RESEPI RENDANG AYAM SIMPLE DAN CEPAT DISEDIAKAN

by - Monday, May 21, 2018


Terasa sangat kali ini punya Ramadhan nak masak sendiri lauk sekali sekala yang nampak susah sebenarnya mudah je pun. Orang bujang dan anak dara pun boleh buat sendiri ye senang sangat. Bahan yang julia kongsikan dibawah senang di beli dan didapati di pasaraya atau kedai runcit je. 

Kerisik tu julia beli dekat kedai Eco RM2 je tau, sedap pula kerisik tu walaupun murah je. Jangan pandang sebelah mata dapat bahan murah tau, bila kena gaya dalam masakan boleh jadi walllaaaaaaa tetiba ehhh jadi lah hehe.

Rendang ayam simple, teringin punya pasal julia masak semalam, lauk ni wujud masa nak dekat raya je kan, tapi awal Ramadhan julia dah masak. Lepas kerinduan masakan tradisi Melayu. Cubalah, resepi di bawah ye. 

Rendang Ayam Simple !
Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam biasa (kalau 1 ekor bahan dibawah di gandakan)
Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga (agak-agak je)
1 biji santan segar di perah pekat (elak guna santan instant, dari ketahanan berbeza)
2 senduk besar cili kering yang di blender (elak beli cili boh, no bahan pengawet)

**Hiris nipis
1 biji bawang merah besar 
5 ulas bawang putih 
1 ulas halia tua

**Tumbuk 
2-3 ulas kunyit hidup 
1 ulas  lengkuas

**Penaik bau rendang
2 batang serai di belah
3 asam keping
5 biji cili padi kampung (dibelah tengah) #kalau tak suka pedas tak payah letak
Kerisik (beli kat kedai Eco RM2 tu je)
Daun kunyit sehelai (potong kasar dan mayang)
Gula, garam secukup rasa. 

Caranya:
  1. Pertama sekali tumbuk kunyit hidup dan lengkuas sehingga lumat.
  2. Goreng sehingga kekuningan api kecil: 1 senduk minyak masak, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga / bawang besar, bawang putih, halia / serai. Gaul sehingga warna keemasan.
  3. Masukkan bahan tumbuk tadi. Gaul sehingga kuning sikit. Masukkan cili kering yang di blender dalam 2 senduk, kacau sehingga betul masak.
  4. Masukkan ayam dan sedikit santan cair. 
  5. Agak mendidih sikit, masukkan santan pekat, asam keping, daun kunyit, kerisik, cili padi, garam dan gula secukup rasa. 
  6. Jaga api, guna api rendah sahaja. Gaul sehingga kering sedikit sehingga pecah minyak.
  7. Seeloknya buat sehari sebelum lagi sedap di makan.
  8. Siap dan mudah je !

#Step 1 : Goreng macam inilah guna api perlahan, kalau guna api kuat nanti bau dia hangit dah tak sedap nanti. 

#Step 2 : Lihat cili, kena betul masak ye, agak-agak dah pecah minyak gitu. 

#Step 3 : Rupa bila dah masukkan sikit-sikit santan, untuk elak ia jadi bergumpal kena kacau ye selalu. Jangan tinggal bila dah masukkan santan, nanti meruap tak cantik nanti. 

#Step 4 : Masa dalam 1 jam je, siap dah rendang ayam simple dan bau sungguh menyelerakan. Marah jiran setaman ni bau rendang waktu petang nak berbuka haha. 

Video yang pasti buat anda tak sabar nak buat sendiri !


Mudah sungguh buat rendang, dari step pertama sampai step 4 semua dalam masa kurang dari sejam. Anak-anak muda dan yang tak pernah masak rendang cubalah resepi julia kongsikan. Nak tahan lama esok pagi perangatkan garing sikit dengan api kecil, ada lebihan masukkan dalam bekas dan bekukan. 

Nak makan boleh cairkan di atas kuali je, fuh nikmatnya kalau ada ketupat dan lemang kan lagi laju ni makan.

Ayam boleh digantikan dengan daging lembu, daging kambing, daging rusa mahupun kerang boleh guna bahan rendang di atas, makin lama simpan rendang, makin sedap tau.

Selamat mencuba !

You May Also Like

9 Komen Sini [Click]

  1. ya Allah sedapnya Juju. Cici kan kalau ada rendang , kompem akan cari roti. layan betul .

    ReplyDelete
  2. nice one ju. lama x merantau ke sini. senang nk ikut resipi ni. hehehehheh very the simple

    ReplyDelete
  3. tk pernh masak rendang ayam...slalu tgk makmertua je masak..akak tlg kacau2 je hehe

    ReplyDelete
  4. rendang la paling senang sebab K.Sal dari zaman anak dara dah try... huhu

    ReplyDelete
  5. alaa..mcm raya plk..hehe. dlu pernah blajar buat rendang dgn org N9..bahan2 semua dia mayang kecuali cili kering jer blend. memang sdap..sbb mayang manis bahan2 tu tak hilang..eh ye ke?hihi

    ReplyDelete
  6. rajinnya menumbuk.. kalau aini humban terus semua dalam blender dan blend terus. 4 sekawan tu pon kdg tak letak.. ok lepas ni boleh try resepi juju la plak.. cuma bab menumbuk tu mmg ku blendkan aje..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beza rasa blend dengan tumbuk, blend guna air, tumbuk tak guna air, so dari segi rasa ada sikit berbeza aini hehe. 4 Sekawan tu penting, aroma tu yg buat rendang jadi kawww bau dia, jiran pun tak senang duduk dalam rumah haha

      Delete
  7. Ni kalau makan ngan ketupat pulut ni sedapnya la haiii

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER