Tips Melancong ke Sabah: Tempah Kereta Sewa di Kota Kinabalu Sabah

by - Monday, August 05, 2019

Throwback gambar saat julia bersama keluarga melancong ke Sabah beberapa tahun lepas. Nampak tak Gunung Kinabalu dari jauh? Cantiknya!

Sudah lama rasanya julia dan keluarga tak keluar melancong tau, kami diam-diam tengah kumpul duit sebenarnya tau. Niat di hati memang nak ulang semula melancong ke Sabah sebab dah niat nak pusing pulau-pulau sekitar Sabah di Port Jesselton. 

Masa tu anak masih kecil, sekarang dah besar maka kita buka semula travelogue Sabah klik entry lepas SINI

Pengalaman lalu yang aku tak nak ulang saat bercuti ke Sabah
Ya, ke semua persediaan dari segi mental, fizikal dan kewangan adalah rangkuman yang perlu kita sediakan sebaik mungkin tau sebelum bertolak ke mana-mana destinasi. Pengalaman lepas membuatkan julia rasa terpanggil nak berkongsi dengan korang semua.

Dari segi kewangan dan barangan aku dah setkan sejak awal sebelum berlepas tau, tapi ada satu yang aku susah nak cari di carian Google, " Kereta Sewa Sabah ". 

Puas aku Google sana sini, bukan tak jumpa yang berkenan di hati, tapi kebanyakan kereta sewa di Sabah tidak mempunyai lesen perniagaan. 

Itu yang ditakuti...
Mana lah tahu aku tempah dari KL bank in deposit, sampai sana nak ambil kenderaan yang dijanjikan tiba-tiba tak kunjung tiba macam mana?

Itu sebab kami berlepas ke sana tanpa buat tempahan langsung tau tak, memang aku berdoa sampai je lapangan terbang Kota Kinabalu aku dan suami cari kereta sewa di airport Sabah, tapi bukan senang ya. 

Banyak harga yang kami tak berkenan dan tempah secara walk in memang selalunya ikut nasib, kadang-kadang kereta yang kita nak tak ada orang lain pakai. 
Jambatan gantung di kawasan Sabah ini sangat menggamit perhatian aku saat dulu, sampai sekarang aku masih ingat moment bergambar dengan mat salleh di sini haha, mat salleh yang snap gambar julia tau, lepas itu aku snap gambar diorang semula. So friendly!

Pening masa tu tau! 
Dengan anak kecil lagi nak urus, dengan kereta sewa nak cari dalam masa yang sama, dengan nak kejar masa check in hotel, memang buang masa betul masa tu. 

Yang ada sahaja tinggal kami tempah je, pejam je lah mata tengok kenderaan yang so-so servisnya hmmm nak adu macam-macam pun dah rasanya tak logik sebab tempah pun masa itu juga. Maka sejak dari itu kami tak mahu lagi ulang lagi masalah yang sama.

Ini tips yang julia nak kongsi dan memudahkan kalian untuk bergerak berjalan di sekitar Sabah. 

Tips menempah kenderaan sewa di Sabah dan dipercayai. 
Sebelum pergi bercuti di Sabah, sampai sahaja di airport Kota Kinabalu, tips pertama sekali yang korang kena pastikan buat tempahan awal ialah kereta sewa. 

Paling penting! 

Sebab apa aku cakap paling penting?

Sebab itulah kenderaan yang pertama sekali yang buat korang akan gembira sepanjang melawati dari satu tempat ke satu tempat. Perlu kenderaan yang selesa, kondusif, bersih dan pastinya harga berbaloi kan?

Aku cadangkan kalian buat tempahan kereta sewa di Kota Kinabalu Sabah dengan satu agensi sah iaitu AFS Car Rental & Tours Sdn Bhd

AFS Car Rental & Tours Sdn Bhd. 
Kenapa aku cadang dekat korang?

Kelebihan tempah kereta sewa di Sabah dengan AFS Car Rental & Tours Sdn Bhd
Hasil pantauan aku, aku tengok kadar sewaan kereta, MPV, Van dan Bas di website AFS lebih jelas dan tiada kos tersembunyi. Teruskan baca lebih lanjut tentang kelebihan yang akan kita perolehi...
  • Lesen sah perniagaan melakukan kereta sewa
Pertamanya syarikat AFS Car Rental ini ada lesen sah perniagaan menjalankan kereta sewa. Seandainya terjadi apa-apa pada kita sewaktu melancong sekitar Sabah menaiki kenderaan mereka pastinya ada bantuan segera diberikan tanpa perlu kita pening menunggu kereta gantian betul tak. 
Screenshoot: Lebih menyakinkan diri julia bila julia sendiri buat semakan dengan website MOTAC. Klik website 👉 MOTAC untuk kepastian. 

Kalau tempah dengan yang tak ada lesen silap hari bulan ada risiko bakal kita tempuhi, rosak percutian nanti. Lagi satu resit pembayaran katalah kita nak tempah dulu dengan deposit, kita bank in terus atas nama Syarikat AFS Car Rental tau bukan bank in pada akaun persendirian. Lagi double kepercayaan. 👍

  • Kadar sewa berbaloi
Lebih lama sewa, lebih murah kadar sewa yang kita dapat nikmati tau. Aku suka senarai harga melalui gambar dipaparkan dibawah sekali sebab nampak telus dan tiada sebarang hidden price. Senang untuk kita buat perancangan awal kewangan, dari nak pergi solo terus rasa nak tempah van atau bas ajak semua keluarga turut serta. 

Ehhh best boleh kumpul duit sekaligus. 

  • Testimonial pelanggan-pelanggan AFS Car Rental & Tours Sdn Bhd terdahulu 
Inilah paling teruja julia nak kongsi klik SINI, kalau kita masih ragu-ragu buatlah semakan carian di Google pengguna terdahulu yang pernah melanggan kereta sewa dengan AFS Car Rental & Tours Sdn Bhd. Contohnya seperti gambar di bawah, julia ada sertakan link kalau nak baca lebih lanjut. 

[ Klik: Sumber ]

[ Klik: Sumber ]
Ehhh dapat free gift? Wahhh best kan, eh jom Sabah bulan depan haha. 😍

  • Gantian kenderaan rosak tika menyewa
Yelah mana tahu sepanjang bersiar-siar sekitar Sabah tiba-tiba kereta pancit, van pancit atau rosak kah atau berlaku kemalangan kah, syarikat mereka sudah semestinya menjaga hak kepentingan kita dari segi gantian kenderaan segera dan sebagainya. 

Tapi mesti dalam lingkungan kawasan yang ditetapkanlah, jangan pula kita lenjan kenderaan sewa sampaikan merosakkan haa itu kita sendiri kena bertanggungjawab tau. 

Kalau tempah dengan yang tidak berlesen, aku takut nanti kalau terjadi masalah yang aku sebutkan kita melopong lah di situ, silap hari bulan tiada gantian kenderaan secepat mungkin.

Sudah buang masa sehari sebab masalah kereta rosak dan lain-lain risiko yang kita sendiri tak nak hadapi sewaktu melancong. 

Kadar sewa harian terkini, jom rancang ke Kota Kinabalu, Sabah.

Tak sabar nak melancong ke Sabah lagi, nak pi Sabah sekarang senang dah sebab dah ada rujukan utama tempahan kereta sewa di Kota Kinabalu yang jelas dan dipercayai ramai. Tak payah pening-pening, kumpul bajet berapa hari dan berlepas lah dengan hati gembira. 

Nanti aku nak kongsikan lagi keunikan pakej-pakej perlancongan AFS Car Rental & Tours ni, aku tengok kat websitenya macam ada pakej pusing pulau sekitar Sabah wahh, macam tahu-tahu je niat julia ish tak sabar lah nak kongsikan. Mesti korang pun nak juga kan tahu hehe. Yeyyyy!

Nak tahu info lanjut boleh layari link julia sertakan di bawah, selamat bercuti semua!

Alamat:
AFS CAR RENTAL & TOURS SDN BHD
H13, BLOCK H, 1st FLOOR
CYBER SQUARE, JALAN LINTAS KEPAYAN,
88300 KOTA KINABALU, SABAH
Tel: +6011-10560026
E-Mail: booking@afscarrental.com


Instagram: afscarrental

You May Also Like

8 Komen Sini [Click]

  1. thn depan or 2021 plan nyer aida & famili nak ke sabah, ju.
    5 beranak, cost flight jer da brape kan. nak kena ada bajet bebetul.
    nak holiday dgn aman dan gembira. so tak nak la ada bajet yg ciput.
    kebetulan, last few months asben aida naik gunung kinabalu.
    dia gi sorang, ju, dgn grup hiking. dpt la kami ole ole mutiara dari sabah :)
    tu yg terus dia suruh aida plan bajet ke sabah nanti.
    nanti, i will refer sini lah... penting ni, kenderaan nak ke mana2, kan...

    ReplyDelete
  2. Senang bila ade tempahan kereta sewa ni.. Takyah pening kepala.. Kereta pun dalam keadaan baik.. Jomla bercuti

    ReplyDelete
  3. bab travel ni memang kena plan awal2..kalau x memang rosaklah plan tambah kalau jauh..wah boleh tahan hrga die.murah jugak

    ReplyDelete
  4. tak pernah lagi sampai sabah, insyaallah nak jejak sana. cuma belum tiba lagi masanya. mmg xpnh terfikir nak sewa2 ni. insyallah, blog kak juju akan dijadikan rujukan . senang sbb da ada pengalaman kan? dan boleh dipecyaai

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing. Kereta sewa mmg kne perlu yg betul2 okat sbb kat sana kawasan dia luas, kereta transport utama.

    ReplyDelete
  6. thanks sharing juju. mudah kerja huda, sebab memang nak ke sabah

    ReplyDelete
  7. Best sabah ni.. Kita hujung thun ni nak ke sabah bha... Rindu sabah😍😍😍

    ReplyDelete
  8. Suka pergi Sabah. Cantik. Nak pergi selalu tapi taknak naik flight. Camne? Hurmm

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER