Nak Makan Seafood Red Lobster Sedap, Jangan Lupa CRAB HUT ASIA ! | Julia Johari
Booking.com

Nak Makan Seafood Red Lobster Sedap, Jangan Lupa CRAB HUT ASIA !


Lepas waktu kerja, aku rushing balik rumah laju-laju ambil anak, mujur tak jem, rabu lepas julia join gathering Kelab Blogger Ben Ashaari dan diorang cadangkan nak gathering makan seafood dekat Crab Hut area Cyberjaya dalam Shaftsbury Square. Wowwwww tekak seafood semakin bernafsu, jangan diajak, laju je si julia tu turun hahahaha. Kebetulan julia pun tak pernah ke sana, dan teringin nak tengok apa yang menarik dalam Shaftsbury Square, so jom tengok macam mana restoren tu ye.

Landmark Nak Datang Crab Hut?
Yahooo, besar betul restoren Crab Hut ni ek, dengan logo ketam besor depan pintu masuk ni buat perut aku semakin berkelodak lagi membara hahhaha. Tunggu apa lagi jom lah masuk, eh lupa nak bagi tau, kalau datang dengan kereta sendiri mudah beb nak dapat parking, restoren ni dekat tingkat P2, naik escalator setingkat dah sampai. Jom masuk tunggu apa lagi, kang diorang bantai ketam dengan lobster aku habis naya!

Nak tengok ketam dan lobster sebelum dimasak, ni fresh dalam akuarium tau, mai tengok sat video bawah klik!

Alaaa mesti mahal kan?
Eh siapa cakap mahal sangat? Ish-ish kalau korang tengok menu-menu makanan laut ni sure sangat fresh, juicy, dan tersangat rare, berbaloi tengok harga, tak ada lah mahal sangat seperti yang orang dok cakap-cakap tu.

Tudia, meriah blogger gathering kali ini, semua pakat pakai apron tau nak makan ketamlah, lobsterlah, dan macam-macam lagi, sebab apa kami teruja nak makan sini, sebab ada promosi diskaun gila-gila hebat, nanti jap lagi aku cerita korang mesti eksaited punyalah nak makan sini nanti heeeeeee. 

Jom tengok apa kami makan aummmmmmmmmmm.
Normal price 2 ekor Red Lobster RM179 
DISKAUN RM155 !!!!!!!!

Dah lama mengidam nak makan red lobster ni, selalu tengok korang makan jauh-jauh, kat Sabah lah, kat luar negaralah, sekarang dekat Cyberjaya Putrajaya dah ada tau, dekat sangat dan jimat duit nak cuba makan lobster.

 fuhhh cukup berbaloi dengan harga tau, kami boleh kongsi 1 ekor lobster tu makan 2 orang, baru julia tau rasa lobster macam mana, sedap yang amat!

Tengok red lobster ni, julia pecahkan guna alat dia, mudah je tak payah risau nak makan macam mana, sebab kat sini ramai pembantu dalam kedai Crab Hut sangat peramah boleh ajar kita bagaimana nak makan makanan laut macam ni.

Huh!!! Kemain julia makan, 
tak sabar dah nak terkam lobster ni puas-puas hahaha.

Seafood Bag - Asam Pedas Meat Crab & Freshwater Prawn RM153.00

Siapa suka asam pedas? Kat sini ada tau, terpaling WIN rasa kuah yang ini, rasa asam pedas yang cukup pekat dan secukup rasa, sesuai lah untuk bawa family yang sukakan masakan melayu leh ratah lauk ni puas-puas tau.


Sedap sampai tak terkata aku nikmati seafood sini, udanglah, ketamlah, lobsterlah, semua aku rasa semua fresh, kawasan pun sangat lapang dan santai, ada apron plastik diberi nanti, so melantak puas-puas baju tak kotor pun yeyy

Hahahahha, berkelip-kelip mata julia makan tau, gila tak sedap!

Okey jom saksikan menu-menu yang kami melantak tak ingat orang kiri kanan dah, julia ada sertakan harga, leh korang bajet mana-mana nak cuba makan kan.
Seafood Bag – RM128.90
Meat Crab, Mussels dan Cendawan Butang dengan sos Jamba-Jamba 


Combo - Seafood Bag RM175.90

Ada Yabbies sejenis lobster kecil, Japanese Hamaguri Clams, Kacang Panjang dan Scallops sejenis Kekapis. Fuhhh jilat jari rasa nikmat kuah tu sedap betul.


Baby Octopus & Prawns Combo RM29.00

RM39.90
Yang ni buat julia terkedu, ambil satu slice rasa wowwwwwwwwwww! Lembut dan sangat juicy, air dalam daging BBQ tu sedap dan manis betul, rasa asli dari kuah daging ni bila di makan bersama dengan BBQ Sos tu tak terkata! Korang mesti cuba yang ni, sampai sekarang dok puji sedap yer, sedap yer tengok gambar ni huh.

RM23.90
Carbonara tu sekali makan, perghhh, sos carbonara tu memang pekat dan bila dimakan rasa tak muak, so tasty, digabung dengan sedikit kentang goreng dan soft shell crab yang ranggup tu sesuai dimakan bagi korang yang tak nak makan terlalu berat sangat, makan santai-santai boleh pilih yang ini.





RM 25.90
Dalam ni penuh seafood, baby octopus tu lembut je, menarik lah ada kepingan ayam dan macam-macam seafood yang tersembunyi dalam nasi jamabalaya ni tau.


Haaa, bendi goreng weh bendi goreng, hehehhe serius memang bijak Crab Hut ni pancing anak tekak, sayur bendi ni diorang salut tepung ranggup di goreng panas-panas wowwwwwww, ranggup dan sedap betul, layannnnnn!


Selain itu, ada set-set ala carte yang korang boleh pilih, yang penting semua menu-menu sihat, kalau ada anak kecil nak makan nasi julia suggest order Shallot Rice, sedap rasa macam nasi goreng, murah je.


Signature Stuffed Sotong – RM24.00 satu set.

Hidangan ni cukup berlainan, tapi ada rempah tersembunyi setiap dalam sotong sumbat tu tau, filled coconut tu rasa macam inti kuah lemak pun ada tau, nampak je macam ni, sekali makan leh terduduk kenyang juga hehe. Filled thai rice tu just nice, ada nasi rasa macam seakan nasi goreng.



Topped with Whipped Cream RM7.90


Tengok minuman mata terpandang warna PINKY, ice blended bandung ni woaaaaaaaaaaaaaa sedap weh, rasa creamy tu lagi lemak dalam ais bandung tu, sampai sekarang rasa nak pi balik order air ni, tak pernah julia rasa air bandung sesedap ini.

Hammer dan tukul, guna bila nak makan lobster dan ketam hahahhaha kalau geram tukul kuat sikit!


Nampak tak betapa bersungguhnya sambil gathering, sambil makan semua dok sakan amik gambar cantik2, hehehhe

Kemainnn diorang terkam sama, mana boleh, mana boleh julia punya tau hahaha

Tudiaaaaaa, banjir satu table kertas ni, baru lah ohsemmmmm!
Gamat satu restoren!

Sebelum balik, ambil gambar kenangan dulu, nanti kami nak repeat lagi lah!

Maklumat Penting:

MONTHLY CRAZY BAG FEBRUARI 2016!

Sekarang Crab Hut Asia sedang mempromosikan SPEACIAL DISKAUN untuk bulan Februari & Mac 2016! Yahoooo...grab 2 bulan ni tau untuk penjimatan berganda menikmati pelbagai jenis makanan laut yang segar...



MONTHLY CRAZY BAG MARCH 2016!
Promosi "Monthly Crazy Bag March" 

Cara Order Makanan Laut di Crab Hut...
Ramai yang rasa teragak-agak nak order macam mana, takut tak pandai pilihlah, tak tau harga terover mahal lah, terlebih orderlah haaa jangan risau, ni julia bagi tips dan cara-cara bagaimana nak senangkan korang order nanti. Snap tatacara ni simpan dalam hp kot tetiba terasa nak pi makan dalam masa 2 bulan promosi ni dah pandai order yeyy!

Step 1: Pilih makanan laut, (minimum satu jenis, maksimum 3 jenis) dalam timbangan 300gm atau 500gm. Untuk ketam, boleh pilih secara kepingan.

Step 2: Pilih sos & tahan kepedasan untuk Signature Southern Bang Sauce atau Jamba-Jamba.

Step 3: Pilih satu atau dua Bag Buddies

*******************************************************************

Happy Hour Combo adalah setiap hari

*******************************************************************

Tawaran Khas Pembaca Blog Julia Johari:

10% diskaun untuk makanan sahaja. Sah sehingga 30 April 2016. Inilah masanya nak serbu makan combo seafood tersangat murah dari waktu biasa, tipsnya korang pi makan waktu HAPPY HOUR dari jam 12 tengahari sehingga jam 4 petang. 

Jangan lupa korang snap kat hp gambar 10% diskaun yang ada nama Julia Johari, kemudian tunjuk kat kaunter Crab Hut dulu sebelum tempah ye untuk dapat diskaun awal-awal 10% tu, tak tipu tau, ni julia belanja korang 10% lagi hooyehhh!!

 Tunggu apa lagi, "Let's Get Cracking"

CRAB HUT 
P2-25, Shaftsbury Square, 
Persiaran Multimedia, Cyberjaya 6,
Selangor, Malaysia

Boleh tempah dan ketahui maklumat lanjut click link dibawah:
Facebook: Crab Hut Asia
Instagram: Crab Hut Asia
Call: 03-8322 6861

Pstttt...mesti korang nak tau harga lebih kurang 15 orang kami makan jatuh berapa harga satu kepala kan....RM90 je, see! Aku dah cakap berbaloiiiiii lah hahahha.

20 comments:

  1. Aduh terliur. Dah lama xmakan makanan seafood..

    ReplyDelete
  2. Mmg menuju kesabaran tgk menu lobster tu..tgk gmbr juju pn dh terliurrrrrr. Lama xmkn lobster sbb dh lama tk outstation sabah hehe

    ReplyDelete
  3. Mmg menuju kesabaran tgk menu lobster tu..tgk gmbr juju pn dh terliurrrrrr. Lama xmkn lobster sbb dh lama tk outstation sabah hehe

    ReplyDelete
  4. giler sedap betolll....tak menyesallll makan...fuuuu

    ReplyDelete
  5. sedappp sgt tgk menu tu. aduhaii........... mcm nk mkn semua

    ReplyDelete
  6. fuhhh...dasyat tau julia dapat jemputan makan kt sini as a blogger...tahniah sis!!!

    ReplyDelete
  7. uihhhh... gila sedapp!! besar2 plak... cravingnyaa!!

    ReplyDelete
  8. terbaek... nanti kita repeat lagi yaaaaaaa..........

    ReplyDelete
  9. Waaaaaaa sangat sedapnya yunkkkk.... Puas hati makan...

    ReplyDelete
  10. sedapnya.. jom kaka kita terjah lagi sini hihi

    ReplyDelete
  11. Wah, memang besar gedabak ya lobster nya, kenyang sungguh nikmati tu

    ReplyDelete
  12. Ya allah ju.. Tergedik2 makan hahahaa.. Jgn la wat kecur mulut kita.. Jom repeat lagi

    ReplyDelete
  13. gegar2 abis meja ..haha dasyatnya Juju makan lobster

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com