Best Day Ever! Jamuan makan ulang tahun perkahwinan Julia Johari ke-8 tahun 💗

by - Wednesday, July 24, 2019

Kek Mango, tema kuning nampaknya banyak mewarnai rumah termasuklah mi spagetti tu haha

Saat di uji kejadian waktu malam, sehari sebelum majlis klik SINI, aku dah whatsapp ke semua tetamu jemputan "MAJLIS BATAL". Tetiba selepas usai hantar mesej tetamu terakhir, aku kembali sebak lagi. Aku masuk tidur awal, seolah-olah merajuk dengan diri. Walhal ujian ini bukan aku seorang yang rasa, bahkan penduduk sekitarnya pun terpalit sama. 

Aku tidur sambil air mata masih menyeka di anak mata. 😞 sedihkan. Kalau bukan sebab nak rancang anjur majlis makan-makan, aku tak mungkin terasa sampai macam tu sekali. Seolah-olah perasaan tu macam lalui anak hilang tau tak. 

Bangun esok pagi, nak solat Subuh. Air masih berbaki sikit tapi agak keruh sebab dalam air takungan simpanan kami macam berkeladak air. Turun ke dapur, buka pili air. Masih kosong, hampanya rasa hati. 

Apa aku rancang dari awal seakan musnah, ya memang lah orang cakap boleh tunda Sabtu depan, tapi 2 biji kek, 2 jenis sambal, 1 kuah seperiuk besar spagetthi kena di frozenkan (tapi tak sempat frozen masih berharap hari kejadian ada magic). Tapi hati aku dah tak ada untuk hari akan datang tau tak...entah kenapa. 😖
Kek Durian pujaan ramai.

Aku termenung di jendela waktu pagi, tak dapat lelapkan mata semula. Aku tunggu sampai jam 8. Sekali aku berdoa depan pili air, "Allah jika ini harinya, kau rezekikanlah air dan permudahkanlah".

Itu aku doa....aku buka pili air...AIR DERAS MENGALIR awak!
Deras dan bukan berwarna kuning, tak berbau, malah laju.

Eh!! Tersentak aku, AKU MIMPI KE MALAM TADI sampai mesej semua tetamu majlis batal sebab masalah air?

Jemmmmm otak aku! Rupanya kawan-kawan ada mesej cakap Air Selangor sudah henti tugas untuk masalah Emergency tu. Allah! Terasa Allah berikan aku pelangi pagi tu korang.

Aku naik atas, bincang dengan suami, suami masih ragu-ragu, seakan dia punya mood sudah hilang berbanding semalam. Aku faham, dia ragu-ragu sebab takut ia sekejap je untuk beberapa jam, tapi aku yakin, jika hari ini rezeki aku, Allah mesti luaskan rezeki kami sekeluarga.

Aku bincang elok-elok dengan suami, dia setuju untuk aku jemput semula kawan-kawan seramai 15 keluarga. Bukan 15 orang ye, ini 15 keluarga punya jemputan on the same day! 

Bayangkanlah betapa kalutnya aku dengan semangat membuak kembali, aku pm seorang demi seorang, semua bagi respon dan beri galakan dekat aku supaya keep cool dan MEREKA DATANG ! 

Ya semua datang, ALLAH, rezeki kedua di kurniakan sahabat & keluarga mereka yang sporting, tahu akan masalah aku tengah hadapi. Syukur, alhamdulilah. 
Spagetthi Bolognese wajib juju masak, khas untuk anak-anak tetamu. 

Terus aku hayunkan tangan masak nasi lemak, tangan kiri panaskan sambal, tangan kanan goreng ayam, kaki aku ke sana ke mari dengan pantas. Suami dan Abg Qi terus membantu aku mop lantai, basuh bilik air tetamu dan menyusun barangan. 

Syukur Allah permudahkan urusan aku dengan bantuan 2 hero yang aku sayang. Ini juga contoh buat anak kami Abg Qi, menjamu orang makan adalah konsep sedekah yang perlu di pelajari. Bukan saje-saje anjur jamuan ulang tahun, tapi ada mesej utama aku dan suami nak tonjolkan pada Abg Qi sebenarnya ada bermacam cara untuk kita tingkatkan amalan bersedekah.

Contohnya, beli hadiah dan anjur lucky draw, biar nilainya murah tapi pastinya setiap tetamu merasa nikmat keseronokkan di layani dengan sempurna. Jangan kita harapkan hadiah dari tetamu, amalkan konsep memberi lebih baik dari menerima. 

Sambal petai pokok abah tanam, sambal sotong, ayam goreng yang di potong kecil serta set nasi lemak pandan, nasi impit dengan serunding homemade Kelantan juga ada. 

Tepat jam 12.30 hari, semua lauk pauk dan pencuci mulut sudah siap beratur di atas meja. Allah, aku nak mengalir air mata lagi, kali ini air mata gembira dan bersyukur dengan izinNya majlis jamuan makan kami dapat diadakan. BarakaAllah. 

Depan ruang tamu kami solat Zohor, sujud syukur kepada Allah kerana Dia benarkan hari ini dipermudahkan. Allah, Allah, Allah terima kasih Allah. 

Nasi lemak pandan 20 pot beras aku masak, 3 kali pusingan masak dalam rice cooker Philips. Aku suka masak nasi dalam rice cooker ni sebab ia tak ada kerak sangat, paling aku suka CEPAT MASAK. 

Aiskrim Malaysia 40 batang kami beli dekat kedai dan bekukan sendiri, air sirap pandan pun aku bancuh sendiri, gula aku cairkan 2kg cukup untuk buat ulangan. Ais suami beli pagi hari berkenaan. Leganya tengok tersusun rapi, tengah tunggu tetamu sampai jam 2 petang. 


Sebelum 15 keluarga tetamu sampai, Abg Qi sempat rakam kenangan kami berdua dengan kek sempena meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang ke-8 tahun. Siap panjat kerusi tinggi nak snap gambar umi dan walid. 

Allah, terima kasih Abg Qi sayang, gambar ini cukup sempurna, terpancar kegembiraan dan kepuasan hati umi dan walid dapat realisasikan apa yang dirancang. 
Geng mak-mak, dari 15 tetamu jemputan, 14 keluarga datang alhamdulilah.

Antaranya geng mak-mak blogger gojes yang aku kenal sudah hampir 6 tahun lamanya. Ya, memang lama dah sudah lama tak bersua. Ada rakan blogger lain dan jiran sepejabat. 

Kali terakhir aku anjur party makan tahun 2013 sewaktu Abg Qi genap umur 1 tahun di McD, Kepong. Waktu itu pun sangat meriah seganda dari jemputan ini tau. Gembira diorang semua dapat jumpa kembali yeyy. Love sangat!


Tuan rumah yang sangat gembira, tak boleh simpan senyum meleret ni sebab diorang pemanis paling berharga dalam majlis berkenaan. Diorang penyuntik semangat aku dalam diam. Terima kasih kalian. 

Meriah kan? Full house, mujur 14 keluarga dari 15 aku jemput, kalau lebih mau kena open kat luar makan haha. Anak-anak tetamu penyeri majlis, diorang sakan main beyblade dengan Abg Qi tu yang berkumpul ramai haha. 

Terima kasih jiran kesayangan, Nik dan suami serta anak-anak. Hari tu anjur jamuan raya kat rumah juju diorang outstation. Maka jemput kali kedua, baru adil kan hehe. 

Blogger kak Tati Mansur & keluarga, terima kasih kak sudi datang. Dapat hadiah lucky draw hanger tu ingat-ingat lah juju masa nak sidai kain haha. Luv u akak! 

Haaaaa, korang! Semangat bergambar, macam-macam aksi geng mak-mak bergambar tau tak hahaha, seronok tau, di mana-mana port pasti bergambar, aktiviti selepas makan haruslah bergambar non stop hehehehe. 

LUCKY DRAW!!!

Antara tetamu bertuah dapat hadiah lucky draw hehe, meriah gelak ketawa diorang dapat hadiah semua stock dapur tau. Harap korang suka walaupun murah je, janji terhibur hehe.

Juju pun ada terima sisipan hadiah istimewa dari diorg, alolololo kenapa buat juju terharu. Fridge magnet dari Kota London - Diana Dekna, Brownies cheese super moist - Siti Liyana, Keropok ikan - Nik dan Set alat bantu belajar Abg Qi - Erina. 

Terharuuu awww! 💋🥰😘

Nak balik pun bergambar dekat pagar rumah pulak hahaha, layankan aje kami semua. 😂😂😂


Apa kata tetamu jemputan... 😍😍

Haha, mereka sharing di IG story dan media sosial aaggiiituuuu.


Ada yang jelessss, ada yang kata non stop ketawa dengan juju, ini barulah party!



Ya, siapa sangka, semalam tak ada air terus pm batal, esok tu ada air, terus onz kannn, tu lah jodoh!

Yaa, terus parking VIP kan depan rumah terus kan kak DIYA dari Bandar Saujana Rawang haha tu lah tetamu pertama sampai, Anez dari Ipoh Perak plak sampai terus panas enjin happy, borak, gelak ketawanya yey!

Tepat jam 6.30 petang selesai sudah majlis kami. Syukur semua selesai, makanan pun selesai dan tak membazir, yeyyy happy to the moon and back. Aku tersenyum, suami tersenyum, abg Qi lagi puas senyum sebab seronok dapat main dengan kawan-kawan baru. 

Jutaan terima kasih kerana sporting terima jemputan kali kedua Onz party tau. Maafkan kami sekiranya ada kekurangan di sana sini. Hanya Allah dapat membalas rezeki melimpah ruah kepada kalian semua, aminnn. Mmmuahhh! 💋💋💋

Layan video live sepanjang majlis berlangsung. Klik!


Sabtu, 20 Julai 19, jam 2 petang, tarikh yang tak akan dilupakan sehingga akhir hayat aku. 
[Background video song by Afgan - Katakan Tidak.] 

Jodoh pasti bertemu, bukan setakat peneman hidup, tapi inilah peneman sahabat-sahabat tika aku susah senang, mereka mewarnai hidup aku hari itu, pelangi indah mereka bawa tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. 💗

Aku sayang korang, till jannah, janji! 
Sobs sob **Sebak 😓
Jumpa lagi !

xxx

Jom layan gambar 120 keping di bawah:
Link Gambar Jamuan klik:

You May Also Like

11 Komen Sini [Click]

  1. alhamdulillah, Ju.
    yes. setuju. better kita lebih byk memberi dari menerima. ikhlas kan :)
    menggembirakan org lain is the best feeling lah kan.
    this weekend, rumah aida bakal havoc dgn kehadiran 6 bff. diorang tido rumah aida 1 mlm.
    asben aida akan out-station demi kami, Ju :)
    da lama plan. sebab aidilfitri ari tu kami x dpt reunion, semua busy. akhirnya, weekend ni.
    in shaa Allah.
    aida dpt rasa feeling Ju tu. happy. lega.

    ReplyDelete
  2. meriah juju....seronok tetamu dtg ...dpt adiah lg...happy anniversary juju & husband...psl gangguan air time nk buat mkn2 mmg kerisauan la..dlu pernh masa gangguan air juga time tu openhouse umh mertua tp truskan jua la ..alhamdulillah smua berjln lancar walaupun air tkde

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah.. meriah jamuan. Semoga bahagia hingga ke Jannah. Fiza follow sini jugak. Salam perkenalan.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Meriah sangat tu. Ramai 15 keluarga. Seronok nya Ruby tengok.

    Ada makan2. Akak masak banyak tu. Ada lucky draw. Borak2. Syokk ;)

    Happy anniversary kak Juju dan suami. Semoga bahagia sampai jannah. Aamiin

    ReplyDelete
  5. Bagusnye juliaaaa dari zaman b2b kawen smpai skrg istiqamah dgn blog hahahah. Tlg tiup sikit semangat utk buka balik blog hahahaha.

    Anyway makanan haritu semua ku rasaaaaa. Sambal petaiiii xleh bw bincanggg hahah. Kek durian also!
    Kerepek pisang... Kuih raya haji punnnn... Eh semua la sedap hahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih my, baca komen ni buat rasa tak boleh tidur sebab rasa kembang sampai tahun depan my hahahahhaha...alhamdulilah, syukur Ya Allah, memberi apa yang juju rasakan ia terbaik dan janji ikhlas kerana Allah.

      Sayang my! :*

      Delete
  6. Happpy anniversary Kak Juju & Husband. Meriah sangat party nie.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Rezeki jujue kan... Seronok tengok semangat jujue nak masak utk tetamu2

    ReplyDelete
  8. Sekali sekala seronok buat makan² jemput family n kawan² mai makan..

    ReplyDelete
  9. Dasyat nya majlis. u masak sendiri semua lagi tabik akak.. hebat sangat.
    yang penting majlis berjalan lancar ye. ALHAMDULILAH.. anyway happy anniversary.. moda kekal hingga akhirnya.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense