Happy Birthday Abg Qi - Yey 7 Years Old

by - Tuesday, September 03, 2019

Kebetulan, bukan dirancang ye, semua walk in. Warna dinding peach dan putih sama dengan tema baju kami pakai berdua, awwww dinding cafe pun nak sambut birthday merdeka boy! 😍

31 Ogos 2019, seharian keluarga kami off media sosial, tiada line internet kecuali snap gambar dan video kemudian simpan hp sahaja. Bayangkan dari pagi sampai malam kami dengan dunia kami bertiga. Kali ini sambutan kecilan hanya kami bertiga, no orang lain. 

Seronok, walaupun keluarga kecil macam kami, kami tetap enjoy macam orang lain. Masalah pun hilang bila tatap wajah kesayangan sihat dan penuh dengan senyuman. 

Video

Sambutan ringkas di sebuah cafe yang menyajikan dessert sahaja, waktu kami sampai dalam 12 tengahari, waktu ini memang kosong cafe ni tau. Seolah-olah kami punya private event pula tau. Tenang dan sungguh menyejukkan hati.
 Tujuh tahun, 31 Ogos 2012 yang lalu pernah terfikir macam mana rupa Abg Qi bila dah 7 tahun? Oh inilah dia. Alhamdulilah sihat dan suka senyum, macam mak dia haha. 

 BFF always, dua orang ni kalau berjumpa melekat macam belangkas. Abg Qi memang menyayangi walidnya sepenuh hati. Bukan tak sayang uminya, tapi sayang seorang anak lelaki ni dia macam kita kena selongkar, dia sayang cara dia, cara orang lelaki. 


Baguslah tak mudah jual sayang tu, bila umi balik lewat siap pinjam hp walid tanya umi buat apa kat opis lama-lama kan...tu tanda dia sayang lah tu haha. 😊
 Kek walk in, senang. Juju pun suka beli kek walk in, suka hati lah hari tu rezeki kek warna apa kan haha. 

Cafe ni sedia dessert sahaja, My Kori tau kan, haa sekarang banyak dah outlet dia, suka sebab dia saji buah-buahan jenis ais didalam dan ada bermacam jenis dessert, tak adalah rasa manis sangat. Sesuai nak sambut hari jadi port macam ini. 

Nak tahu, cafe ini sangat dekat dengan rumah kami, hanya 5 minit menaiki kenderaan tadaaaa dah sampai hehe, tak sempat rasa jem pun.

Kek tu beli kat Sentul, walk in. Tak ada tempah bagai, semua murah dan ada tema robot sudah cukup buat Abg Qi gembira. 
Mohon jeles dating letops hahaha 😂😂😂

Dear Abg Qi, Ummi dan Walid selalu mendoakan Abg Qi siang dan malam. Wish umi, umi doakan selalu masa sekarang sehingga masa hadapan Abg Qi menjadi seorang pemimpin disenangi ramai orang, berakhlak mulia dan sentiasa ingat Allah. Apa pun cita-cita kita, ingat Allah. Solat jangan tinggal. Harap Abg Qi seronok ya sambut hari jadi kecilan dengan umi dan walid. 

Sekian, dari makwe seorang ibu sepanjang zaman. 😝😉💘
4 hari lagi nak fly, 3 orang sambut birthday di awan biru,di mana?
Tunggu live update Ahad ini ye. Bye! 👪

You May Also Like

9 Komen Sini [Click]

  1. alhamdulillah. tahniah dan happy birthday ^_^

    ReplyDelete
  2. seronok mkn2 dessert..happy birthday abg qi....akak aritu pn ms mkn2 anniversary meja kt tmpt sama juju ni juga...color kami aritu pn lebih kurang sedondon gk ngan wall hehe..mykori part yg buah tu mmg fav...kalau juju ada kad member, time busday dpt free dessert yg mcm roti tu..akak aritu redeem ms birthday mama akak

    ReplyDelete
  3. Wah. Abg Qi anak merdeka. Selamat hari lahir abg Qi. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak soleh serta dapat berbakti pada kedua orang tua. Amin.

    ReplyDelete
  4. happy belated birtday Abg Qi. Sama pulak birthday abang dengan Aunty.

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaaa makan dekat MyKori. Heheh. Happy Belated Birthday Abg Qi, semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat. Amin :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..

    Salam ukwah dari saya untuk anda..

    Jom follow blog saya iya seo dan

    saya sudah follow blog anda #828

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..

    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..

    Komen yang baik2 sahaja ye..

    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense