Ligat pilih warna tema, merah ni cantik kan?

Tinggal dua minggu sahaja lagi Syawal 2021 kan menjelma. Walaupun suasana masih lagi tidak boleh merentas negeri atas faktor COVID-19, jangan biarkan hari raya kita suram ya kawan-kawan. 

Kita kena ceriakan hari gemilang kita bersama suami, anak-anak dan bagi yang bujang tu cari rakan-rakan untuk sama-sama merayakan di Aidilfitri okey.

Petang semalam selepas balik kerja jam 4 petang, goverment sector kan boleh balik awal sempena bulan Ramadan jadinya juju mesej suami untuk survey baju raya anak kami dan baju raya kami juga tau.

Pilihan tempat cari baju raya 2021
Tema warna memang random je. Kami survey di Pasaraya Hari-Hari di kawasan Chowkit Kuala Lumpur sebab dekat dengan rumah dan pejabat juju. 

Sejak akhir-akhir ini, ramai kawan-kawan juju sendiri berkongsi di muka buku Facebook mahupun di Instagram tentang promosi Pasaraya Hari-Hari.

Nampak menarik pula design diorang, tu yang tak menyabor terus terjah lepas balik kerja, ajak husband dan anak jumpa kat kedai tu terus dari rumah. Haha! 😂

Kat situ ada 2 buah Pasaraya Hari-Hari tau, parking berbayar ada disediakan di kawasan berdekatan. Tak adalah nanti kena towing dengan DBKL haha. Ingat tau, parking ada je cuma kena pergi waktu dan masa kurang sesak. 
Waktu ini ramai orang pulang ke rumah nak beli juadah berbuka puasa, kami lawan arus, memang dalam kedai tak ramai orang. Puas hati survey.

Setiap tahun, anak juju si Abg Qi mesti wajib beli songkok baru. Budak ni membesar saban tahun, jadi mula-mula ingat kat sini tak ada songkok...rupanya sangkaan aku meleset, adalah! Kualiti pun elok dan segak!! Harga bajet tapi nampak smart, okey ambil dua. 


Sampai je ruangan ini, mata aku tiba-tiba jadi rabun warna. Maksud juju, warna semua cantik-cantik dan design pun jenis minimalis dan tak terlalu sarat. Haaa, juju suka tau jenis ringkas dan boleh digayakan ke pejabat tau jadinya tak adalah berlaku pembaziran. 

Pening nak pilih, semua cantik. 
Paling cantik di mata juju dua ni, kiri ke kanan, kiri ke kanan hahahha

Suasana fitting, bukan main punya lama kami test semua koleksi design dan size. 
Akhirnya....

Tadaaaaaa!!!!!
Tanya suami, tanya anak, tanya juju kami sepakat ambil warna ni. Warna seakan red velvet.
Warna ini belum pernah lagi kami pakai. Bukan marron tau, ni warna mcm warna karat mcm campur merah gelap sikit. Gituuu....nice!

Ini size terkini Abg Qi semalam, size 36 dan harga yang dipaparkan agak munasabah. Tak mahal dan kain dia kualiti sejuk serta seakan velvet gitu...ouchhhh! 

Smart la anak juju pakai di pagi raya nanti...nanti juju share di FB dan IG kami gayakan baju raya hari-hari okey. 
Masa untuk bayar, nanti korang dapat sampul raya cute dari Hari-Hari tau. Comel je, boleh la bagi duit raya dekat anak buah nanti guna sampul raya cantik dari Hari-Hari. 

Jangan lupa, kalau ke Pasaraya Hari-Hari berdekatan anda & grab promo ni tau:
  • Dapatkan free gift sampul hari raya untuk pembelian RM100 dan ke atas bermula 23 April 2021
  • Free gift beg purple untuk pembelian RM200 dan ke atas bermula 23 April 2021
  • Boleh juga buat pembelian online di www.ehari.com atau shoppe Hari-Hari dan nikmati diskaun sebanyak 15%
Best tak? Store locater Pasaraya Hari-Hari yang terkini sekarang berjumlah 85 buah cawangan dah tau, dengar kata akan dibuka 5 lagi cawangan di Klang, Kajang, Tampin, Bukit Mertajam dan Kedah pada tahun ini. Rujuk sini untuk ketahui cawangan terdekat anda 👉 Store Locater

Dah la baju cantik, harga murah lepas tu dapat bermacam free gift. Layanan pun istimewa dari team sales hari-hari, macam nak pi lagi la minggu ni, nak cari kelengkapan raya untuk mama & abah juju pulak. 

Aaaajommmm kita ke Pasaraya Hari-Hari sekarang, kita raya sakan tahun ini okey !!!

Untuk maklumat lanjut layari sebarang promo terkini di bawah.

3 Comments

  1. Ouh boleh dapat free sampul untuk duit raya dengan pembelian RM100 sahaja? Bagus ni.

    ReplyDelete
  2. berbaloi shopping kat hari2 lengkap satu family,senang keje

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)