Lama sungguh tak beli kasut sukan kekdahnya, hahahha senyum kambing. Bila ada jemputan ke click Family Day Bloggers Kelab Bloggers Ben Ashaari baru-baru ini di Pusat Komuniti Cyberjaya baru la terhegeh-hegeh nak cari kasut sukan. Julia pentingkan harga murah dulu, kalau yang berjenama tu memang setakat belek2 tengok jelah dari jauh walaupun dalam hati nakkkk....tapi bila tengok beratus2...hmmmm mula tarik hand break beralih tengok gedung lain.

Sebenarnya, kedai Original Classic ni bertempat di Times Square je tau, area Ground Floor, nanti korang search la sendiri ek, kebetulan pakcik saudara suami nak beli kasut dia kat sini dulu kami ikutlah, bila tengok wowwwwwwwwwwwww lautan kasut sukan yang tersangat murah jarang julia jumpa. So, bila ada event sukan, baru ajak suami beli sekali sedondon kasut sukan hahaha. Mujur tau port murah.

Julia ni kaki jenis besar dan panjang...kalau kasut bertutup mau saiz 10...kalau selipar atau kasut biasa tu saiz 9 pun okey dah. Hihihi yang menjadi masalah jenis kaki besar ini lagi2 wanita memang sukar nak cari kasut saiz jenis besar2 ni...

Suami saiz 44, Julia saiz 42, just nice try tak ketat sangat tak besar sangat, material Metrix ni ringan sungguh, tak gatal la masa pakai dan tak rasa berkuap sangat. Tengoklah lautan kasut sukan dibelakang ni, semua memang murah2 belaka.

Harga tak mahal, see harga tu untuk sebuah, jimat duit betul.

Kami sepakat pilih tema merah hitam, yelah tema bloggers day lepas tu kan merah hitam, so nak serasi kan....walaupun suami tak dapat join KBBA family day tempoh hari sebab ada job last minit yang dia kena handle tapi tak rugi pun lain kali kami leh riadah jalan2 di taman sambil berkasut sukan dengan my son.

Qaiser ilman pun nak kasut sukan juga, untuk anak punya saiz pun banyak kat sini, cantik2 dan murah, harga untuk my son ni only 25 something. Still bajet tak over limit.
Puas hati tengok my son pakai, kualiti pun best.

Bola tu pun my son nak sangat2 hahahahhahah...boleh dia tak mau lepas bola ni...mujur RM50 je...okey ni walid bayar la...kasut umi belanja...macam2 budak tengah membesar ni, serius cakap bola ni best tau, bila sepak tu lantunan dia hebat juga. Bola jenama Nike.

Rekemen kat korang kalau nak beli kasut sukan beli kt Original Classic yang berada di Times Square ni, murah dan berbaloi sebab direct dari kilang kan...selamat bersukan dan beriadah bersama keluarga dan sahabat handai...daa!

19 Comments

  1. cantik kasutnyaa harga pun berbaloi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi dik, sebab murah dan kualti pun okey, kalau harga mahal dengan brand tu lg lah berbaloi dik kalau punya wang lebih tak salah pilih yang ada brand sikit.

      Delete
  2. Model hero comel tu lagi cantiklah Ju berbanding kasutnya:)
    Kalau dekat nak juga kakak membeli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh hero lagi win ye kak zakie hehhehhe, boleh dijual nanti hero tu bagi kak zakie jaga plak hehhe

      Delete
  3. cantik laa julia kasut sukan julia... btw saiz kaki julia samalah besar jugak.. ampun laa kalau nak mencari kasut..susahh.. nak pakai heels cantik2 verangan je laa..kalau muat pon pakai tak cantikkk.. sodehhh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yoorin, hanya wanita sama2 kaki besar je faham betapa sukarnya nak mencari kasut lawa2...kalau kasut suka tu byk saiz ada...tp feminin shoes huhhhhh nangisssssss la

      Delete
  4. Ala..kenapa kasut Abam ensem tak merah jugak...??kalau tak memang dah sedondon dah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe diana, kasut abg hensem tu nak ijau pilihannya, dia memang suka ijau, nampak sebatu dari jauh...takpe mak pak dia sedondon dah ehhehe

      Delete
  5. ehhh dah lain la blog kak julia...hihi nampk sgt lama xdtg aini

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah dik zarul, akak pun lama tak menyinggah blog zarul adil lah kan hahahhaha...bz sgt kekdahnya, hampir terlupa rakan2...

      Delete
  6. kedai ni..slalu lalu ja..xpernah masuk pon..xsangka murah..lepas kalau p kl lagi..p terjah beli kasut sukan la.. doo beli baju ja banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye dik murah, nanti pi times squre pi masuk tgk harga pun tak apa...murah tau.

      Delete
  7. ju..tenkiuuu sgt..mmg nk cari kasut danish sbb minggu dpn die ade lawatan gi bomba..minggu lps lawatan tempat lain..kasut tu dh ketattt..pdhal jarang2 pakai..syg je..tu ingt nk gi carik..alaa..kasut bdk2 je..xyah mahal2 sgt..nnt kejap je pakai..mcm yg satu tu..sayang je..

    ReplyDelete
  8. kemain cari kasut rupanya kak ju! hHHAHHAHA

    ReplyDelete
  9. pernah singgah kedai ni kat TS.. sokmo tak ada size je bila nak beli.
    tapi harga memang murah.

    ReplyDelete
  10. Assalam julia,
    saaamaaaaaaaaalaaaaaa iols pun takdop kasut sukan
    ni pun ada hati nak berzumba
    kaki ayam sajork boleh???? :P he3

    ReplyDelete
  11. ok, tq bagi info nih.. dekat ngan opis ai tu, boleh lag cari kasut utk berzumba! ;-))

    ReplyDelete
  12. wah.. kene pergi time square la macam ni.. selame hari ni.. fifi cari kasut sukan dekat bata je..

    ReplyDelete
  13. kaki kita sama la kak... tapi zizie saiz 42... kaki jenis besar.. kalau nak raya, beli lambat, mati la nak cari size... hehehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)