Misi Berjaya Deko Langsir Baru Rumah Abah Mama Sebelum Selepas ! | Julia Johari
Booking.com

Misi Berjaya Deko Langsir Baru Rumah Abah Mama Sebelum Selepas !

Rumah mama dan abah, sejuk di pagi hari. Tenang nampak bulan penuh atas rumah mereka. Dari jauh nampak langsir. Langsir tu lah julia jahit sejak Tingkatan 4, ye sejak umur 16 tahun daku belajar cara nak menjahit langsir guna mesin jahit brand mercedes beroda besi tu. Tapi sekarang mesin jahit tu tak boleh pakai dah, sebab tali roda tu dah longgar. Ku ingat nak jahit sendiri lepas tempah day curtain tapi baik jahit je di sana terus, bayar upah walaupun ku rasa macam mahal jugak, tapi apa nak buat tak sabar nak surprisekan mama abah hehehe.

Ramai tanya kat mana aku beli langsir murah. Klik kat SINI

Ya, sampai sekarang langsung tak bertukar curtain rumah abah mama ni, bukan diorang sendiri tak nak bertukar tapi kerjanya renyah, kena ukur, kena jahit ikut ukuran dan bukan tak ada masa, cumanya biasalah mereka suka cara sederhana sudah.

Itu sebab aku rasa terpanggil nak buat sesuatu. Deko rumah abah dan mama pakai duit kerja lebih masa dan duit niaga sikit2 aku sendiri kumpul tiap-tiap bulan. Boleh lah dari tak ada kan sebab prinsip aku kalau aku nak buat aku kena buat tak boleh tangguh esok lusa sebab memang tak akan jalan hehehe.


Sebelum selepas inilah gambar langsir yang aku jahit 16 tahun lepas, lama punya langsir hahahhaha aku tak malu nak tunjuk sebab tu tandanya mak ayah aku hargai air tangan aku jahit siang malam time tu mana aku pandai internet dan blog pun aku tak pernah kenal so tak ada lah cerita 16 tahun lepas.

Day curtain ini dulunya warna kuning keemasan, basuh berkali-kali bertahun-tahun sampai naik kusam cm ni warna kehitaman haishhh...tahan lama betul langsir ni sampai naik lasam pun tetap berbakti

Spotted jahitan dibawah tu, mama julia lah jahit yelah kawasan keluar masuk berkali-kali mana mahunya tak koyak, raya pun langsir ni tau, tapi kami tetap rasa selesa dan sederhana, biarlah apa orang nak kata...

Selepas 16 tahun
Dapat aura baru dan baju baru kat langsir ni
Wahhhh rasa macam sesuatu je rasa di hati...rasa macam seronoknya dapat bagi abah mama happy!

Mama cakap 'Julia, kita gantung masa hari raya ye nanti, sayanglah cantik sangat'
Abah komen, 'Cantik dah ni, okeylah pandai julia pilih'

Fuh risau aku beb takut pilihan berejam jam aku kt kedai tempoh hari takut salah pilihan dengan langsir asas. Yelah dengan mama aku tak kesah sangat, dengan abah sebab abah ni sangat cerewet, kadang2 di mata aku itu lah nampak paling cantik tapi dimata dia tidak...

Untuk mama, takpelah mama jangan difikirkan hari raya tu, sekarang ni kita gantung, hari hari adalah hari raya...yeyyyyyy suka my mum.



Sekarang ni di langsir meja makan utama rumah mama abah, day curtain sahaja di tukar ganti, langsir utama tetap kekal di situ. Sebab masih elok lagi walaupun 16 tahun lamanya...sayang kot air tangan sendiri hehe.




Waktu malam lagi terserlah blink blink tu tau, rasa macam hari hari raya je hehehhe...
Mission selesai, rasa seronok dapat buat abah mama happy...nanti julia update kisah makan besar kami di luar ye, lagi sekali bukan senang nak ajak abah keluar makan, kali ini berjaya pula hehhehe nantikan di mana.......

13 comments:

  1. menarik. pasti abah dan mama JJ rasa seronok...rumah yang mereka tinggal kelihatan sesuatu yang baru.

    ReplyDelete
  2. nampak bayang kanak-kanak di langsir tu hehehe

    ReplyDelete
  3. wahhh.. cantik sangat sis langsir ni!

    ReplyDelete
  4. Cantik lah kak!!! Kita pun kat rumah mak ayah, langsir raya semua kita pilih and design Alhamdulillah mak ayah suka :)

    ReplyDelete
  5. rumah sy pun dah bertahun tak tukar langsir..last 2year ago.kena tukar ni..hahha

    ReplyDelete
  6. salam kakkkkk haiyoo bru dpt melawat ni maaf yer :) semoga kite bertemu lgi yer...

    ReplyDelete
  7. pandai ju jahit langsir..f4 plak tu..semoga trs murah rezeki ju belanja mama abah ju langsir baru..lawaaaaaa..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com