Percutian tak dirancang langsung, jom ke Genting Highlands dan ke Bentong pekena lemang kita!

by - Tuesday, February 04, 2020

Bulan Januari penuh shortvacay tak sempat pun sembang dalam blog, terus masuk bulan Februari 2020 sambung lagi shortvacay haha. Serius wei, short vacay kita orang ni hanya hari Sabtu Ahad, kalau ada cuti umum lagi dasyat shortvacay tu entah ke mana-mana merayap ke negeri orang. Semua dalam Malaysia je, jimat dan elak penyakit viral luar negara tu. 

Aku nak kongsi satu kenangan, tepat tarikh 1 Februari 2020...
Kami bangun pagi macam biasa, terus ajak Abg Qi dan suami ke kolam renang bawah rumah. Lama betul tak berenang, menyelam dan main main dengan Abg Qi. Semua mandi, bersihkan badan baru pakai baju renang. 

Dekat sejam juga kami berenang, penat tapi badan segar bugar. Ibarat macam kembang habis urat. Terus jadi semangat, perut berkeroncong. 

Mandi bersih-bersih, pakai baju dan terus ke bawah rumah. Ehh! Sekali tengok Tealive francais baru dah buka. 
Kebetulan juju memang dah lama craving nak minum air kegemaran. Beli lah 3 terus sorang satu, sekali owner tu ajak masuk ke dalam. Ada jamuan kecil pembukaan, langkah kanan! Dapat makan pelbagai jenis dessert. Sejam gak lepak makan minum semua, pastu naik kereta gerak ke mana?

Suami ajak ke Bentong, Pahang. 
Aah awak, semua on the spot. Katanya teringin nak makan lemang To'Ki. Seusai sampai je, nampak dari jauh kereta penuh di tepi jalan. 


Rezeki kami, dapat parking betul depan banner kedai siap tak payah tunggu lama, ada orang nak mengundur kereta. Kami senyum simpul, rezeki lagi.

Sedap, kenyang! Kami raya awal hehe. 

Oh lupa nak cakap.
Sebelum sampai sini kami singgah kat Petronas. Isi minyak, topup TouchnGo, lepas tu saje kami bertiga singgah booth Petronas. Kami di jamu dengan air kopi terbaru dan di beri free gift bermacam jenis barang antaranya kopi dan beberapa makanan. 
Langkah kanan sungguh, sebab kami tengok tak semua orang pun dia beri. Kiranya kami antara yang beruntung lah haha. Alhamdulilah.

Sambung balik cerita lemang, lepas pekena lemang sama kambing bakar sedap tu cicah air asam tu terus kami ke masjid berdekatan tunai solat Zohor. 

Sambung jalan ke Genting Highlands.
Semua secara spontan, layanlah kami angin sejuk Genting sepanjang perjalanan mendaki sambil makan buah berangan bakar. Sedap lemak manis, lama tak makan buah tu.

Kami parking kereta di GPO, sejam pertama di kenakan caj RM3, seingat julia bila balik hanya bayar berbelas sahaja. Kalau seharian parking dekat 23 ke lebih rasanya. Masih murah dan kereta selamat. 

Tak jalan ke GPO dulu...
Terus beli tiket naik Sky Awana, semua teruja tengok Gondola. Hahaha, macam jakun. Lama kot tak naik, rindu, mujurlah dekat dengan KL. Dapat naik pecahkan rasa rindu. Buat Abg Qi, ini pengalaman pertama dia. Dulu ke Langkawi tak naik pun sebab masa tu dia masih kecil sangat, risau dia menjerit sepanjang naik Gondola hahahha. 

Tiket naik gondola kami beli pergi dan balik.
RM16 rasanya seorang, masih murah dan berbaloi. Masa ini kami naik gondola tak perlu berbaris panjang. Orang tak ramai langsung, kami naik gondola pergi dan balik hanya bertiga. Tak ada kongsi dengan orang lain. Padahal baru lepas perayaan CNY tau, rata-rata masih pakai mask. 

Kami pakai sanitizer, mask kain tu entah mana Abg Qi campak kat rumah tak jumpa haha. tawakal je lah. 

Sebelum naik gondola kami kena cek suhu badan oleh beberapa pegawai, dua kali cek tau. Alhamdulilah semua lepas, sihat. Syukur! Yelah musim nCov tu kan, kena berjaga-jaga. 

Rupanya Abg Qi...
Dia penakut naik Gondola. Siap suruh umi dia diam tau, nak fokus naik gondola (skyway) tu hahahaha, okey video dia aku dah snap letak dalam YouTube, korang boleh tonton sini.
[Video]
Skytropolis
Kat sini besar betul taman tema indoor dia, berbezalah beberapa tahun lepas suasana Genting. Sekarang dah macam-macam ada tau, siap ada food court dan kedai outlet seperti Watson, Family Mart dan bermacam lagi. Kira senang lah nak makan, nak cari barang kat farmasi kalau sejuk-sejuk ni ada keperluan. 

Layan mainan dalam skytropolis, salah satunya kami naik train sama-sama dalam Madras Lane. Ingatkan dalam ni hanya ada juala sahaja, rupanya kami ditemukan dengan maskot Dinasour yang sangat comel. 

Madras Lane
Lepas tu kami nampak ada ramai orang berbaris naik train kecil. Apa lagi kami pun berbaris la, tak sampai beberapa saat kami di beri fast lane sebab tengok Abg Qi. Untung lah siapa ada anak kecil, Abg Qi umur 7 tahun 5 bulan masa ini pun kami masih lagi diberi keistimewaan untuk naik dulu berbanding orang lain yang tak ada anak kecil.

Rezeki lagi, tengok! 

Macam-macam aksi kartun sepanjang dalam train kami dapat tengok. Berwarna warni. Anak-anak lah suka, orang dewasa macam kami pun dapat keseronokkan berganda hihi.

Puas main dalam Skytropolis & Madras Lane terus cari di mananya terletak Starlight Carnival.

Starlight Carnival
Rupanya kena turun escalator nak ke situ tau. Tapi nasib badan, waktu ini kabus teramatlah tebal, siap pakej hujan renyai lagi. So lain kalilah dapat nak tengok hehe janji dah sampai betul tak. 
Sangat berkabus tebal, sungguh sejuk. Memang tak bawa baju sejuk atau blazer, semuakan tak di rancang haha. So layanlah kabus sepuasnya. 

Genting Premium Outlet (GPO)
Turun dari gondola, terus melawat ke semua outlet GPO. Ini kali kedua julia ke GPO tau. Kali ini tak beli apa pun, sebab bukan waktu sale dia. Jadilah window shopping. 

Dari pagi sampai ke malam, seharian berjalan. Kaki tu dah mintak nyawa nak berehat hahaha, memang membakar kalori sambil sambung makan hahaha, kami bertiga ni jalan-jalan dalam Malaysia pun jadi. Serius, balik ke rumah terus bersihkan badan, solat dan terus tidur. Memang lena sangat jadinya tau haha.

Okey, next story nak cerita pasal penjelajahan kami ke Lumut, menginap di Marina Island, melihat panorama indah di Rockbund serta singgah ke Menara Condong, Teluk Intan Perak. Singgah ke Menara Condong adalah pengalaman pertama kali kami bertiga. Kalau Lumut, Perak tu dah terjah banyak kali dah, saje pi kali ini ada suasana menarik di waktu malam kat sana. 

Tunggu julia update kisah jalan-jalan lagi. Bye!

You May Also Like

5 Komen Sini [Click]

  1. syok qi jln2 ke genting naik gondola..akak pi genting lama dh tk naik cable car....lemakng tok'ki tu tk smp lg...tringin gk nk rasa ..slalu tgk kwn2 rmi update mkn situ

    ReplyDelete
  2. Banyak betul that pergi. Jalan-jalan Malaysia memang seronok. Teringat masa kecil-kecil jalan-jalan nail kereta lalu Pahang, Terengganu dan Kelantan.

    ReplyDelete
  3. wah best..rumah x jauh kan dengan gh,, untunglah.. un teringin lemang to ki tu..nampak best je

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa juju
    lama dah xpergi genting
    rindu suasana sejuk2 berasap tu haaaaa

    ReplyDelete
  5. Akak kalau cuti suka duduk rumah aje. seronok tengok juju bawa abg q jalan jalan.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense