Tempat Makan Sedap dan Murah di Melaka | Asam Pedas Selera Kampung | Julia Johari
Booking.com

Tempat Makan Sedap dan Murah di Melaka | Asam Pedas Selera Kampung

Kali ini entry fresh nak cerita tempat makan sedap dan murah di Melaka. Birthday treat julia kali ini sangat santai, tiada lawatan ke tempat menarik sebab sebelum ini julia sudah melancong ke semua destinasi Melaka. So kunjungan kali ini adalah makan dan berehat sahaja. Melaka, sebut sahaja Melaka pastinya terbayang keagungan Asam Pedas yang jadi fenomena utama bila berkunjung disini. Suami dah banyak kali makan disini dan tauke kedai ini pun pagi-pagi dah menerpa ucap salam dan sembang seperti kawan lama yang dah lama tak bertemu.

Bagi julia yang pertama kali berkunjung ke restoran ini, first impression "Bersihnya!" Itu yang pertama kali saya lihat. Kami sampai jam 9.00 pagi, sudah tersiap sedia masakan asam pedas selera kampung yang menjadi pujaan masyarakat setempat untuk menikmati seawal pagi. Hebat kan, pagi-pagi dah boleh makan asam pedas hihi inilah kedainya.

Sekilas jelingan melihat sudut deko kedai ini, nyata tauke kedai ini bijak susun atur hias kedainya, ternampak cenderamata dari segmen Jalan-jalan Cari Makan dan Singgah Sahur TV3, wahhh bukan calang-calang restoren biasa, sudah popular di kaca TV. Ramai yang berkunjung di gerainya, ermmmmmm bauuu masakan asam pedas mula menusuk ke dalam hidung memanggil julia untuk terus duduk menanti hidangan yeah!

Asam Pedas Ikan Tengiri
Fresh sungguh! 
Tak terkata rasanya, kuahnya pekat, likat, sesedap rasa, tak berapa pedas dan sesuai untuk anak-anak sebaya Qaiser ilman 3 tahun menikmati asam pedas. Ini baru mesra customer, sebab anak2 pun boleh makan asam pedas. 

Yeahhh! Jom lihat menu lain yang diambil, konsep layan diri ye.







Kami bertiga kalau travel memang suka brunch (makan pagi + tengahari) sekaligus, dari situ jimat duit belanja. Lihat suami, tak pandang kiri kanan dah, makan dengan khusyuk, selera sungguh! hihihi

Kata kat orang, diri sendiri pun tak sedar, makan bertalu2, nasi tak tambah ye, banyak ratah lauk sebab nak menikmati betapa dasyatnya penangan asam pedas disini. Pujian berkali2 depan suami, nak datang lagi, nak datang lagi. Allah, sedap hirup kuah asam pedas panas2 waktu pagi sejuk2 tau, rasa macam orang baru hahahhahahha melampau kosa kata aku.
Kan julia dah bagi tau, Qaiser ilman yang baru nak menginjak 3 tahun ni pun pertama kali menikmati Asam Pedas ni tau, bersungguh dia makan, bertalu-talu makan dia, lapar agaknya. Puas hati lihat anak pun suka.
Jikalau anda ke sini, cubalah rasa sendiri ye, tekak orang lain-lain kan, tapi tekak kami satu family cakap terbaik. Alhamdulilah, harga bawah RM50 untuk dishes simple 3 orang makan. Berbaloi. :)

Alamat:
Asam Pedas Selera Kampung
No.G2, Jalan PM 3, Mahkota Square, 
Bandar Hilir, 75000, Melaka

9 comments:

  1. kecur air liur tengok asam pedas. hahahah

    ReplyDelete
  2. ju.. sopan je makan... hihihih
    iolls dah selalu makan asam pedas melaka. nenek orang melaka... hihihi

    ReplyDelete
  3. Sedapnya tengok ikan tu. hehehe. Anak pun eksaited minum.

    ReplyDelete
  4. ari tu waktu p sana kedai tu tutup...terpaksa g kedai lain...huhuhu

    ReplyDelete
  5. Farah pn pernah review psl tmpt nie..hehehe

    ReplyDelete
  6. tak pernah makan asam pedas dekat kedai.. :( ummi kite orang melake.. abah pon orang melake.. jadi nak makan.. minta je mak baru masakkan.. hehe..

    ReplyDelete
  7. tak pernah makan asam pedas dekat kedai.. :( ummi kite orang melake.. abah pon orang melake.. jadi nak makan.. minta je mak baru masakkan.. hehe..

    ReplyDelete
  8. perghhhh sedap betul rupa dia thank you tau. memang tercari cari mana nak makan asamp pedas kat melaka ni.
    Nak plan cuti hujung tahun ni

    Testimonial kulit putih melepak tanpa krim pemutih

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com