Siapa cakap sibuk kerja tak boleh bercuti? Ibis Hotel Kuala Lumpur check in !

by - Friday, March 29, 2019

 Abg Qi makin jadi keabangan sangat.

Cuti sekolah seminggu dalam bulan Mac, sokmo weh sibuk dengan kerja, anak cuti sekolah mak pak Abg Qi sibuk cari rezeki. Masa mak pak free, anak plak sekolah, masa anak cuti sekolah kita pula ke sana sini terkejar-kejar dengan kerja. 

Tapi!
Haaa ada tapinya...

Siapa cakap tak boleh bercuti waktu sibuk yang amat tu....

Boleh apa, sehari semalam pun dah okey. Lenggang kangkung je bawa baju tukar sehelai. Best yang amat rupanya, tak perlu berluggage bagai tau, tak payah susah-susah nak pi negeri luar kalau waktu sibuk. Duk dalam negeri sendiri dan cari hiburan halal...pun tetap rasa macam kat luar jauh gitu...feeling tetap sama sampai, duit poket pun sama jimat tak gitu kawan-kawan? Hehe.

Ada sesetengah hotel, memang suka ikut rules check in jam 3 petang. Ya memang banyak mcm itu, tapi aku kan jenis suka belasah pi kaunter cakap nak check in jam 12 tengahari...Ada ko, siap boleh masuk awal. Kot ni rezeki family aku kot. Orang lain punya rezeki jangan samakan dengan kita punya rezeki...ingat tu. 

Ibis, sebut je Ibis dulu aku tak ambil port sangat sebab entah, belum sampai seru lagi nak menginap hotel yang jenis banyak cawangan ni...

Tetiba rasa macam nak ber ibis plak haha, yelah ritu tengok dekat Melaka ibis sana kan cantik, di KL dah siap. Apa lagi, usya lah Booking.Com laju-laju haha...

Dapat harga murah untuk satu malam, jadilah buat tukar angin.
 Ruang lobi
Nampak tak betapa cantiknya ruang legar lobi dia, rasa macam nak hangkut je meja kerusi tu semua haha #gurau. Aku kan pencinta dekorasi hotel, bila ternampak sudut hias macam ini terus letak montot tak nak bangun.

Kisahnya bagi suami check in awal haha...aku nak duduk sini tatap puas-puas ambil ilham. 

Jom usya bilik hotel.
Bantal peluk sorang satu, settle hal gaduh berebut bantal kah!

Selesa betul! Serius cakap tilam dia empuk, bantal tenggelam, tetiba aku terhanyut sekejap hahahaha, nampak tak? Siapa cakap menginap dekat KL tak seronok? Seronok tau! Alah nanti malam kita rapatkan katil, tetap dapat jadi King size haha. 

Bilik air - kami suka tatarias bilik air dia. Ruang kecil tapi dipadatkan dengan kemudahan toiletries yang memukau. Lampu cermin tu touch screen tau, ada 3 jenis lampu boleh laras. Amboi Abg Qi kemain dia testing aje. 

Sudut meja - nampak sangat elegan. Sesuai datang ke sini berehat dan update blog, mencurah idea tau. Suka benar tengok kerusi tu, nampak ada ciri moden kontemporari. Meja pun ada scandanivian design, perghh mengadap jendela, hilang semua kekusutan. 


Pencahayaan - suka konsep pencahayaan yang agak sedikit cosy, buat mata pun ehh ngantuk. Aku tak suka lampu terang benderang sangat, sakit mata. Bagi sudut pencahayaan sini win. 
Ringkas, itu sebab bilik penginapan nampak luas. Ini tipsnya, bina ruang almari minimalis, tapi cukup semua kemudahan termasuk plug pun banyak. Bantal extra pun ada, tu untuk Abg Qi hehe

Ruang jendela - cantik betul! Nyaman je rasa tau. Selalu tengok kat bawah tu orang berjalan kaki, nampak bas bawa ramai penumpang menginap kat sini. Akses jalan ke sini sangat selesa dan tak terlalu sesak pun. 

Apa pun jom makan dulu salad. Makanan sihat macam ini kita kena rajin la selalu amal. Tak selalu pun kadang-kadang pun tak apa. Demi kesihatan menjelang menuju hari tua. Senang bawa pi hotel, aku sarapan yang ini pun dah kenyang, jimat duit add on breakfast.

Kolam Dewasa - lawa betul ! Infiniti pool okey. Aku suka konsep kolam macam ini. Ada pagar untuk kolam anak-anak bermandi manda. Kalau tak ada pagar risau budak-budak ni sekelip mata masuk pool orang dewasa tau. Dalam...hati-hati. 

Kolam kanak-kanak - Ada cendawan seketui hehe, omey je kan. Kolam kanak-kanak ni just nice tak berapa dalam. Aku suka duduk baring kt kerusi malas, angin kuat sungguh. Tenang je rasa tau. 

Tuan tanah, bukan tuan si empunya hotel haha, cermin besar dalam bilik selfie lu weh. Puas dah mandi manda, jom la keluar jalan-jalan sekitar KL. Kita dinner pakai simple je janji ada manis disitu haha.

Rating hotel ke 51 - 4 bintang dari 5 bintang aku kasi markah. Walaupun tak add on sarapan, aku cukup puas hati dengan kemudahan dan servis kat sini. Ada mini mart tau kat lobi kot lah nak makan benda-benda ringan, cuma agak mahal lah sikit. Yang lain so far so good, aku tengok bilik-bilik kat sini rapat-rapat pun tetap keluasan bilik sangat luas. 

Bijak susun atur design bilik, tu tak nampak langsung ruang ni sempit, good job!

Semakin suka habiskan masa cuti tempah di Booking.Com pi hotel dekat KL, senang dan tetap namanya holiday. Sudah 51 buah hotel setakat ini aku menginap, banyak tak? Haha sudah semestinya yang okey je aku up kat blog, yang tak okey aku report dekat manager hotel terus dan sudah semestinya tak akan di up di blog settle haha. 

Selamat ke temu kembali.

You May Also Like

5 Komen Sini [Click]

  1. ibis hotel ni ada beberapa cawangan kn..syok juju bila dpt tido hotel walaupun 1 mlm kn..wah siap ada bantal peluk tu...swimmingpool pn not bad...suka la abg qi tu kan

    ReplyDelete
  2. Wahhh ju rekod mcm ni. Yt dh brp hotel duduk tah. Lupaaa hahahaha.

    ReplyDelete
  3. Betul tu Juju, short vacay satu malam im KL je pun dah ok dah janji tukar angin. Ada kolam dah cukup buat anak anak happy.

    ReplyDelete
  4. Selesanya bilik dia.. Ada pool dah cukuo dah utk percutian famoli

    ReplyDelete
  5. Ya ampun bestnya kak.. Tengok swimming pool dia

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense