Nak makan seafood dan menu western dalam masa yang sama mudah didapati di Kuala Lumpur apa kata julia cadangkan korang ke CRAB FACTORY BROLLY yang terletak di Menara FELDA Kuala Lumpur. Beberapa hari lepas julia dan Kelab Blogger Ben Ashaari lagi sekali gathering bersama-sama untuk menikmati rangkaian seafood, sebab teringin sangat nak makan lagi tu yang kami beramai-ramai suggest pula ke Brolly Kuala Lumpur.

Bukan setakat sajian seafood!
Ya, kalau beberapa minggu lepas julia bersama team KBBA ke klik Crab Hut terletak di Shaftburry Square Cyberjaya kan, kali ini rangkaian cawangan yang sama cuma nama dan menu ada sikit kelainan di Crab Factory. 

Apa yang lain ye?
Ish kalau cerita dengan korang dari segi deko restoren crab factory ni pun sangat unik, bayangkan tempat cuci tangan tu dalam spot rim tayar berkilat. Lagi satu kalau nak buat private event atau function kat sini ada menyediakan ruang makan bertutup dan luas. Mudah kalau nak buat keraian dan majlis hari jadi atau apa sahaja disini.

Lagi satu, bukan setakat boleh menikmati seafood, ada menu western yang boleh kita turut sama order tau, macam Creamy Ayam Percik, Seafood Fried Rice, Grilled Salmon dan dessert yang sedap-sedap belaka.
 Di Brolly, jangan risau. Ada disediakan tempat ruang solat untuk menunaikan waktu solat. Landmarknya, di sebelah restoren crab factory ini ada escalator, turun satu tingkat dan lihat anak panah ruang solat tu dimana, cari tandas dan ia berdekatan disitu juga. Senangkan, kalau nak dinner atau lunch mudah ada ruang solat yang selesa disediakan, untuk wanita disana ada disediakan telekung yang bersih.


Order air disini sangat menarik perhatian dari segi keunikkan nama. Julia order air Apple Mojito, sedap sungguh air ni. 



Live Pu-Er Ice Tea Moctails!!! 
Wild Blueberry, Passion Mojito, Apple Mojito, Pineapple Maracuja, Passion Blueberry oh my sedapnyeeeee. Nampak je serupa kan, sebenarnya setiap satu air yang kami order ni lain-lain rasanya dan nama pun sangat unik nak sebut. 

Jangan risau, memang tak ada alcohol ye dalam minuman ini.

Kami suka kongsi ramai-ramai setiap satu menu yang diorder, 
so semua boleh rasa kan, best!

Jom scroll lIhat menu-menu yang diorder...


STARTER
CENCALUK FRIED CHICKEN WINGS

Pertama kali mencuba rasa kepak ayam goreng perisa cencaluk, wauuu bau dia memang mengiurkan. Siapa sangka cencaluk pun boleh disalut dengan tepung dan menjadikan ayam ni lain dari yang lain.

AYAM PERCIK LUNCH TRAY
Memang besar sungguh ayam percik tu, lembut dan sangat lemak kuah ayam percik tu. Dimakan dengan set hidangan yang lain memang buat perut cepat kenyang. Rekemen lah kalau nak lunch amik set ni.

SEAFOOD FRIED RICE LUNCH TRAY
Ada nasi goreng seafood set dalam ni tau, diganding dengan set lain ada buah, sayur goreng, dan lain-lain. Puas hati makan.


BEEF YAKINIKU OMELETTE CURRY DON
Comel je set ni kan, ada kepingan daging lembut diganding dengan sup, omelette dan tea. Kalau tak nak makan berat boleh pilih set ni sebab lebih ratah lauk je banyak hehe

BEEF BURGER
Kalau nak makan burger pun ada, daging dia tebal betul, terasa daging tu sangat lembut dan juicy!

CHICKEN BURGER
Ranggup kepingan daging ayam burger ni tau, memang besar betullah burger ni.

LAMBOGARLIC PIZZA
Wauuu, ada pizza, memang nipis dan sedap sangat. Kepingan daging kambing tau atas pizza ni, tak muak pun.

VARIETY SKEWERS 
(LAMB, CHICKEN, STRIPLOIN, TIGER PRAWNS & BABY OCTOPUS)


MAIN COURSE
BEEF RIBEYE WITH MUSHROOM 
SAUCE & MASH

BEEF SIRLOIN WITH BLACK PEPPER SAUCE & FRIES

Inilah cara bagaimana Crab Factory menyediakan seafood pelbagai jenis...lambakan atas kertas putih.

FLOWER CRAB SET (MILD)
Boleh request nak kuah seafood jenis macam mana, ketam bunga bersama pelbagai jenis seafood dimasak ala asam pedas, pekat kuahnya bila hirup memang terasa lah ke semua ramuan tu meresap dalam seafood.

FLOWER CRAB SET 
(SPICY PLUM SAUCE)
Rasa masam-masam manis, memang menusuk kalbu lah layan yang ini, sebab manis-manis kuah tu menyengat...

MEAT CRAB SET
(GARLIC BUTTER)
Dimasak secara garlic butter, lemak dan tak pedas pun. Meat grab tu bukan calang-calang ye nak dikupas, ada perkakas khas untuk pecahkan cengkerang tau, gunakan ye.

Enjoy sangat semua hehehe.
Kredit pic by blogger Lan Careno

DESSERT
CHUNKY PEANUT BUTTER & TIRAMISU
Jangan balik macam tu saje, tempah dessert sekali. Nak puji banyak-banyak terutama dessert sebab sangat memukau anak tekak masing-masing tau. Chunky Peanut Butter tu ada aiskrim dan peanut butter yang sangat ranggup, sekali makan nak lagi dan lagi....tiramisu pun sama rasa sejuk-sejuk makan dengan sudu panjang wowwww tak jadi nak balik rumah hahahha 

WAFFLE
Waffle mix with aiskrim, memang talented!!!

Yeyyyy, habis dah, kenyang perut suka hati. Jangan lupa rebut promosi di bawah ye. Istimewa untuk pembaca blog Julia Johari.

Promosi di Crab Factory di Brolly.
Promosi Monthly Crazy Bag Febuari adalah "2pcs Red Lobster (800gm) untuk RM155 (Biasa RM 179)

Promosi Monthly Meal For Two Seafood Lovers Febuari adalah "Spanner Crab RM12/100gm (Biasa RM17/100gm) dengan setiap 500gm Yabbies-M at RM50. Percuma Corn, Button Mushroom & Coleslaw"

Promosi Monthly Crazy Bag March adalah "Spanner Crab RM12/100gm (Biasa RM17/100gm

Promosi Monthly Meal For Two Seafood Lovers March adalah "500gm Yabbies-M dan 300gm New Zealand Mussels untuk RM88 sahaja (Biasa RM115). Percuma Corn, Button Mushroom & Coleslaw"


Cara order baru untuk makanan laut di Crab Factory.

Step 1: Pilih makanan laut, (minimum satu jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300gm atau 500gm. Untuk ketam, boleh pilih secara kepingan.

Step 2: Pilih sos & tahan kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba-Jamba.

Step 3: Pilih satu atau dua Bag Buddies



Best sangat, sambil gathering boleh makan puas-puas, enjoy! Korang apa lagi pi tau, julia rekemen sangat-sangat ni sementara ada promosi baik grab sebelum terlambat.

Maklumat Lanjut:
Brolly: Crab Factory 
Menara FELDA, Platinum Park, No 11, 
Persiaran KLCC, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03-2181 4122

17 Comments

  1. alaaa.. baru tadi duk teringat nak repeat kat sini...huhuu..

    ReplyDelete
  2. meriah juju tgk smua gmbr makanan...lprrr haha

    ReplyDelete
  3. makan semua tu memang tak habis kalo aku makan. haha

    ReplyDelete
  4. Gilerlahhhh!!! Terliur terussss ena tengok makanan kat sini. Terutama ketam2 tu semua.. Allah!!!

    ReplyDelete
  5. sedapnya..bukan peminat seafood tapi tengok makanan yang lain macam burger semua tuh pn terliur..

    ReplyDelete
  6. Marveles... memang mantap! Tak tertahan tengok hidangan2 semua tu... sgt3 menyelerakan. Mmg kena pergi satu masa nanti ni... :)

    ReplyDelete
  7. Sekali kakak tengok semua yg Ju tayang terliur terus kakak dibuatnya
    Cara menghidang tu yg menarik mata memandang.

    ReplyDelete
  8. nasib tak berapa nak makan sangat seafood kali ni.. tengok mentening jer.. hehehehe

    ReplyDelete
  9. amboi jue,mkn crab tak tengok kiri kanan..hahha
    jalez i tau.huhh

    ReplyDelete
  10. Ya Allah, tengahari ni buka blog julia nmpk mknn seafood sedap2..mmg terliur ni. tmbh2 gji dh masuk pula. mybe nak try nnt :)

    ReplyDelete
  11. huyo bestnya.. tak pernah kita merasa makan macam ni :D

    ReplyDelete
  12. Alamak. Husband mesti suka ni. Boleh cuba.

    Jemput singgah: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. tengok gambaq2, baca2 ..tengok lagi dan lagi...emmm memang tak bole tahan dah..terasa nak makan lagi sana..adoiyaii lapaq teruih !!

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)