Ramadhan 2018 - Perghhh...Sedap! Jom Lobster! Grandmama's Pavilion KL

by - Wednesday, May 02, 2018


Tak sangka kari lobster sedap! Selalu tengok lobster di masak dengan cara bakar atau panggang. Rupanya bila di masak cara berkuah macam kuah kari rasa tu perghhh...sedap! 

Nak kelainan musim Ramadhan 2018, boleh cuba set lobster di Grandmama's Pavilion KL & Intermark Mall. Setakat ini ada dua cawangan sahaja yang mempromosikan set hidangan lobster khas untuk musim ramadhan tahun ini mulai tarikh 17 Mei 2018 sehingga 14 Jun 2018.

Lihat seleksi menu utama lobster tu bersama dengan menu sampingan yang lain. Mengiurkan betul !!!

Curry Lobster
Rasa kuah kari lobster ala nyonya tu semakin hirup kuah semakin rasa nak lagi makan dan terus makan. Di sediakan dalam hot plate, jadi semua di makan panas-panas. Barulah aroma tu semakin menusuk di kalbu. 

Senarai harga set A & B beserta dessert.

Harga Set Perghhh...Sedap! Jom Lobster! 
Pasti ramai yang tertanya-tanya, berapa harga untuk hidangan diatas. Ya, ia hadir bersama set hidangan sampingan yang lain juga tau. Antaranya kategori 3 sedap dishes dan 5 sedap dishes ikut set mana dengan jumlah anggota yang hadir untuk menjamu selera. 

Harga yang dipaparkan munasabah kalau ikutkan 1 orang jatuh dalam harga RM70 lebih je tau, kalau harga pasaran biasa hidangan lobster boleh cecah RM100 seorang ya. Berbaloi berbuka puasa di sini. 

Mari lihat seleksi set menu hidangan yang di sajikan, pasti anda tak sabar nak berbuka puasa di sini nanti. 😋

# Bandung Sagu & Coconut Ice Blended
Kedua-dua air ini mempunyai kelainan tersendiri. Bandung yang mewah dengan sagu dan rasa lemak rasa sungguh menyelerakan. Di tambah pula rasa coconut ice blended dengan tekstur yang halus serta tidak berapa manis sesuai di minum bagi pelbagai peringkat umur. 

Pekat dan gelas sederhana besar. 

Sedap Dishes!
Menu pilihan sampingan mengikut set A & B antaranya ialah terdiri daripada set hidangan ikan, ayam, daging dan sayuran. Set sampingan yang seimbang dan berkhasiat turut disediakan disini ya.

Lagi satu bila julia rasai sendiri menu yang disediakan pandangan julia:
  • Tidak terlalu berminyak.
  • Tidak terlalu pedas, rasa pedas pertengahan.
  • Cukup rasa.
  • Kuantiti lauk banyak.
  • Segar.
  • Hidangan panas-panas.
  • Servis hidangan cepat.

Add on menu !
Kalau nak tambah menu add on pun boleh tau, antara menu add on yang kami pilih ialah ikan siakap masak ala tiga (sweet & sour sauce). Rasanya garing, rasa masam manis, tak pedas, ranggup bila di jamah dan sangat memukau anak tekak julia sendiri. Tak jemu nak cuit makan bersama nasi panas-panas. 

Sudut pandang keseluruhan ikan, besar dan boleh di makan dengan jumlah anggota yang ramai. Kalau datang nanti masa berbuka kat sini, menu ini dalam senarai, pasti order!

Menu add on yang kedua kami pilih ialah udang masak cili. Lauk ini sangat popular sebab ada ahli keluarga yang suka seafood seperti udang. Saiz udang yang besar puas di makan beserta menu utama. Nikmat !

Seleksi Sedap Dishes 
Ayam goreng berempah, agak mudah untuk di makan sebab isinya lembut dan tak banyak tulang. Rasa rempah tu sebati dengan isi ayam itu tadi.

Taufu Jepun di masak dengan cara tersendiri. Lembut dan penuh dengan rasa yang sukar julia nak ucap dengan kata-kata. Dua kali tambah menu ni, musim panas elok makan makanan yang lembut dan tidak terlalu pedas, baru badan relaks. 

Ayam masak merah yang di potong kecil, senang gaul dengan nasi makan terus. Rasa pedas yang lembut, masam-masam manis dan cara di masak agak kering seperti kebiasaan kita lihat ayam masak merah kan banyak kuah. 

Ini gaya Grandmama's tau, ala-ala flavours of Malaysia. 

Rendang daging, hirisan daging yang di masak cara macam ini lagi mudah nak makan tau. Tak payah kunyah banyak kali, bestnya rendang di masak kering macam ini. Bau pun sedap, cukup rasa. 



Masak Merah Lobster
Selain curry lobster, menu masakan lobster yang boleh dipilih ialah Masak Merah Lobster. Isu lobster di keluarkan dan di masak dengan sambal cili. Rasanya enak, masam manis dan anak-anak kecil sesuai merasai juadah ini ya. Tidak pedas sangat pun, sedap lagi adalah.

Kurma dan kuih muih juga turut disediakan ya. 

Zoom lagi dekat nak bagi anda lihat menu utama pilihan yang anda boleh bayangkan betapa bestnya kalau dapat makan. Haishhh terliur sudah! 😂

Lin Chee Kang mangkuk besar tau, puas julia makan bersama dengan pencuci mulut. Kuih yang pilihan yang disediakan bertukar setiap hari ya, tak semestinya kuih seperti di gambar tau. 

Kuih yang julia rasa tidak terlalu manis, rasa lemaknya, di potong dengan saiz besar, masih kekal rasa kuih sebenar. Keropok ikan pun ada, pasti anak-anak seronok menikmati set ini nanti. 

Klik untuk paparan lebih jelas dan besar. 👇



Parking mudah dan kawasan mall yang luas memudahkan anda merancang masa sebaik mungkin. Jika rasa awal lagi ke sini, boleh pusing-pusing dulu sekitar mall sebelum tunggu masa berbuka puasa bersama keluarga atau rakan tersayang. 



Untuk rasa lebih wow, jemput lihat sedutan video yang julia sediakan untuk tontonan live. Pasti kecur air liur bila lihat set hidangan yang disediakan khas di restoren Grandmama's Pavilion KL.


Rating kepuasan.
Dari 5 bintang, julia bagi 4 bintang. Sedap, sesuai dengan citarasa semua bangsa dan peringkat umur. Julia cadangkan apa kata anda cuba sesuatu kelainan tahun ini dengan beri kejutan kepada family, rakan tersayang atau terfikir untuk buat jemputan istimewa bagi syarikat atau jabatan untuk berbuka puasa di sini. 

Pasti memori indah tercipta dengan suasana menarik dengan hidangan yang memukau. 

Info lanjut seperti di bawah, selamat Grandmama's semua!



Grandmama’s Pavilion Kuala Lumpur, Malaysia
Lot 6.01.02, Level 6, Pavilion Kuala Lumpur, 
168, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia.

Grandmama’s Intermark Mall Kuala Lumpur, Malaysia 
The Intermark, 348 Jalan Tun Razak, 
50400 Kuala Lumpur, Malaysia

Di buka: 11.30am - 10.30pm
Email: grandmamapkl@gmail.com

Info lanjut layari...

You May Also Like

8 Komen Sini [Click]

  1. knapa sdap sgt ni? juju blanja pliss..hihi

    ReplyDelete
  2. Adududuhhhh.... Dok teringat kuah curry nya. Memang sedap!

    ReplyDelete
  3. semua nampak sedap juju .. banyak pilihan dan menyelerakan

    ReplyDelete
  4. perghhhh
    jealous melihatnya
    hahaha

    ReplyDelete
  5. Murahlah set lobster tu, berbaloi!

    ReplyDelete
  6. Lobster tuu.mengancam.betul la juju oiiiiii... nasib dah kenyang lau tidak kakya ngap skrin ni hahaha..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER