Sedekah tak sampai

by - Monday, November 18, 2019

Kredit gambar: Google image

Allah! Detus dalam hati juju...
Tengah mengunyah bersungguh Char Kuew Tiau, sekali mata terpanah pada seseorang. Sampaikan panahan itu padu, tepat dan tak boleh dijeling sekali pun.

Seorang wanita, berumur, mengemis sambil memegang selonggokkan tisu. Dia menghela nafas panjang setelah meminum segelas air kosong yang dibeli di restoran berkenaan. 

Macam mana aku tahu air kosong?
Sebab cawannya sangat transparent, nampak dia sangat kepenatan, entah makan atau tidak.

Dari tadi aku makan laju sebab kelaparan malam hari, terus jadi kenyang serta merta. 
Mata seakan masuk habuk, bayangkan kedai tu penuh dengan puluhan pelanggan sedang asyik menjamu selera, tapi Allah mengusik hati kecil ku...pun berkata...dia sudah makan ke?

Benar-benar nampak dia kenyang dengan air masak sahaja, habis air tu diminum, dan dia meletakkan perlahan-lahan cawan tu kembali di salah satu meja pelanggan sangat perlahan-lahan, nampak kepenatan teramat sangat. Jalannya sangat perlahan, sangat berhati-hati, sangat uzur, masih bekerja demi mencari sesuap nasi...

Aku yang dari tadi mengusik lengan suami di sebelah,"Abg, lihat tu, entah makan ke belum kakak tu Abg, sebab dari tadi julia tengok dia minum air kosong tu bersungguh-sungguh, macam dapat minuman mahal sekali dia hadap habis, penat betul gayanya, muka agak sugul, tiada senyuman, hanya terbit wajahnya penuh kepayahan hidup".

Ya terbantut terus nafsu nak teruskan makan.
Aku cadang segera dekat suami, untuk belikan nasi lemak telur mata panas-panas dekat dia, bingkas bangun dari tempat duduk, senyap2 berbaris, kebetulan baris panjang pula tika itu.

Aku berdengus lagi, Allah, permudahkanlah jalan ini YA Allah! (itu doakan ku dalam diam)

Mata dari tadi tak henti-henti mengikut ke mana sahaja wanita pengemis tu pergi, dia pergi ke suatu lorong gelap belakang kedai...Allah lagi aku cakap, terus rasa nak lompat dalam kedai nak isi sendiri nasi lemak tu tau.

Aku pandang suami dari jauh, dia bagi signal anak mata yang wanita berkenaan ke lorong gelap berkenaan, sama seperti aku pandang tanpa sesaat dari pandangan. 

Sampai dah bayar, aku terus pecut lari....ye lari!
Kau rasa? Mesti orang sekeliling pelik, apa yang aku lari sangat berkejar tu...

Sekali lagi ujian aku lalui....nasi lemak panas telur mata masih erat aku pegang...aku berdoa sepanjang jalan. Aku besarkan anak mata lagi, lihat setiap orang dalam kedai belakang, sifat malu hilang, yang aku tahu, aku nak jumpa kakak si pengemis tadi. 

Kakak! Dimana kakak berada, tolong munculkan diri...(dengus hati kecilku)

Dalam lorong gelap berkenaan, aku membesarkan biji anak mata, aku lap mata dengan jari jemari, aku berdoa. Allah pertemukan aku sekali dengan wanita berkenaan Allah...dimanakah dia, hilang sekelip mata...tetiba mata aku berair, menyeka penuh anak mata, terasa mata kabur.

Aku cuba intai ke semua kedai di sekitarnya...tiada!

Aku intai anak-anak tangga kedai depan dan belakang...tiada!

Dua kali aku ulang alik, tengok restoran aku makan tadi...tiada!

Aku patah balik...
masuk restoran berdekatan, masih erat pegang nasi lemak panas....tiada...tapi mata-mata manusia kepelikan melihat aku atas bawah, mesti mereka berkata dalam hati, siapakah gerangan aku cari sebenarnya...

Aku patah balik, mencari suami semula...nampak bayangan dari jauh...suami dan Abg Qi melambai-lambai tangan di dalam lorong gelap, suami berkata, jom kita naik kereta, pusing sekitar sini, mesti kakak tu ada sekitar sini, dia jual tisu, mesti dia sambung balik menjual.

Aku mengiyakan kata suami...tapi mata aku tak putus melihat lorong gelap tu semula...

Dimanakah kakak! Allah tolong Allah...aku melihat raut wajah dan fizikal kakak tersebut seperti seusia ibu ku sendiri...aku sebak melihat seorang wanita minum secawan air masak dengan sepenuh hati, hanya mengintai pandangan jauh lauk sedap-sedap pelanggan sekitar...serius jiwa aku sangat terusik! 

Kami pusing sekitar deretan kedai di kawasan berkenaan bukan dua kali...

Tapi TIGA KALI...setiap pusingan aku berdoa depan suami dan Abg Qi...Allah pertemukan dia sekali dengan ku Ya Allah!

Golekan tayar kereta sangat perlahan, semacam mengintai-intai jadi perisik.

Suami sambil memandu, intai deretan kedai banyak di sebelah kanan, aku intai sebelah kiri, Abg Qi intai dari belakang kereta.

TAPI....Sedekah ku tidak kesampaian.

Aku masih menjinjit erat nasi lemak panas telur mata, tiba-tiba air mata laju turun...arghhhhhhhhhhhh sudah! 😭😭😭

Bukan rezeki kakak tu, bukan rezeki aku...
Sampaikan suami bagi pandangan dan nasihat, katanya, jom kita sedekah kawasan sekitar kot ada orang yang memerlukan...

Tiada!
Entah kenapa malam tu kami tengok kawasan bus stop, kawasan rumah, kawasan yang kita rasa ada orang gelandangan tidak pula dijumpai.

Nasi lemak panas telur mata balik rumah sendiri...
Abg Qi sempat beri jenaka, "Umi, nasi lemak ni umi simpan, esok Qaiser makan umi panaskan je"

Aku pandang tepat pada anak matanya, ketawa kami berdua dalam kereta. Haha, si kecil ini pandai mengambil hati orang tuanya adakala...

Allah, rupanya rezeki berkenaan memang rezeki anakku sendiri.
Bukan rezeki itu tertulis buat wanita berkenaan...semoga kakak yang aku maksudkan dalam keadaan sihat walafiat hendaknya...amin.

Keesokkan harinya, suami panaskan nasi lemak berkenaan dalam kuali, Abg Qi makan bersungguh-sungguh, sedap katanya.

Ya, itulah rezeki...bila lalui, baru tahu, ketentuan rezeki kalau kita usaha sekali pun kalau bukan hak orang berkenaan bukanlah, sebaliknya mungkin rezeki itu Allah balikkan kepada keluarga sendiri untuk menikmatinya terlebih dahulu...

Pembelajaran yang sangat hebat! 
Erti sedekah, korang kalau nampak rezeki untuk tambah sedekah depan mata, cepat-cepatlah ambil kesempatan, sebab zaman sekarang kita selalu fikir juta kali nak sedekah ke tidak? Sebab fikir banyaklah kita terlepas satu nikmat sedekah. Rasa ralat sangat sebenarnya aku alami dari cerita benar ini.

Terima kasih Allah, satu pengalaman dunia sedekah yang membuka mata hati, walaupun tak kesampaian tapi aku nampak suami dan anak mengikuti episod sedekah tak kesampaian sehingga ke hujung usaha. Jangan BERTANGGUH, bila kita mampu buat, terus buat. Barakallah! 

You May Also Like

8 Komen Sini [Click]

  1. Takde rezeki kakak tu kan...insyaallah ada rezeki Juju nak sedekah lagi...

    ReplyDelete
  2. Nak buat macam mana kan..dah takde rezeki kakak tu nak makan nasi lemak.
    Pandai abg Qi berjenaka dengan Umi..semoga abg Qi nanti jadi seorang yang pemurah juga ye.

    ReplyDelete
  3. Tak apalah juju m niat juju nk bersedekah tupun Allah dh catit pahala.

    ReplyDelete
  4. Allah..
    bukan rezeki kakak tu...
    Tapi insyaallah...niat juju yang baik tu pun Allah dah pandang

    ReplyDelete
  5. Allahuuuuu....segala yangberlaku pasti ada hikmah,sue boleh bayangkan macam mana juju kalut kejar...

    ReplyDelete
  6. Semoga Allah limpahkan rezeki yang lain buat kakak tu dan moga ada rezeki bertemu lagi hendaknya. Aaminn

    ReplyDelete
  7. bukan rezeki akk tu..mungkin ada rezeki lain die akan dpt..insyaallah

    ReplyDelete
  8. I am glad to be one of many visitors on this great website (:, thanks for posting. Pikdo is an Instagram Online Viewer that you can easily browse users, location, followers, hashtags, popular contents, statistics and much more.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense