Skin Patch Test cara untuk tahu tahap alahan

by - Monday, August 06, 2018

Sabtu lepas, aku ke klinik pakar kulit di Jalan Tar. Tujuan utama tak lain dan bukan sebab nak minta pakar pula kali ini lihat secara detail masalah kulit (ekzema). Ia bukan jadi di wajah, tapi di bahagian kaki dan jari. Mengelupas dan jadi kering. Sudah lebih setahun lebih rujuk klinik biasa, sampaikan suntikan steroid paling minima pun aku dah rasa, tapi cuma ia bertahan untuk 2 bulan. 

Lepas dua bulan, merebak balik dan susah aku nak jalani kehidupan sebagai seorang pekerja mahupun nak memasak pun fikir banyak kali...sudahnya kelaut.

Jejak kisah lama...baru faham cerita hari ini klik SINI.

Banyak kali fikir, nak kongsi ke tidak. Tapi kat sini lah aku rasa damai sekali nak luah, aku tahu ada pembaca yang sedang nantikan cerita dari aku. Maaf, minggu lepas aku tiada emosi nak mengadap layar blog hatta nak blogwalking sekali pun. Sedang memikirkan nasib diri dengan penyakit yang sudah memakan kulit saban hari. 

Minggu lepas sambil menaip jari jemari merekah dan berdarah, ibu jari kaki mengelupas, luka berdarah, tapi aku buat tak tahu, pedih bila luka tiba-tiba, macam ni la aku rasa dalam setahun lebih, cuma orang tak tahu, family tahu dan mereka tak pernah pandang sinis pada ku. Sekarang aku nak kongsi dengan anda, pembaca yang selalu ada dan rajin baca celoteh ku setiap masa.

Jangan komen pasal pantang makanan yang boleh menyebabkan ia (flare). Setakat seafood dan semua jenis aku pantang selama setahun lebih. Penjelasan ini aku beri kepada doktor, tapi pelik doktor pakar cakap ia bukan sebab makanan, ramai orang salah sangka. Begitu wow sekali aku dalam bilik doktor pakar tersebut.

Yalah, berpuluh doktor kot rujuk. Semua cakap benda yang sama, pantang semua jenis ikan makeral, seafood dan semua kurangkan gula (opss ritu pi Langkawi bantai gak coklat, mana leh tahan tapi tak adalah lanyak sebakul masuk perut, masih amal 2-3 liter air setiap hari sebelum kena setahun lepas pun amal air berliter liter juga tapi dah nak kena, kena juga kan). 

Jumpa orang pun rasa segan, sorokkan tangan, bercakap tak menghayunkan jari jemari. Walhal dulu kalau berborak, tangan selalu dilayangkan sekali. Sedikit sebanyak rasa down juga, walhal dalam diri memang paksa untuk jadi seperti biasa. 

Well ekzema boleh menyerang sesiapa sahaja kot, kalau ada genetik memang lagi la kena berjaga. Aku redha. Sebab aku pernah lihat masa kecil, ibu ku sendiri habis kedua tapak tangannya merekah dan mengelupas. 

Yelah masa kecil aku mana tau apa kan, rupanya dia mesti kena ekzema, cuma masa tu mungkin nama tu belum wujud lagi rasanya...mungkin aku mewarisi. Redha berkali-kali.


Gambar Sumber: Google 

Skin Patch Test - Doktor Pakar Kulit
Walk in je, tak buat temujanji. Klinik yang aku rujuk ni terasa macam di zaman 90an, masih guna kaedah beratur dan ambil number cara lama. 

Dekat 8 orang di depan, tapi banyak yang tak datang tepati masa walaupun ada yang buat temujanji. Tak sampai setengah jam sampai giliran, nurse pun lemah lembut, jemput aku guna bahasa mata dan tersenyum, sedikit sebanyak ia melegakan perasaan aku yang kurang keyakinan. Aku sebolehnya nak jalan nak pakai sarung tangan. Well macam biasa, aku jalan macam aku tak sakit.

Mata terbuntang, luasnya bilik doktor kata ku dalam hati. Segar je masuk biliknya, nampak doktor beri salam dulu sebelum aku nak beri salam. Tenang hati. Doktor terus tanya ya boleh tahu masalahnya. Teruslah aku cerita setahun lebih fasa hadapi kulit di jari dan kaki. 

Doktor buka lampu suluh dan cek...katanya, ada redung? ada asma? Ekzema ni...tapi ini tanggapan awal saya...

Tidak ada rekod aku kena resdung dan asma langsung sebelum ini.

Doktor terus cadangkan untuk aku lakukan ujian 'Skin Patch Test'. Cara ini katanya lebih mudah tahu aku alah pada apa sebenarnya, yelah semua jenis ikan makeral aku elakkan termasuk seafood juga tak menjadi, makanya mungkin ada sesuatu barangan harian yang aku gunakan yang aku alah...mungkin kasut, selipar dan apa sahaja yang aku tak tahu.

Dia rujuk dekat board, macam mana skin patch test tu dilakukan. (RM500, harga mungkin berbeza untuk tahap orang lain)

Gambar Sumber: Google 

Aku setuju, memang dah lama nak buat ujian tu, cuma aku pelik ohhh boleh test di kulit je ye, bukan ambil darah eh?

Okey biarlah soalah tu aku tak soal, aku biarkan doktor pakar buat kerjanya. Aku tak banyak ilmu dalam soal ini. 

Lepas tu doktor suruh tunggu sekejap, nurse nak sediakan bahan untuk ujian ni. Berdegup jantung, rasa macam nak tunggu kena bedah haha.

Terus nurse panggil masuk bilik kedua, aku dikenakan buka lengan ke atas. Kemudian kena buka baju untuk belakang badan. Yelah, doktor yang aku rujuk ni lelaki, susahnya nak cari doktor wanita saat genting kot...aku cuma berharap Allah tahu apa aku lakukan. Nurse pun ada, aku lega sikit disitu. 

Doktor cek belakang badan, kemudian dia tak jadi. Dia minta buka lengan baju belah kanan. Di situ dia setuju untuk jalankan ujian Skin Patch.

Terlihat di meja ada bulatan kecil dalam 28 jenis krim kecil diletakkan bermacam jenis warna, kebanyakkannya warna cecair. Oh inilah dia ujian tu ye. Doktor tampal dengan soletap besar dan banyak.

Nasihatnya, jangan kena air dalam tempoh 3 hari. (72 jam)
Maksudnya mandi jangan basahkan lengan yang di tampal tu lah. Mula la rasa tak sedap hati, mandi tak betul-betul bersih la nampaknya, mandi style kerbau haha.

Esok adalah harinya, aku tak sabar dah nak tahu apa yang aku alah selama setahun lebih ni tau. Bayangkan betapa lamanya aku bersama alahan yang aku tak tahu selama ini. Fuhhh! Dalam fasa ini, aku makan seafood, aku makan segalanya sebab aku nak ujian ini tak blur, bila aku makan semua ini baru ujian ini tulen...itu firasat aku dan my king pun cakap benda yang sama, makan semuanya, baru ujian ini jujur. 

RM500 (ujian alahan) plus consultation & ubatan sementara sebelum beri ubat sebenar yang sesuai dengan aku bajet dalam 600 lebih. Bagi aku walaupun terasa panas keluarnya mencurah, tapi ketahuilah kesihatan lebih penting dari segalanya buat masa ini. Aku redha. 

Sambil tu aku kumpul info lebih lanjut tentang skin patch test, melalui pembacaan di Utusan Malaysia dibawah:

Biasanya kita akan mengikis kupingan-kupingan kudis tersebut dan melihat dalam mikroskop untuk melihat kulat. Jika tidak ada kulat ianya adalah ekzema. Biasanya ekzema mudah dikenal pasti dengan melihatnya menerusi mata yang terlatih. Selain itu ujarnya, terdapat juga ujian lain yang digunakan kepada pesakit untuk menentukan penyebab ekzema. Ujian tersebut dinamakan Skin Patch Test untuk menentukan penyebab ekzema. Iaitu seperti alahan kepada minyak wangi dan bahan harian yang digunakan. 
Kebiasaan doktor pakar penyakit kulit akan menampal bahan ujian ini dibelakang badan dan membaca keputusannya dalam tempoh dua ke empat hari. Ujian ini dibuat ke atas orang dewasa yang mempunyai ekzema. Untuk kanak kanak kita gunakan ujian darah untuk menentukan penyebabnya. Walaubagaimanapun faktor keturunan memainkan peranan penting dalam menentukan seseorang itu mendapat ekzema.
Tunggu esok macam mana...tak sabar. Doakan aku. 

You May Also Like

2 Komen Sini [Click]

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER