Pertama Kali Merasai Coconut Shake Original Pantai Klebang | Julia Johari
Booking.com

Pertama Kali Merasai Coconut Shake Original Pantai Klebang

Sambung balik cerita my birthday treat di Melaka bulan lepas, lepas menikmati Asam Pedas Melaka Kampung waktu pagi, kami melilau pusing-pusing satu bandar Melaka, tempat yang well known macam Melaka pusing banyak kali pun tak terasa bosan. Ada sahaja tempat menarik yang boleh dilawati. Kemeriahan Coconut Shake Original Pantai Klebang memang benarlah apa yang diuar-uarkan oleh sahabat-sahabat yang pernah ke sini. Julia lagi lah membuak-buak nak pi sebab masa ini je free nak menapak ke Melaka hihi

Pakai waze, pusing punya pusing pelik mana signboad Coconut Shake Original yang terkenal tu, harapan la nak jumpa sebab tak ada board pun nak ke sana, so melilau guna waze tapi macam waze pun weng weng gak hahahhaha, tengok tepi jalan macam ada drive thru coconut shake kecil je kiosk dia, ingat kedai dia tepi jalan besar, rupanya kena masuk laluan kecik masuk ke dalam kawasan perumahan tau, baru lah jumpa signboard besar gedabak tu kikiki. 

Please Signboard!
Tuan kedai, julia nak advice sikit, bagi orang luar dari Melaka yang pertama kali datang nak mencari kedai tuan, please buat banner signboard besar-besar di tepi jalan besar. Puas kami pusing merata cari, walaupun guna waze tak berapa membantu sangat. Noted ye pada masa akan datang. 

Kami mai lepas solat Jumaat, orang tak ramai lagi yeahhhh, tengok buah kelapa dok bergelimpangan banyak, peti-peti aiskrim vanila penuh berpeti-peti tau, gamat rasa.

Bukan setakat coconut shake yang orang dok [pung pang pung pang] kata sedap sangat dijual, nasi lemak bungkus comel tu pedas dan sedap betul, makan sebungkus tak cukup, kena 3 bungkus baru perut happy hahahhaha dasar kuat makan memang tak reti malu.
Yang Julia minum ni suami yang order, Coconut Shake Original Speacial aummmmm, time ni rasa sedap hoiii, sampai ke urat saraf aku dok rasa, nikmat betul. Tu tangan tecik tu tangan Qaiser ilman la dok jeles umi dia mengadap air coconut shake hahahhaha saje kan nak sabotaj gambar umi kikiki.

Nak tau harga pi tengok gambar atas sekali dah tercatat, murah sangat, aiskrim tu besar betul, puas hati la dapat minum kt kedai dia, julia tak nak drive thru sebab first time datang nak juga rasa macam mana menikmati di kedai sebenar, makin lama makin ramai orang, bangsa Cina dan India pun ramai datang sini. Wowwwww!
Husband tersayang sedang melayani anaknya Qaiser ilman pun sakan dok menikmati coconut shake, budak tu baru umur 3 tahun, dah pandai minum coconut shake, hihihihi. Okey puas hati nanti kami mai lagi ye. Wajib!

BUSTEL Hotel
Perut dah kenyang hati manyak happy, apa lagi pi terus ke depan lihat satu perkarangan di pantai klebang ada hotel Bustel. Suami julia memang saje bawa sini sebab nak tunjuk betapa banyak bas-bas lama dijadikan sebagai hotel, wowwwwwwww menarik. Tapi cuaca kt sini panas berdeting, kalau korang jenis tak kesah boleh la book sini. Lain dari yang lain.

Jambu ye aku semua kaler aku pakai hahahha besday juju kena meriah kang orang tak nampak aku naya hahahhahahha
Angin pantai klebang kuat sangat, senget dah model Bustel hahahhaha

Alamat:
Klebang Original Coconut Shake,
Lot 130, Solok Kampung Bahagia,
Klebang Besar, 75250,
Melaka

013-399 4061

10 comments:

  1. err...err..akak tak pernah rase coconut shake tu lagi..

    ReplyDelete
  2. huaaaaa nangis tengok coconut shake tu..tak penah rasa lagiiiii

    ReplyDelete
  3. akhirnyaaa dapat jugak rasa ye kak. sedapnyaaa lahaii :D

    ReplyDelete
  4. coconmut shale klebang belum pernah cuba lagi..tpi mmg fav akk la coconut shake nih

    ReplyDelete
  5. Salam. Hee biasanya ramai orang beratur nak beli coconut shake pantai klebang ni.

    ReplyDelete
  6. Assalam julia,
    memang kedalam kedai tuuuuuuuuuu
    seb baek ada gerai tapau dia tepi jalan so memang nampak la he3

    ReplyDelete
  7. dekat sangat dah dgn kg ida ni hehehhehee.. tiap kali balik kg ida pekene shake shake ni hehehhehe

    ReplyDelete
  8. Famous betul coconut shake ni, saya pun hari tu usaha cari walaupun datang melaka sehari aje, nak juga merasa kesedapan air nya ni hihi

    ReplyDelete
  9. julia.. mmg susah nak jumpe.. tapi sebab kg fifi kat melake.. jadi tak kesah sangat.. hehe..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com