Tajuk dengan gambar macam tak kena je kan
kalau tanya jantung hati limpa semua tu lah dalam badan 
semua berkait kan
macam tulah mak rasa terhadap anaknya

Jantung ada sebab ia ada depan mata
Hati ada sebab hari-hari dok bergaduh dengan dia
Limpa ada sebab kena makan dengan dia
Buah pinggang ada sebab hari-hari mintak air sedap dalam peti ais

Hahahahha itulah Qaiser ilman
Kalau dia tak ada rasa aku 90% hidup aku sepi
Kalau dia ada 90% hidup aku penuh warna suka duka
Marah, gelak ketawa, menangis sama haishhh semua kongsi sama

Kalau aku menangis, dia pun nak nangis pelik oiiii mamat Qi ni
Apa yang di faham ttg menangis
Adalah ritu aku nangis sebab teringatkan sesuatu
Dia tengok muka aku sebak dia pun sebak
Nampak sangat hati aku ni dia kongsi sama
Alahai anak

Lagi satu dia suka cakap "Umi nak peluk"
Tengah aku masak dia nak suruh peluk (hug and kisses)
Hehehhe kenapa awak sweet sgt abg Qi oiii hahhaha
Time julia marah pun sama dia akan cakap umi nak peluk!
Dah tu aku tak jadi marah la...
Cair macam coklat susu hahahhaa
Siap pakej cium pipi tau budak ni
Pandai menjaga hati time dia tau dia buat salah hahaha
Part ni tak dapat rakam video sebab spontan

Makin galak suka buku
hari hari tanya aku ini apa itu apa
alahaiiiiii nak sekolah sgt dah ni
sabar ye abang Qi bukan tak nak bagi kamu sekolah awal2
nak kamu belajar dulu apa yang ada disekitar rumah atok nenek
sebab masa kecik-kecik umi kamu membesar pandang apa yang ada 
main tanah buat masak-masak
panjat pokok rambutan terjun dari atas
belajar sapu belakang rumah
belajar terima arahan
belajar manja berpada-pada
(Bagi mereka yang cakap duduk dengan atok nenek tu tak belajar, manja lebih, perangai lebih, tak pandai berdikari, tak pandai bersosial, helloooooooo awak, awak jaga anak awak je boleh, saya tak mau komen anak orang, saya tahu acuan anak saya tu sebab saya jarang komen pasal anak awak, saya puji anak-anak orang adalah, STOP!)

Now,
My Qi progress sangat bagus,
Dia dah pandai mengira 1-10
Dah lancar cakapnya sikit2 ada momelan tak faham tu biasa
Dah pandai bebel hahahha
Suka makan (ikut maknya)
Suka bermaina bola
Suka berkawan (kadang2 ada sesetengah budak yang sekolah plak malu nak berkawan, tu sekolah tu, macam Qi tak sekolah lagi julia tgk dia boleh approach new friends, dan boleh dikatakan mungkin sgt friendly sampai tak mau balik rumah hahahhahah so?)

Suka bertanya
Haaaaaaa bila sampai tang tanya tu dia ada jawapan dia plak oiiiii
Kalau julia bagi jawapan A dia jawab C
Jawapan C tu beserta dengan support statement (faham tak)

Umi, itu apa?
Itulah Batu Caves
Bukan, itulah bukit
(Ko rasa?)

Umi itu bunyi apa?
Ambulans
Bukanlah, itu bawa orang sakit
(Tertampor lagi)

[Lampu isyarat]
Qaiser ilman, merah maksud apa?
Berhenti !
Hijau? 
Jalan !
Kuning?
Jaga-jaga !
(Lulus ujian bertulis dah Qi hahahha)

Dia kuat minum susu until now dah 3 tahun
Makan pun sama je kuat
Suka sangat makan nasi
Tapi malam julia kurangkan
Bagi minum air masak je (kejam aku)

Rajin teman umi COD Ephyraskinbar, dia faham inilah biz kecik2 umi dia buat masa lapang. Promote pun pandai dah hahahhaha sekarang julia tak yah susah2 cari model ephyra, upah susu kat Qi terus posing cenggini haaaaaaaa ko mampu? hehehe

Layan budak ni main playground dalam Mcd, siap suruh umi dia naik gelongsor lagi...aduyaiiii mak ko kecik sgt dik non takut tak lepas lubang gelongsor tak memasal satu mcd kecoh terletak sorang gadis disitu hahahhahaha

Trademark sejak dalam perut lagi, tak boleh buang dah tabiat ni hahahha

Perasan hensem
Umi suruh posing dia posing baik plak tu alahaiii nak masuk majalah maskulin ke dik hahhahahha
Lagi 4 tahun je nak masuk Darjah 1, masa tu haraplah umi kuat nak jadi WAHM yeyy.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

IKLAN
Ephyra Skin Bar
RM39 sahaja
Julia Johari - Pengedar Sah Ephyra
WhatsApps: 013-6327 333
Baca Review SINI

6 Comments

  1. Cel cel otak makin mengembang... Besar dah Qi...

    ReplyDelete
  2. ensem....Saya dulu duduk dengan opah..tak de mana nye nak manja2..nak kena kejar dengan kayu apai buat la perangai manja2 tu..ekekek

    ReplyDelete
  3. comel qi....bila ada ank sorg ni...dia lah teman kan tuk wat ape pun. as for me...my daughter tu lah everything

    ReplyDelete
  4. Semoga membesar menjadi anak soleh bijak dan pandai.. mcm tertarik pulak dgn ephyra nk bg hadiah pd isteri :D

    ReplyDelete
  5. suke sgt amik gmbr letak jari kt pipi mcm tuu..comel sgtttt..ju lps ni bg qi je jadi model ephyra..

    ReplyDelete
  6. qi 3 thn ekk ?
    sebaya izzat la :)

    clever boy... sel berhubung dgn sgt baik!

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)