Assalam semua...mari kita sambung sedutan episod part 11 ye mengenai daya tarikan di Sabah...haaa ingat lg kan Julia pernah bg tahu ada 13 part semuanya...so pelan2 kayuh ye dok update blog...yang masih mood raya tu teruskan ye...


Mari baca tentang sejarah Jesselton Point...banyak yang perlu kita tahu serba sedikit.
Cantik kan sunset di Jesselton Point Sabah....sgt2 meruntun hati tatkala melihat keindahannya dari dekat.


Jesselton yang satu ketika dahulu berupa bandar mati tetapi kini berubah menjadi bandar raya Kota Kinabalu yang hidup, meninggalkan banyak memori indah kepada penduduk Sabah. 
Diasaskan oleh Syarikat Borneo Utara British selepas pusat pentadbirannya di Pulau Gaya musnah akibat kebakaran, Jesselton menjadi ibu negeri ketiga syarikat tersebut pada 1946 selepas Sandakan dan Kudat.
Terletak di antara bukit-bukau dan laut, ia pada mulanya dinamakan Api-Api sempena kebakaran di Pulau Gaya itu. 
Ia kemudian dinamai pula Jesselton, sempena nama Sir Charles Jessel yang ketika itu bertugas sebagai timbalan pengurus Syarikat Borneo Utara British.
Sejarah mercu tanda pembangunan Jesselton yang masih tegak hingga ke hari ini ialah Jesselton Hotel, bangunan Kastam, Hongkong and Shanghai Bank, Chartered Bank, dewan orang ramai Kota Kinabalu, panggung Capital, bangunan Pelancongan Sabah dan perkhidmatan keretapi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0818&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm#ixzz39IR2NIa6 © Utusan Melayu (M) Bhd
Nak tahu, jalan bandar utama Sabah ini semuanya sehala, selepas anda melepasi deretan kedai-kedai di waterfront Sabah, di hujung sekali anda akan jumpa Jesselton Point, kawasan pelancong2 naik bot pelancong ke sekitar 5-6 buah pulau cantik.
Yeyyy sampai dah kami pada tarikh 16 Mei 2014 :)

Dari jauh kita boleh lihat, betapa auranya meresap ke dalam jiwa...yelah kawasan bersejarah ini jika kita betul2 hayati kita boleh rasa tenaga auranya...tersergam indah kan.

Melalui deretan kawasan ini, terpampang beberapa gambar sejarah asal Jesselton Point...wah tidak terkata, benar, memori disini anda sendiri boleh rasai, ia masih seperti dulu wpun sudah berubah wajah. Suami ku dan anak menghayati aura disini...nyata ia sangat tenang sekali.

Gambar ini telah diedit sedikit...diterangkan dari biasa...nampakkan betapa cantiknya berada disini...ya Allah, dalam kelam pun kita boleh lihat keindahan ciptaan mu...matahari memancar2

Tahun 1900...begini rupanya dulu.

 Tahun 1940 selepas perang dunia kedua...Allah...teruk kan tengok.

Kini, 16 Mei 2014 cantiknya...ada bot2 pelancong dan beberapa bangunan sedang didirikan sekitarnya...angin sepoi2 bayu laut meresap dalam jiwa...sungguh jatuh cinta!

Suami ku dan anak ku berdiri membelakangi kawasan tempat beli tiket utk ke pulau-pulau sekitar Sabah, tapi kami hanya survey sahaja...belum masa sesuai nak bawa anak kecil ku melewati kawasan pulau...nanti tunggu besar kami sure datang lagi.

Deretan kawasan belian tiket...

Cantik gambar ini kan...if nak tau pesta Kaamatan ini akan berlangsung tak lama lg dalam bulan Mei...tp kami saje dtg awal nak tgk persiapan mereka.

Cun kan tempat telefon lama ni...merah!

Sebelum balik ke hotel Manja, tuan tanah nak peace kt korang...korang datang la sini ye...selongkar sejarah dan keindahan dunia Sabah, sampai sekarang mimpi lagi nak ke sana, nak melewati pulau2 cantik...

Tunggu Part 12...cerita si Ikan Masin di Pasar Kering Sabah...tunggguuuuuuu tau, sebab julia banyak snap ikan masin hahahhaha ^_^

8 Comments

  1. nnt datang boleh naik bot ke pulau pulak.. :D

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya diucapkan ;-) teruskan berkongsi ya dengan pengalaman dan cerita baru..baru dapat info lebih skit kan.. ;-) memang indah betui

    ReplyDelete
  3. kalau dpt gi pulau2 mesti lg best sbb pulau2 kt sabah cantik2..nnt qi dh bsr blh repeat lg..

    ReplyDelete
  4. Seronok tgok ju..
    Mmg nmpk keindahan sabah tru this entry.
    Subhanallah!

    ReplyDelete
  5. Siapa pun akan nampak keindahan Sabah tu Ju. Tambah lagi sekarang banyak yg dibangunkan - memang cantik.

    Selamat Hari Raya & maaf zahir batin dari kakak.

    ReplyDelete
  6. kenapa I tak pergi ke tempat ni last time when I was there??? huwaaaa kena ajak abang nizam repeat lagi ke Sabah nampaknya ni..

    Juju.. cantik plak juju pose kat sebelah kuku kaki yang berkaler2 tu hehehe

    ReplyDelete
  7. Pernah sampai dah kat sini.. tempat dia mmg cantik k.. =D

    ReplyDelete
  8. dulu mase kerje sane.. petang2 selalu lepak kat situ.. tgk matahari.. julia.. kk best sangat.. macam pekan sibuk yang tenang..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)