Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur Usah Lepas Pandang, Mesti Kena...

by - Wednesday, October 17, 2018

Semua gambar diambil menggunakan iPhoneX. 
Gambar di upload tak payah edit. Puas hati!

Hotel lagi? Usah lepas pandang, mesti kena tempah. Kenapa kena tempah, nanti baca baru tau. Kata genius traveler hihi. Ya, pernah dengar Tamu Hotel Kuala Lumpur yang terletak berhampiran dengan Masjid Kg Bharu? Tak pernah, tak usah khuatir, teruskan membaca. 

Sudah lama aku menyimpan hasrat nak menginap di sini suatu hari nanti. Kebetulan diri sendiri pada waktu itu sedang dalam fasa kesembuhan dari sakit yang sangat lama, maka suami sendiri bercadang untuk hadiahkan penginapan ini kepada aku.

Macam mana dia tahu aku menyimpan wishlist disini? 
Dia memang boleh baca apa yang aku rancang nak buat dan dia tahu apa yang berjalan dalam otak aku sebenarnya. Seperti susah nak simpan rahsia ketat-ketat, dia boleh cium bau wishlist aku haha. Alhamdulilah, sampai juga 2 kaki aku ke sini. Barakallah.

Kelihatan Masjid Kg Bharu sangat dekat, jalan kaki pun boleh kalau menginap sini. Mula rasa di hati nanti tahun akan datang nak menginap disini nanti sebab nanti nak dekat raya ada jualan raya macam pasar malam, sebelum itu boleh tunaikan solat terawih di masjid. Seronoknya, tak sabar nak pi lagi tahun depan.

First impression Tamu Hotel & Suites Kuala Lumpur
Saat kaki melangkah, terasa ketenangannya. Bayangkan bau udara di dalam hotel ini pun sudah mencipta ketenangan dan kedamaian. Jujur kongsi okey, staf di lobi beri layanan baik sekali, tersenyum dan melayan pertanyaan julia dengan santun. Syabas! 




Sementara menunggu urusan check in, macam biasa aku lihat kawasan sekeliling. Pintu masuk utama sudah cukup memancing pandangan aku untuk terus memandang di suatu sudut. Kelihatan ada air ditepi pintu masuk, bukankah itu memberi satu elemen ketenangan dan menyejukkan mata sesiapa yang melihatnya. 😍

Abg Qi memang suka nampaknya, siap beri tanda thumbsup hehe, lihat perabotnya, minimalist design tapi sangat eksklusif. 

Sampai bilik terus terbuntang mata, wow! King size bed, sofa biru tua tu sangat on point. Aku memang suka perabot sofa yang macam tu, design yang simple tapi ada ciri mewah. 

Feature wall - aku suka betul dengan feature wall bilik ini. Warna ada bronze gitu, banyak kali aku teka jenis warna dan jenis cat digunakan. Menarik sungguh, bilik kami memang mengadap KL Tower. Jelas nampak satu bandar Kuala Lumpur. Cantik sangat. 💗

Lihat betapa besarnya bandar Kuala Lumpur dalam pandangan kami sekeluarga. 
Kalau nak ke Kg Bharu untuk menikmati pelbagai variasi makanan boleh turun ke bawah dan jalan kaki sahaja. Sangat dekat, nampak kan pintu gerbang dibawah kad hotel tu? Itulah laluan utama ke deretan restoran Kg Bharu. Macam-macam ada. 

Perabot yang sungguh ringkas, tetap ada gaya. Lihat meja tulis tu, seakan macam meja belajar je hehe, tapi banyak fungsi tau. Set coffee & tea turut disediakan untuk kita relaks badan, sepanjang masa aku di bilik sahaja, tujuan memang nak relaks. 


Kemudahan:
  • WiFi 
  • Bilik air ada pembahagi ruang shower dan ruang tatarias
  • Ruang luas
  • Peti besi
  • TV besar
  • Kolam mandi (indoor)


Tamu Hotel infiniti pool (indoor)
Cantik bukan main lagi, sangat bijak senibina hotel ini. Kalian mesti sangkakan ia berada di rooftop kan? Sebenarnya tidak, ia berada di tengah-tengah bangunan Tamu Hotel. Di bina dengan penuh gaya dan siapa sangka ia setanding seperti kolam renang hotel di luar negara.

Tak perlu risau pasal cuaca, hujan atau panas tidak lagi buat kalian rasa gusar dihati. Anak-anak boleh mandi dan kalian sendiri boleh mandi di sini walaupun cuaca hujan. Sebab ia kolam indoor (berbumbung). Ada pembahagi untuk kolam dewasa dan kanak-kanak. 😎


Sebelum mandi ambil suasana disini puas-puas, tika ini tak ramai orang. Walhal hari Sabtu, pelik juga. Mungkin ramai yang shopping masa ini. 

Kolam yang sangat panjang. Aku tak sangka panjang betul kolam ini. Memang boleh load ramai orang dalam satu-satu masa. Tersenyum je aku masa ini. Besar yang amat infiniti pool di sini, dah la cantik dengan view Kuala Lumpur. 

Permandangan sangat emas, sangat bernilai! 
Sambil berenang mata boleh direhatkan. 

Abg Qi tak sabar dah nak tukar baju mandi hehe. Lihat di hujung sekali. Nampak tak ada pembahagi, situlah kolam kanak-kanak. Ramai kanak-kanak masa ini mandi ditemani keluarga masing-masing, seronok!

KL Tower 
Beza siang dan malam, cantik teramat sangat. Boleh tonton KL tower sedang bertukar-tukar warna. Rasa macam baru sampai KL tau haha, padahal tinggal di KL pun dah rasa macam percutian jauh. 

Abg Qi kemain dia, kerusi tu sepanjang hari jadi tempat dia duduk main game dan menonton TV. Aku je sibuk tak putus-putus nak tengok bandar KL tak kira siang ke malam. Rasa macam tak mau balik rumah haha. 😂

Jom Sarapan Tamu Hotel KL
Sarapan percuma. Sedap bukan kepalang lagi, benar, sangat sedap. Nasi goreng tu betul-betul dimasak dengan penuh rasa kasih nan sayang. Cukup rasa dan perencah, sayur pun di masak dengan menjaga kualiti hidangan. 5 bintang di beri. 

Sekali lagi, mata tak henti memandang bandar KL. Di sini memang menekankan permandangan bandar KL. Aku rasa sangat tenang disini, mulut tak henti-henti ucap syukur dan berterima kasih sebab pandai owner Tamu Hotel bina hotel yang sebegini indah. 

Pssttt, sambal dan rendang di sini sangat-sangat sedap. Percayalah, datang rasai sendiri. 


Rating kepuasan: 4/5. Rasa sungguh beruntung tatkala dapat tunaikan impian ke sini. Semua sangat menarik dari segi layanan, perabot, kemudahan dan makanan. Semua sangat menawan dan selesa. Nak datang lagi, masa bulan puasa tahun depan, nak ambil buffet berbuka kat sini, solat terawih di masjid kg bharu dan shopping di sekitarnya. Tunggu apa lagi jom tempah Tamu Hotel Kuala Lumpur. 💃

TAMU Hotel & Suites, Kuala Lumpur 
120 Jalan Raja Abdullah 
Kampong Bharu 
50300, Kuala Lumpur

Nak tempah hotel dapat ganjaran 10% diskaun, jimat duit, klik 👉 Booking.Com

You May Also Like

13 Komen Sini [Click]

  1. Bestnya. Sesekali bercuti dalam KL ape salahnya kan ��

    ReplyDelete
  2. Cantiknya hotel ni... Nak cuba jugaklah stay sini 1 malam ke 2 malam..

    ReplyDelete
  3. Alamak.... !! Swimming pool dia bikin hati tak keruan tengok
    Cantiknya view!

    ReplyDelete
  4. nice pool die redup ..pjg tu..infinity plak tu..mmg syok la juju dpt tenangkan dr kesembuhan tgh xsihat aritu kn

    ReplyDelete
  5. bestnya kak julia. dapat tengok pemandangan kl

    ReplyDelete
  6. lobi jee dah cantik apatah lagi bilik. seronoknyaaa boleh mandi mandaaa. mmg terbaiklahhh hotel ni..

    ReplyDelete
  7. wahhh cantiknya view tuuuuuuuuu...alhamdulillah rezeki sis dpt berehat kat situ.. :)

    ReplyDelete
  8. Lawa! Ok masuk wishlist weekend getaway 😉

    ReplyDelete
  9. Selesa dan cantik sgt bilik hotel ni. Pool dia lagi menarik lah juju. Terus rasa mcm nak check in kat situ pula 😂

    ReplyDelete
  10. lama x jejak kaki di blog ju.
    tq for sharing ni, ju.
    nampak menara KL tu yg merbeles.
    pool nyer yg sgt best dan lokasi nyer terbaik la.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER