Ini Baru Raya | Open House Gombak | Part 5 | Julia Johari
Booking.com

Ini Baru Raya | Open House Gombak | Part 5

Yeyy, paling best bila kita cerita family raya kita sendiri kan hehhe, now my mama dan abah buat kecil-kecilan open house untuk family terdekat sahaja di Kuala Lumpur. Seronok setahun sekali berkumpul macam ini, suatu perasaan yang tak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Semua dishes my abah dan mama yang masak, memang 100% diorang masak, seronok!


Inilah dia gambar Big Family sebelah abah.
(Pak Teh, Mak Teh, Nina dan sefamily, Maksu dan Paksu sefamily, Izwan dan Amanda sefamily, dan Julia dan Habibullah sefamily)

(My Abah (baju hitam berkain pelikat sempoi my abah hahaha), Kak Intan Nazrah Johari (kakak sulung saya) dan Abg Shafrial (abg ipar) serta anak-anak, Abg Zamri dan isteri serta anak-anak (sepupu) )
Seronok!

Ini gelagat my mama, cantik berseri pakai baju raya dan tudung raya julia hadiahkan untuk mama, macam warna tema blog julia kan hehehhe, cun mama saya tau, always!
My mama dok sibuk sediakan lauk-lauk atas meja utama, kami adik beradik susun atur sikit2 hehehe
Menu Homemade by Abah & Mama
- Nasi Tomato
- Ayam Masak Kicap Speacial
- Sup Kaki Tulang Lembu (beli khas dari Kuantan)
- Ayam Goreng
- Sayur Goreng Campur
- Gulai Ayam 
- Sambal Tumis Petai dan Ikan Bilis
- Buah Tembikai
- Kek Pandan Span
- Pelbagai Air Gas dan sky juice

Jom tengok gelagat big family abah datang beraya :)

My mama tengah menyuap Mak Teh makan nasi tomato...murni sungguh hati mama suapkan kakak ipar dia makan masakannya...harap nanti daku jaga mama sampai bila2 mcm ini amin. Pak Teh sedang menjamu selera...yum yum :)

Maksu (tudung biru) bersama Paksu (baju kuning) tengah menjamu selera nasi tomato dan lauk pauk...makan sampai kenyang2 ye, Nina berbaju hijau lumut(sepupu) anak kepada Pak Teh dan Mak teh enjoy makan masakan pak lang dan maklangnya...my mama kemain seronok tau tengok family besar makan ramai2, sampai dia sibuk suh tambah nasi tomato hehehe  :)


Inilah dia homemade dishes mama dan abah Julia masak, tabik spring kt my parents sebab dia orang masak dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan, ari tu julia ada suggest nak sponsor catering je, tak nak menyusahkan diorang masak penat kan, tapi my Abah dan Mama pesan, masak sendiri lagi sedap, penat tapi berbaloi julia, okey lah okey la...so anak dia pasrah je la...yg penting diorang happy kan ngeeeee

Tudia, seperiuk besaq sup tulang kaki lembu mama masak...makan puas2 hehehe

Mana Qaiser ilman si anak Julia tu?
Tuuuuu dia dok sakan main kt luaq umah tok nenek dia...ish ish ish dok pegang batang paip tu nak lepuk sapa tak tau hehhehe

Lepas dah kenyang, panggil maksu dok begambaq kt luar rumah abah mama...heheh mcm2 gelagat si Qi ni kan ada je perangai comel dia buat hehehhe layankan aje.

Yeyyyyyy! Terima kasih abah dan mama serta family2 lain yang turut memeriahkan majlis open house raya abah dan mama. 

Syok kan raya...raya kan sebulan...tunggu cerita raya seterusnya...Part 6 Open House Raya Parlimen Malaysia....tungguuu!

14 comments:

  1. Meriahnya ju..
    Besar fmily ju...
    Yg syok sbb msk sndiri tu yg best!

    ReplyDelete
  2. makan... huhuhuu sakit jiwa aku nak menahan diri dari makan ni ju...

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaaaa makanan..menyelerakan je

    ReplyDelete
  4. kat mana la umah mak ju ni ek? tak dapat bayang..huhu

    ReplyDelete
  5. Nak tabik spring jugak la kat mama & abah Julia...hebat la diaorang masak...patut la Julia pon terror masak kan!

    ReplyDelete
  6. hamboii meriahnya ju.makanan pun best.
    tak tahan tgk sup tulang bergolek2 tu.

    ReplyDelete
  7. meriahnya raya ..best tgk berkumpul ginikan :)

    ReplyDelete
  8. Wah mmg meriah betul raya jue.. makanan semua pn nampak sedap2...=D

    ReplyDelete
  9. jelesnya sis tengok.. kemain meriah open house rumah parent Juju..
    nxt time buat lah macam ni kat rumah Juju bleh sis datang.. hehehe

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Booking.com