Akhirnya sampai jua ke Kilim Karst Geoforest Park Langkawi, lama menunggu detik ini !

by - Monday, July 09, 2018

Finally we meet Kilim. Awesome experience!

Hari kedua di Langkawi, bangun awal, terus sarapan di warung tepi jalan pekena roti bakar + telur setengah masak dan kongsi makan roti canai. Fuh lega perut nak berjalan lama. Sedapnya makanan di Langkawi. Makan ringkas macam itu pun rasa macam sedap sangat dah tau. Paling semangat Abg Qi, dia tak sabar nak naik bot laju. 

Saja menyakat dia, jangan depa tangan dekat bot ada buaya haha rupanya dia cakap mana ada buaya kat laut amboi dia pekena kita balik, budak dah besar pandai fikir dah dia. 

Dari Cenang nak ke Kilim ambil masa dalam 30 minit lebih kurang. Julia cadangkan anda kalau nak ke sini bersedia pergi awal pagi. Segar dan tidak bersesak dengan pelancong asing membanjiri disini. Kami sampai ke sini lebih kurang jam 10 pagi. Waktu yang sangat sesuai matahari suam-suam kuku lagi. 

Terlihat ramai pekerja sedang aktif ke sana ke mari. Kami masuk terus cari parking, mudah betul dapat parking. Parking betul-betul depan ke jeti Kilim. Alhamdulilah. 

Tiket dan pakej mana julia tempah?
Julia tempah awal sebulan sebelum bertolak ke Kilim, julia WhatApps Puan Ayu 019-9918036. Terus beliau bagi snap tiket dan bawa tunjuk ke staf kaunter di Kilim. Kalau anda nak ke sini julia cadangkan tempah dengan Puan Ayu lagi senang dan mudah, itu kawan lama julia tau memang rekemen sangat lah. Cakap lah saya pembaca dan kenalan blogger Julia Johari Dot Com. Mana tahu ada rezeki kot-kot dapat pakej terbaik hehe. 

Julia ambil pakej private boat 1 jam = 3 tempat.
  1. Andaman Sea + Fish Farm
  2. Bats Caves
  3. Eagle Watching
Puas hati bagi yang bawa anak kecil seusia Abg Qi (6 tahun) 1 jam sudah memadai. Kalau semua keluarga atau rakan dewasa tiada masalah nak ambil 2 jam ke atas tau. Ikut poket anda. Nak lagi mencabar ambil lama sikit, kongsi modal dengan keluarga atau rakan, lagi seronok!  

Apa itu Geopark?
Geopark merujuk kepada sesuatu kawasan yang terdapat tapak warisan geologi yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan secara lestari/mapan. Geopark mempunyai unsur-unsur ekologi, arkeologi, sejarah dan budaya.

Langkawi UNESCO Global Geopark diiktiraf sebagai global geopark pada 1 Jun 2007 adalah yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara. Sebanyak 120 UNESCO Global Geopark lain daripada 33 buah negara termasuk Langkawi UNESCO Global Geopark telah bernaung di bawah UNESCO.(Sumber: https://langkawigeopark.com.my/)

πŸ‘‰Andaman Sea first adventures!

Ya Allah! Tak henti-henti melihat panorama di sekitar jeti Kilim. Cantiknya hutan bakau, cantiknya bukit tu semua. Seakan memanggil cepat naik bot tak sabar nak jamu lagi apa yang indah terbentang dihadapan kami. Makluman, kami adalah pengunjung pertama hari berkenaan menaiki bot tau. Syukur sangat, rezeki keluar awal pagi. Jom kita!
Encik Am pemandu boat laju kami. 
Untuk pengetahuan anda semua, hanya kami bertiga sahaja dalam bot ni tau, tiada kongsi dengan orang lain. Sangat seronok macam ini lagi dan pemandu bagi fokus dekat kita 100% penjelasan dan penerangan. Tanyalah apa sahaja soalan dia akan cakap dengan loghat Kedah yang pekat. Sekali sekala kami bertiga pun ikut dialek Kedah hahaha.  

Wajah dan senyuman mereka sangat bernilai. Gambar ini adalah candid ye, tidak dibuat atau di lakonkan semula gitu. Kelihatan Abg Qi dan encik suami teruja, senyum sampai ke telinga. Apa lagi julia nak, hanya ucapan syukur tidak henti-henti mendoakan trip ini berjalan dengan lancar sekali. 

Jangan lupa pakaikan anak anda dan anda sendiri dengan life jacket, kancing betul-betul ye. Kami bertiga tak pandai berenang, lagi la kena alert hal ini dulu. 

Perlahan je bot lalu meninggalkan jeti, selepas itu terus memacu laju tau. Julia sarankan anda wanita muslim pakailah tudung jenis kapas. Ia serap peluh dan tidak panas. Julia selesa sangat pakai tudung jenis kapas, bila panas laut tak terasa sangat pun. 

Cantiknya gambar panorama dibawah kan. Batu-batuan sekitar laut Kilim saling menyambut kedatangan kami. Mata kami tak mahu berkelip lagi...mahu tatap sepuas habis !  



Bot mewah banyak diparking sana sini, sesekali ada beberapa bot lain melintasi, berombak-ombak bot kami. Pemandu bot terus lajukan enjin bawa deras sungguh, pegang tiang kuat-kuat, kalah dua bot dibawah tu tau. Tetiba Abg Qi bersorak "hoooreyyyyyyyyyyyy bot kita menang!" πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Pecah hilaian ketawa kami dalam bot laju melihat keletah Abg Qi hahaha.  😊


Pulau Kasut 
Nampak kan bentuk kasut, ini permandangan waktu pagi tau. Ombak manja-manja je kat sini. Selesa nak snap gambar sana sini sambil mata tidak jemu meneroka setiap butir kecantikan alam.


Sebelah sana bukit sudah masuk kawasan negara Thailand. Pemandu bawa kami mendekati sempadan. Katanya nampak tak sesuatu di sana. Kami tengok nampak laut dan batuan hutan sahaja...apa dia ye...aneh ni...okey mari kita dekat lagi. 

Ada 3 jenis wajah, di sebelah kanan dan kiri menyerupai seorang bayi. Hidung mancung tau hehe. Tenang je air lautan. Bot mendekati pun senang dan mudah. Angin laut memang seronok, kenyang sampai kembung perut dibuatnya.


Bot memacu deras lagi, bila nampak tajuk Kilim Geoforest Park terus julia mengucap banyak kali. Cantiknya! Akhirnya inilah detik yang julia sekeluarga tunggu saat inilah. Ini petanda kami sudah checkmate! Confirm Kilim dalam genggaman kami bertiga sudah. Syukur!

Semua gambar diambil melalui Kamera Mirrorless Sony A6300 
(tiada unsur edit kecuali tambahan watermark sahaja)


Abadikan kenangan disini sepuasnya, apa lagi jom kita bergambar ala-ala pelancong luar negara gitu dengan cermin mata aviator. Encik suami memang hebat ambil gambar, kalah tuan punya kamera sendiri tau. Untung lah badan julia oi, bergambar sampai lebam haha. Jangan sia-siakan kenangan disini ye. 

Mau dekat 10 minit bergambar tau. Masa ini tiada bot pelancong lain, bebas apa sahaja nak posing macam mana tak malu dah depan pemandu pun kehkehkeh. 

Ececece! Pengsan batu Kilim tengok hahaha kasi can lah ini kali.  

Gambar keluarga la paling ditunggu. Bermacam jenis posing kami buat, mula-mula gambar seorang dulu, kemudian baru gambar bertiga. Kali ini pemandu bot sendiri yang besar hati ambil gambar kami melalui kamera kami tau. 

Pandai juga Encik Am ni ambil gambar kami, semuanya perfect sekali, dah biasa agaknya dengan ragam pelancong yang suka bergambar berpuluh kali haha. Aku lah tu !
Paling perfect gambar bertiga kami di Kilim, gambar ini julia akan jadikan cover utama kulit photobook online travel nanti. Kemain memasing mendepakan tangan seluas habis dah, this Kilim kami yang punya hooreyyyy! 


Selesai pusing sekitar Andaman Sea, beralih ke aktiviti kedua iaitu Fish Farm. Nak tahu apa yang menarik di sini, tunggu esok julia update lagi okey. Kasi hint best, pernah tengok ikan sumpit air nak makan roti dari darat tak? Tak pernah tengok tunggu........


Nak alami perasaan keseronokkan dan keterujaan kami sepanjang di Kilim, layari video di atas. Pasti anda tak sabar nak ke Langkawi nanti, dah pergi banyak kali Langkawi kalau tak ke sini pastinya satu kerugian besar. Ingat tu... jumpa lagi di entry sambungan akan datang. Bye! πŸ’“

You May Also Like

11 Komen Sini [Click]

  1. Dah lama x gi Langkawi - ni dlm my wishlist. Mudah2an panjang umur, dpt menjejak kaki semula ke bumi Mahsuri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Skin, yeyy mcm tu la siap wishlist awal2...memang berbaloi labur duit untuk #naturelover sight seeing. Priceless!

      Delete
  2. seronoknya dah lama sangat tak pergi langkawi.next time pergi nak datang sini la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Shesyira, ye kena pergi lagi tu tau, kami dah pi Langkawi 3 tahun lepas ni pi lagi sebab nak tunggu anak besar utk ke Kilim pula...ritu dok kuah, sekarang menginap di Cenang, nak tonton pantai 24 jam.

      Delete
  3. Sue pernah sampai ke sana 5 tahun lepas. Memang best! Tapi ada sikit terselit pengalaman yg mendebarkan bila dah sampai kt tanda Kilim Geoforest tu tetiba hujan lebat, laut bergelora & bot dah terumbang-ambing. Takut sangat masa tu sebab not pun tak boleh gerak. Nasib la orang bawak bot tu jenis yg cool. Kalau tak, taktau la macam mana kesudahannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Suzaini, woww detik cemas tu ye. Siap hujan semua kan, ye pemandu bot diorang cool je dan memang kita rasa selesa. Nanti kena repeat lagi tu su, pergi waktu pagi time tak hujan mcm kami.

      Delete
  4. bestnyaaaa bila la nak sampai ke Langkawi ni,tak pernh sampai sini sobs sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti ada rezeki sue, naik flight je sue senang tak payah penat2 naik jalan darat. Humaira besar sikit nanti leh ajak ke Kilim naik bot laju. Mesti dia suka.

      Delete
  5. Cantiknyaa semua gambar kak Juju. Paling best bila pergi Langkawi ni bila dapat tengok pulau yang ada macam macam bentuk ni hah, dekat tempat lain tak ada. Heheh.

    ReplyDelete
  6. Satu tempat wajib if ke langkawi.
    Aida lom pernah gi ni, Ju. Teringin!

    ReplyDelete
  7. Masa saya p dulu.. Saya pegi semua tempat rasanya.. 12 tempat.. Smpai kepenatan la masing2

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER