Sabtu lepas Julia berkesempatan hadiri satu event Food Review bertempat di U-Cafe Wangsa Walk Kuala Lumpur. Jemputan khas ini adalah dari blogger Encik Jamar Bahar. Ini merupakan kali kedua julia ber food review di U-Cafe. Tahun lepas entry di SINI sangat seronok mencuba pelbagai rangkaian menu baru, tetapi kali ini pihak U-Cafe sendiri hendak memperkenalkan menu-menu baru berbuka puasa sempena Bulan Ramadan 2015. 

Kali ini seramai 30 orang blogger hadir untuk food testing, meriah dengan kehadiran blogger pihak U-Cafe sendiri menganjurkan sesi gathering khas untuk kami semua disini. Wowww teruja, sebab suasana di U-Cafe cawangan Wangsa Walk ini sangat luas dan cantik sesuai untuk anda serta family makan disini.

Inilah dia blogger-blogger sedang sibuk mengambil shoot Nasi Kukus Ayam Berempah di bahagian bawah U-Cafe.


Nasi Kukus Ayam Berempah 
RM3 sahaja
Ini yang meriahnya, hanya RM3 sahaja menu ini, memang jimat habis lah kalau yang ingin berbuka puasa disini dengan suasana selesa, beraircond dan ruang luas. Ayam Berempah dia sangat ranggup, penuh rempah rahsia, dilapik dengan daun pisang buat baunya sangat wangi, satu dish ini pun sudah cukup kenyang tau, jangan risau disini ada buah kurma.

 Inilah logo baru U-Cafe (UC), cantik ukiran logo diatas tembikai, tampak unik.

Pelbagai jenis kerabu, bagi anda yang sukakan kerabu sayur, disini ada disediakan.

Belacan Chicken Boxing
Bila pertama kali rasa belacan chicken boxing, aroma bau belacan tu sangat sedap dibau, tak kuat sangat bau belacan dan ayamnya ranggup buat mulut tak henti nak jamah. Boleh dimakan bersama nasi ayam kukus untuk kelainan.


Sup Daging
Ini adalah salah satu menu baru disini, sup daging ni memang betul-betul sedap, dagingnya empuk dan lembut. Bila sebut sup daging pasti sup biasa kita bayangkan, tapi ini ada suhun dan sayuran-sayuran dimasukkan sekali, kalau tak makan nasi pun tak pe sebab sup daging ini mengenyangkan. 5 bintang!
  
 Selingan...dengan Blogger Kak Izwa dan anak bongsunya, ini kali ke dua kami bersua...tema pun lebih kurang sama kuning hahahha kebetulan. Seronok oiiii jumpa sambil food review sambil gathering hehe

Boleh Tempah Adakan Majlis Keraian
Bagi anda yang tercari-cari untuk adakan majlis hari jadi anak ada tema disediakan macam Ultraman dan lain-lain. Apa jua majlis pun boleh, kena tempah dulu lah berbincang tarikh yang hendak direalisasikan mereka boleh anjurkan mengikut bajet anda kehendaki.

Barisan meja food review by blogger antaranya Ina Ainaa dan pasangannya Yajiedyahya, Shiqin, Ina (Falling Angel), Liza, Beary Blossom. Semua dah tak sabar nak food testing, hehehe

 Yeahh, belacan chicken boxing dan kerabu sayur serta kurma jadi santapan, pembuka selera.


 Ala Carte U-Cafe
Ada pelbagai menu ala carte yang boleh anda cuba disini. Antaranya menu ala carte yang kami cuba lebih kurang 21 menu. Jom saksikan...


Seafood Platter

Combo Platter


Italian Beef Carbonara with Egg Yolk


Flying Fish Rice with Soy Sauce 
or Thai Sauce
Ikan sangat besar, uniknya ikan ini sangat ranggup dimakan bersama nasi panas-panas, memang lain sungguh. Boleh kongsi makan dengan orang tersayang.
Inilah antara barisan gambar makanan yang kami food review, semua menyelerakan!!!! Biar gambar berbicara dengan anda.

Deconstructed Caesar salad

Laksa

Cantonese Kuew Teow with Seafood
My feveret ever, sebut je kuewtiaw goreng haaaaa julia angkat tangan, udang besar2, puas makan.
Menikmati habis!!!! :p

Nasi Lemak Kari Ayam


Thai Style Pan Grilled Chicken Chop Rice with Green Curry
Julia sempat tapau menu ini untuk suami tersayang yang sibuk bekerja waktu weekend, dia cakap sedap, banyak kali weh dia sebut sedap lauk tu, hehehhehe.
Alhamdulilah boleh bawa dia makan lagi sekali disini nanti. 

Nasi Lemak


Egg Yolk Butter Chicken & Vegetable in Yam Basket Rice.

Bangkok Jazz Crab Meat Fried Rice in Lotus Leaf
Nasi ini dimasak didalam daun teratai, mewah citarasa nusantara ni tau, sedap nasi goreng ni wowww

Lamb Grilled
Ini memang betul-betul rare, daging kambing ini di gril dengan sos mewah, perghhhhhh menangis makan.



Fried Aspragus & Prawn


 Semua sedap-sedap, tak dapat diucap dengan kata-kata. Western & Traditional food semua ada disini. Harga sangat berbaloi, sebab setiap makanan yang disajikan portionnya sangat banyak, Tak larat nak makan hehe

Penang Curry Laksa
Wowww Mee Kari pun ada tau, satu bowl besar plak tu, memang puas makan sebab tak muak, ada kerang, tauhu kering dan pelbagai lagi. Nikmatnya!!!!!

 Encik Jonathan Lian, salah seorang orang kuat U-Cafe, masa nak sign registration Encik Jonathan tegur, you pernah datangkan food review tahun lepas? Tersenyum, kuat juga ingatan beliau terhadap kami. Terima kasih Jonathan dan pihak U-Cafe, bagus bekerjasama dengan para blogger dengan penjelasan yang cukup lengkap. Saya bagi 5 bintang dekat restoren ini.

 Barisan blogger-blogger yang hadir, kebanyakkan dari mereka ini memang niche blog Food Review, seronok dapat jumpa kawan-kawan blogger baru jua. Salam Kenal Kembali.
 

Terpancar keseronokkan makan disini, memang betul-betul puas hatilah kesemua hidangan yang dijamu kepada para blogger. Julia rekemen, anda harus cuba datang ke sini dan rasai kelazatan hidangan, pasti anda kenyang dan teringat-ingat U-Cafe.
 
Alamat:
U-Cafe,
GL-06 Wangsa Walk, Wangsa Avenue,
No 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur, Malaysia


Contact 
P.I.C 
U-Cafe;
Rachel: +6019-3133668 
untuk reservations & inquiry.
03 - 4131 9686 

  Facebook: 

19 Comments

  1. kalo food review mcm ni abis diet i julia.. hahhahaha tp sedapnya semua...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehehe, tak yah diet sangat yunk, rugiiii ooooo...semua lazat2...sampai laaa ni dok teringat2 semua makanan. Best!

      Delete
  2. Emi paling suka spageti carbonara tu. Best sgt. Next time nak pegi makan sana lagi la :D

    ReplyDelete
  3. fuhh, time tngah lpar ni fikir balik...nape la tak sumbat je semua mknn tu aritu haha... padahal knyng sgt dah time tu xD

    ReplyDelete
  4. uuu darlinggg ai terselit kat blog glemer ni..malu titew tau...hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  5. Psstt... Lapar wooo.. Memang sedap makanan kat sana...

    ReplyDelete
  6. mmg meriah..mcm2 makanan..kenyang smp mlm..salam kenal

    ReplyDelete
  7. waaaa...tertarik menarik..menggoda sungguh

    ReplyDelete
  8. julia.. sori.. lame tak singgah sini.. fifi super duper busy..

    julia.. cantiknye header julia.. simple..

    julia.. lapaq tengok makanan banyak2 ni.. murah betul nasi die.. rm3 je..

    ReplyDelete
  9. Sedapnyaaaa!!!!!!! malas btul baca entry food review... buat jd lapar... huhuhuhu

    ReplyDelete
  10. Lapar balik ena tengok.. huaaaa.. memang terbaik makan makanan kat sini

    ReplyDelete
  11. meriahnya..macam pi makan kenduri pulak..heheh

    ReplyDelete
  12. Fuh marvelous la semua menu dia jue.. nie kalau dekat sure pi dah..dah la ada menu serendah RM3 jer.. memang boleh sangat la harga tue.. terbaik lah entri jue..i like! =D

    ReplyDelete
  13. juuuuuuuuuuuuuuuuuu! rindu nya nk g U cafe! ingat lg kita review dulu kan! hehehe.nt dating sini nak!

    ReplyDelete
  14. wahhh..bestnye..byknye makanan sedappp..klu pegi mmg xtau la nk pilih mn 1..

    ReplyDelete
  15. Assalam julia,
    ish3
    cooobaaaaaannnn
    :P

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)