Bibik-bibik hitam ku

by - Wednesday, February 20, 2019

 
Sesi meminang bibik baru haha

Ye siapa cakap julia tak ada bibik? Ada tau haha, bukan orang bibik tu, tapi bibik ni sejenis bantuan paling pantas di dapur gitu. Sejenis kena guna elektrik dan 3 dalam 1 aksi memasak aku berjalan dengan sempurna sekali.

Bibik hitam kat atas tu paling terkini aku beli. 
Hampir dekat sebulan usya. Banyak kedai dan mall tak berkenan. Sebab nak bibik black jugak. Tak nak beli online plak perangai. Sendiri pening! Husband pun taste nak gak bibik hitam, merah ke hijau ke takmo. 

Ritu kat giant RM139 ada promo Philips ni tapi hijau putih hmm sebab kat rumah bibik air fryer sama kettle hitam jadi bibik baru kena hitam gak tak kisah brand sebenarnya janji warna HITAM (#vivacollectionricecooker body jenis metal) baru mata tak sakit gituuu warna sama...peel 2019 sangat 😅

Bibik rice cooker lama dah KO! 
Wayar dia sekejap on, sekejap off stress nak masak asyik-asyik on off karan tetiba hmmm memang menggangu aktiviti memasak julia di dapur sebenarnya, geram pun ada tengah masak sambal dia off sendiri, nasi dari setengah jam masak mau jadi 40 min kena tunggu angkara wayar dia tak berapa okey dah.

Rice cooker jenama Philips
Mata aku termasuk mata suami aku jenis mata nak seragam plak tahun ini, kalau beli bibik kena ikut warna kod. Hitam campur chrome takpe, hitam semua lagi bagus. Faktor umur kot dah tak lalu nak main warna hijau, merah dan sebagainya. 

Warna hitam, warna chrome dan putih buat mata kami lebih nampak tenang, rasa selesa dan tak serabut. 

Paling syok, warna ini nampak esklusif di dapur. Bukan setakat nak memasak je kena ada mood, mata melihat bibik produk elektrik pun kena la yang kita suka baru bertambah dan berganda suka memasak. 

Pilih punya pilih, haaa dapat juga pilihan di hati periuk memasak nasi berwarna hitam, jenama Philips disukai ramai plak tu, girang sangat hati. Dapat diskaun RM50 jadi RM189 je sebuah. Tak kisah sangat pasal harga janji capai matlamat. Dia punya suka tu susah nak gambar dengan kata-kata tau, ingat senang ke nak cari warna hitam sekarang, makin susah.

Ya memang ada dekat online, tapi barangan elektrik aku memang suka tengok live sebenarnya. Tapi kalau murah sangat apa salahnya beli online, tapi aku ikut mood bab beli online ni. Kadang tu degil, nak gak cari tengok depan mata. Puas hati!

Barisan bibik hitam, aku dah beli toaster jenama Khind dekat Mydin tau, tak jadi nak beli Philips toaster haha sebab jenama Khind pun nampak okey dan cantik serta murah sikit haha nampak tak brand aku tak kisah sangat, janji capai maksud nak kumpul bibik hitam 


  1. Air Fryer - Haier
  2. Kettle - Haier
  3. TV - Haier
  4. Blender buah/smotthie - Philips
  5. Rice cooker - Philips
  6. Toaster - Khind
  7. Peti Ais - Toshiba (8 tahun berjasa masih elok, tapi dah survey jenama Haeir 4 pintu warna hitam, Ya Allah cantik gila compartment 4 pintu tu, memang tengah kumpul duit nak beli 4 pintu, tapi kena tunggu rumah siap dulu kalau muat baru beli)
  8. Mesin basuh - Panasonic, sejak kahwin pakai sudah 8 tahun (dah survey jenama LG 2in1 tau dryer&washer sekaligus senang, tapi tak ada warna hitam, hmmm tunggu je next year cam ner kot ada nak keluarkan warna hitam...senang2 cat sendiri je lah hahahaha)
  9. Aircond - Midea, sejak Abg Qi masa baru lahir beli (memang tahan lama dan lasak, aircond Midea bau udara pun rasa segar, Daikin aku tak minat sangat sebab udara dia bagi aku macam sejuk sangat, tak berapa santai macam Midea bila hirup udara macam dekat pergunungan mana je, best!)

Aku senaraikan semua ini senang, aku tau yang mana satu paling lama berjasa dan tahan lama. Sebenarnya bibik-bibik hitam ini sangat berjasa di dapur, selain nampak elegan dan nampak mahal ia banyak membantu memasak dengan cepat tanpa perlu menunggu lama. 

Mesin basuh & peti ais 4 pintu nak up to date. Sesi kumpul duit dan survey lagi sampai lebam, mau 5-6k kot amboi berangan kan percuma ! 😂😂😂

You May Also Like

5 Komen Sini [Click]

  1. Fuyoooo bibik banyak wooo hahahaha...
    Kita kalau boleh Suami semua nak cari color merah, dah dapur merah, semua benda nak merah hahahaha adeiiii

    ReplyDelete
  2. wah meriah senarai gadget juju...akak nk masuk umh br ni nk kena survey2 la

    ReplyDelete
  3. cantiknya periuk dia steel tu.Ada kaler yea? Priuk nasi juju mcm pressure cooker Ina ni kaler dia

    ReplyDelete
  4. Kok bibik2 ni di rumah gue pun ramai kihkih... Semuanya sangat rajin dan very helpful in helping me running the house :)

    Peti ais hitam 4 pintu, my wish too.

    ReplyDelete
  5. seronoknya tambah bibik ju, ingat nak tambah jugak yang pressure cooker tu..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER

adsense