Bukan senang untuk menjalinkan kemesraan sesama teman sekerja atau rakan blogger kerana persaingan adalah perkara biasa yang dialami semua orang. Walau bagaimanapun, sering juga terjadi senario di mana sahabat menyimpan perasaan benci dan dendam apabila melihat kejayaan orang lain. Ayuh...kenal pasti sahabat yang menyimpan perasaan cemburu.

1.      Pandang serong
Menganggap bahawa kejayaan yang anda miliki itu adalah hasil dari sikap anda yang suka mengampu pihak batasan. Biarpun pada hakikatnya anda bekerja keras untuk mencapai kejayaan seperti  yang anda miliki hari ini. (tempat kerja lama kot gini, tapi asyik kena berkorban je pun susah gak hmmm)

2.      Bermuka-muka
Sahabat anda memuji kejayaan anda itu, namun dalam pujiannya itu terselit juga kata-kata sinis yang agak kurang menyenangkan. Lebih menyedihkan lagi pabila ada teman-teman di sekeliling anda yang menyampaikan bahawa si sahabat bermuka-muka dengan anda. (Ohhh, macam rasa ada kot, harap tak lah kan, lagi pun saya tak rasa itu satu kerugian pun silakan buat lagi hehhee)

3.      Menyebar Khabar Angin
Dalam waktu yang sama, si sahabat juga turut mengatur strategi kotor dengan menghebohkan-hebohkan khabar angin, kononnya sesiapa sahaja yang berbaik-baik dengan anda mempunyai kepentingan tertentu. (Haaaaaaa, kisah lalu, pernah terjadi lah, pelik betul, banyak masa atur strategi kerana nak perhatian, i is so kesian, lihat dan biarkan, kadang2 ketawa dari jauh sebab tengok permainan mereka and now, senyap seribu bahasa, see penat dah kot hahha)

4.      Sentiasa mengkritik
Di mata sahabat apa sahaja yang anda lakukan, seolah-olah tidak betul. Ada sahaja kritikan yang dilemparkan kepada anda. Ada kalanya kritikan yang diberikan itu memang tidak relevan. (Pernah, apa julia buat? Diam dan biarkan, tak ada masa nak hadam negatif, memanglah kadang2 air mata tu tak yah cakap lah kan, tipulah tak rasa sedih, tapi makin kelamaan rasa kalau datang yg lagi teruk pun i buat donno je...kuat betul hati sekarang alhamdulilah)

5.      Terlalu sensitif
Apa sahaja teguran yang diberikan demi kebaikan si sahabat dianggapnya sebagai racun dalam persahabatan. Sahabat beranggapan anda sengaja ingin menyakiti hatinya, biarpun pada hakikatnya anda ingin membantu sahabat memperbaiki prestasi kerja atau pelajarannya. (Pernah beri teguran membina, langsung tanpa merujuk mana2 pihak, tapi dimanipulasi sehingga perlu buka aib orang, dipaksa untuk buka aib orang....soooo? Anda perlu buat sesuatu untuk jaga hati anda sendiri, kesian betul)

6.      Guna taktik menghasut
Sahabat cuba menghasut teman-teman anda agar membataskan pergaulan dengan anda. Menurut sahabat, anda perlu memilih kawan dan tidak boleh berkawan dengan sembarangan orang, sedangkan anda tidak pernah berfikiran sedemikian. Situasi ini akan melahirkan ketidakpuasan hati antara anda dengan teman-teman. (Oh ini biasa, dah rasa dan dah alami, pahit kot, tapi tak apa, kebenaran akan terungkai)

7.      Kerap bertengkar
Anda mulai sedar sejak kebelakangan ini sahabat cuba menaikkan api kemarahan anda. Boleh dikatakan setiap hari, ada sahaja perselisihan faham yang berlaku, sekali gus menghangatkan hubungan persahabatan. Sikap sahabat yang tidak mahu mengalah dan keras kepala bakal memburukkan hubungan persahabatan. (Aku rasa hubungan alam maya juga sama ada masalah ini, bukan semua tapi ada segelintir, bila kita mulai rapat dan sikit menonjol mulalah nak tampil komen kasar, walhal tak merujuk dia langsung, kepuak-puakan sehingga memecahbelahkan persabatan, now julia dah tak nak rapat lagi dengan sesiapa, manusia memang tak suka ditegur cara baik, maka biarkan mereka dalam kelompok berkenaan, lihat dari jauh sudah buat hal sendiri)

8.      Mengungkit
Sahabat seolah-olah mengungkit segala pertolongan yang pernah dihulurkan suatu ketika dahulu. Lebih menyedihkan lagi apabila si sahabat mengungkit bahawa kejayaan yang anda miliki hari ini adalah hasil sokongan dan pertolongan daripadanya. (Oh ini tak pernah lagi jumpa, kalau ada i belah je, sure malas nak dekat dah hahahha)

9.      Menjauhkan diri
Sejak berlakunya  insiden perselisihan faham antara anda dengannya, si sahabat seolah-olah cuba menjauhkan diri dari anda. Malah, dia cuba mengelak daripada bertentang mata dengan anda. Setiap kali anda mengajak untuk berbincang, dia yang bertindak membatukan diri dan tiada inisiatif untuk memperbaiki hubungan persahabatan anda itu. (Betulllllllll sangat apa yang dikatakan, bila diajak berbincang, bersemuka, ada sahaja alasan...hahahahha ini lawak, nak selesai cara elok, dalam online memang senang keluarkan kata2 menghiris hati kawan, tapi kawan tak pernah lupa apa sahaja batu yang dilemparkan pada dia...pernah Allah uji satu umat ni, terjumpa di Jusco, jalan 4 simpang julia dan dia dari arah bertentangan, dia nak ke restoren makanan, julia ke ruangan shopping, terlihat dia bersama suami dan anak, terpandang julia dia terus masuk restoren tanpa langsung sapaan...Allahhhhhhhhhhh, paling menguji suami yang bisik kat julia, itu bukan kawan julia ke..........suami dia abang kenal....Allahhhhhhhhhh julia diam membisu, rasa keciknya dunia, keras sungguh hati perempuan ni, baik kawan dengan haiwan, sekeras2 hati haiwan pun, wpun pernah lontar batu kat tuan dia, akhirnya dia setia....dunia oh dunia, susah nak kawan dengan jantina yang sama....mereka terlalu kompleks)

20 Comments

  1. ade osrg kat sini bermuka-muka..huuuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di mana-mana sekarang baik jgn rapat sgt sis...bila kita niat ikhlas berkawan, teguran membina tanpa aibkan sesiapa tp diputar belitkan keadaan...itu sebab julia ambil langkah diam dan lihat...buat hal sendiri...apa2 pun lepas ni tak boleh dah rapat sgt...natijahnya kita yg kena balik

      Delete
  2. Betul tu bermuka muka :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai nabihah...kadang2 tu kesian, bila terjumpa mata tak pandang kawan, pandang jalan...kesian manusia cm tu...kena byk2 pi bengkel naikkan keyakinan diri hehehe

      Delete
  3. Mohonlah dijauhkan dari orang yang macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa yg kita boleh buat, berkawan biar berpada...

      Delete
  4. sama la Ju..saya pernah kena macam ni..ada je dia buat untuk bagi kita sakit hati,awal2 puji tapi hujung2 ada sindiran...sebab tu jugak la sekarang ni saya tak suka rapat sangt dengan jiran2 ke,blogger ke,,takut sakit nya tuh disini lagi..hahahah...saya rasa cara saya sekarang ni buat saya lebih seronok berkawan dengan orang..tak kira dengan blogger atau jiran2 atau pun bekas kawan2 sekolah..tapi tu la..cara saya ni kadang2 ada yang salah paham..kata saya sombong..padahal saya takut sebenarnya..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu namanya kita berhati-hati diana...tak apa janji kita tak ganggu orang

      Delete
  5. Replies
    1. Macam-macam bro...masalah kawan ngan perempuan...tak semualah...tp segelintirnya sgt tak suka lihat orang lebih darinya...mula lah dia nak jauhkan diri tak semena...lone ranger lagi bagus

      Delete
  6. Replies
    1. Reenee...semua manusia tak suka macam ni...semua manusia nak yang baik2 dan positif, tapi kenapa manusia sendiri cipta masalah yang sebenarnya bukan masalah besar pun...haishhhhh itu lah segelintirnya sgt kompleks...apa kita buat semuanya sakit dihatinya...hmmmmmmmm

      Delete
  7. Harap-harap kita tak tergolong dlm kelompok yg itu Ju
    Kalau terjebak segera patah balik bertaubat.
    Hidup kita di dunia ini bukanlah lama mana pun.

    ReplyDelete
  8. Betulla sis..akk ni jmpa mcm2 peel kawan..tp akk adapt je dgn perangai dorang..cuma kita ambik sisi yg baik je..yg xbaik jadikan teladan..

    ReplyDelete
  9. perangai mcm ni seakan dah jadi lumrah Ju..
    depan baik belakang dia tikam kita..
    tapi tak apa lah sebagai umat islam.. Allah sentiasa akan berikan keadilan pada yg teraniaya..

    ReplyDelete
  10. Manusia. Sedangkan warna pun Allah cipta pelbagai, inikan pula ragam. Semoga kita terpelihara dari sifat mazmumah.

    ReplyDelete
  11. manusia mcm tu la..
    harap saya xdpt sahabat mcm tu..alhamdulillah sahabat, kawan saya yg ok ramai..yg xok pon ada sikit ja..kita hindarkan diri siap2

    ReplyDelete
  12. hadoii..mcm2 perangai manusia..mintak dijauhkan dr org2 mcm ni..tp mn2 pegi pun mmg akan jumpe spesis yg mcm ni..asal die xmengganggu kita udahh

    ReplyDelete
  13. Assalam julia,
    hati manusia sukar kita nampak
    so kalo ghaser negative tu jauhkan diri sesiap he3

    ReplyDelete
  14. hahaha.. kat ofis fifi ni ade sorang.. bermukamuka.. malas nak layan.. lantak p kat dia la..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)