terbiasa. Nak biasakan yang rutin baru perlukan kita kuat sebenarnya, anak akan ikut bila kita sendiri kuat. All the best!

      Delete
  31. Sis, kalau malam memang xbagi langsung ke.. tengah nak stopkan. Tapi memang sedih kalau dia nangis..

    ReplyDelete
  32. Anak sis skrg mesti dah 10tahun kan. Gigi dia ok tak sis? Ada jongang tak? Anak sy dah 1y4m dan sy plan nak stop paci dia sebab tengok gigi dia macam dah lari sikit.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)