AYAM BISMI jaminan halal, segar dan suci tanpa suntikan hormon | Resipi Ayam Bismi Masak Phat Phet Siam

by - Wednesday, September 18, 2019

 Ayam Bismi senang dimasak, tak perlu basuh, hanya defrost dan terus masak. 

Assalamualikum, pernah dengar Ayam Bismi? Dari dulu lagi juju selalu baca di media sosial  pasal isu berleluasanya ayam suntik hormon (suntik antibiotik), ayam gemuk dalam masa beberapa bulan & ayam halal kah tak halal. Was-was betul tak? 

Juju terbaca Ayam Bismi ini tak disuntik dengan antibiotik langsung (suntikan hormon pembesaran), sembelihan dari orang Islam kita. Tekstur Ayam Bismi juga ada beza dengan ayam biasa yang kat pasaraya. Dia ala-ala ayam organik gitu. 

Bila diperhatikan secara dekat, ayam bismi tidak nampak berminyak, lemak tidak banyak dan bila di goreng dengan kunyit sekalipun ayam tidak kecut, tetap dalam size sebenar dan bila di makan rasa macam ayam baru sembelih tadi je. Syoknya Ayam Bismi! 

Juju dengan suami sepakat apa lagi orderlah dengan agen Ayam Bismi sampai 6 paket buat stok untuk sebulan, kami dapatkan stok Ayam Bismi melalui Tuan Haji Azahar Basteng Ghani. Bayar online je. Terus esok pagi beliau hantar depan rumah. Selesai stok barang dapur diyakini halal dan tak ragu-ragu lagi.

Nak senang kerja aku order bahagian yang memang Abg Qi dan juju & suami suka makan. Ada kepak sahaja, peha sahaja, dada sahaja dan thigh sahaja. 

Nak ayam seekor potong 9 ada, nak the whole ayam siap dengan bahagian organ macam hati dan pedal pun ada. Ini pun tak perlu basuh dan buang kotoran, bilas masak haaa gitu. 

Kenapa Anda Perlu Memilih Ayam Bismi?

Hasil bacaan umum julia di FB dan rangkaian website Ayam Bismi, ada banyak kelebihan dan pengiktirafan di beri secara telus dan dipercayai, terutama masyarakat lapisan umat Islam untuk wajib membeli dari sumber halal. 

Antara kelebihan utama Ayam Bismi ialah:
  • Di iktiraf halal oleh Jakim.
  • Mendapat Persijilan MeSTI dari KKM.
  • Tanpa suntikan.
  • Tanpa hormon.
  • Kilang penyembelihan yang telus.
  • Pemilik dan Pekerja 100% Muslim.
  • Pemotongan percuma.
  • Penghantaran percuma (t&c applied)
  • Segar, halal, berkualiti dan selamat dimakan.
  • Bebas dari antibiotik merbahaya yang diharamkan oleh KKM.
  • Makanan ayam disahkan bebas dari sisa khinzir.
  • In house Dr Veterinar khusus untuk menjaga kesihatan Ayam Bismi.  
  • Pasukan Teknikal Ladang yang mahir dan berpengalaman.
  • Visiting Dr Veterinar yang berpengalaman sebagai Konsultant Ladang Ayam Bismi.
  • Mempunyai 29 tahun pengalaman dalam menternak, memproses dan menjual ayam.
  • Ayam Bismi memproses ayam dari ladang ternakan kami.
Stok untuk sebulan.  

 Senang julia nak masak, tak payah nak buang masa banyak di dapur semata-mata nak buang lemak, nak basuh bersih, nak potong bahagi-bahagikan, sekarang tinggal nak masak terus tau. 


BONUS! Kebersihan berganda!

Selain faktor halal, juju baca di suratkhabar Utusan Online menguar-uarkan, pengeluar Ayam Bismi sangat menitik berat tentang keber­sihan di mana 10,000 ekor ayam bismi diproses de­ngan lapan tan ais setiap hari.

Pihaknya per­caya bahawa dengan menggunakan ais dalam proses membersihkan ayam tersebut dapat mengurangkan pembiakan bakteria pada haiwan tersebut seterusnya menjamin kesegaran kepada pelanggan. 

Nak standby untuk masak anytime pun senang. Sebab ayam ni dah bersih. Tinggal defrost, bilas sikit dan boleh masak. 

Paling penting kenapa aku pilih Ayam Bismi ni sebab ayam ni sahaja bila aku makan aku tak kena alergik, diyakini halal dan tak payah renyah kerja persiang buang lemak.

Bilas sikit masak terus. Hoyeyyy! 
Nak tahu juju masak resipi baru guna Ayam Bismi? Teruskan scroll dan catat ye resipi menarik dari bumi Thai. Sedap sehingga menjilat jari bila guna Ayam Bismi, halal dan suci. 
 Jangan lupa ikut hashtag di IG/FB rasmi #juliamasak

Resipi AYAM BISMI Masak Phat Phet Siam 

BAHAN - BAHANNYA 
5 keping Ayam Bismi (bahagian thigh), defrost dan bilas sekali sahaja. 
3 tangkai kacang panjang, kerat pendek, cuci dan toskan
3 helai daun limau purut
1 biji limau nipis, perah jusnya
1 camca besar sos ikan
1 sudu kecil gula kabung
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN BLEND 
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili padi hijau (terpulang kalau nak pedas)
1/2 inci kunyit hidup
1/2  inci halia (tambahan dari resipi asal)
3 batang serai, dihiris

HIASAN
Sedikit hirisan cili padi merah @ hijau dipotong bunga
Daun pandan di ikat untuk timbul bau wangi. 

CARA MEMASAK
  1. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran setengah senduk. Tumis bahan-bahan blend sehingga hancur, harum dan naik minyak, tambah sedikit lagi minyak jika tak cukup, gunakan api sederhana dan kacau sentiasa.
  2. Masukkan isi ayam, kacau rata dan masak hingga ayam kecut (kalau guna ayam bertulang, sila masukkan sedikit air dalam 1 cawan macam tu). Masukkan sos ikan, gula dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  3. Tambah kacang panjang, daun pandan dan daun limau purut, kacau dan masak hingga kacang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau nipis, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan ke dalam bekas sesuai dan hias dengan hirisan cili padi merah. Selamat mencuba!
Resipi dari Chemat memang ohsem, di tambah pula guna Ayam Bismi bertambah-tambah keluarga juju makan tau. Terima kasih Ayam Bismi, Terima kasih Chemat kongsi resipi best-best. 

Tutorial Masakan, lagi senang tonton je video julia sembang haha klik !
Jaminan Ayam Bismi Segar, Halal dan Suci. 


Untuk sebarang pertanyaan harga dan maklumat lanjut mengenai Ayam Bismi dan pengedaran kawasan korang, boleh hubungi Tuan Haji Azhar ditalian 018-200 0137 dan boleh klik link di bawah untuk butiran lanjut. 


Sekarang kami sekeluarga pilih Ayam Bismi sebagai sumber halal utama seisi keluarga. Mudah, menjimatkan masa ibu didapur, tiada lagi ragu-ragu, tiada suntikan merbahaya ayam, diyakini selamat. Syukur alhamdulilah, produk muslim yang juju cari selama ini. Barakallah! 👍

You May Also Like

14 Komen Sini [Click]

  1. Kak nina pun dah beralih ke Ayam Bismi. Memang bersih! Senang nak masak sebab dah siap cuci. Lagi bewt sebab depa hantar terus ke rumah. Jimat masa

    ReplyDelete
  2. Ngences tengok lauk Juju. Moha pun dah jadi peminat ayam Bismi. Beli banyak-banyak buat stok. Ayam Bismi best.. tekstur macam ayam kampung sikit..

    ReplyDelete
  3. Bestnyaaaa, takdak la nak was2 kalau beli ayam ni. yg best saiz ayam tak kecut lpas goreng tu laaa.

    ReplyDelete
  4. waahh! nampak sedap. nanti nak cubalah resipi ni

    ReplyDelete
  5. kat sini macam tak ada pulak Ju, nampak sedap menu Ju tu :)

    ReplyDelete
  6. tak pernah cuba lagi resepi ni kak juju. Nanti boleh try. Ayam bismi ni ada kat mana-mana je ke kak juju?

    ReplyDelete
  7. belum cuba lagi menu ni.. blh try nanti

    ReplyDelete
  8. ayam bismi nie mmg bgs. bisness org melayu kami kat utara nie mmg dh lama mkn ayam bismi.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah pun beli ayam ni. Baru-baru ni baru tau kewujudannya.

    ReplyDelete
  10. sedapnya kak oii..lapar pulak tengok ayam ni..hehee..

    ReplyDelete
  11. Kita pun dah pilih Ayam Bismi, memang segar ayamnya. Sedap resepi tu, nanti nak cubalah.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense