Persiapan barang raya jadi mudah dan jimat adanya HARGAPEDIA !

by - Friday, May 25, 2018


Pernah alami masalah kesuntukkan waktu nak buat senarai persiapan barang raya? Nak cari harga murah dan jimat sudah tentu ini perkara utama sekali kita nak kan. Terjah dari kedai ke kedai, sampai penat, apa pun tak dapat akhirnya putus asa sebab banyak masa di bazirkan ke sana ke mari.

Pengalaman julia sendiri, tahun lepas nak cari barang persiapan raya terutama bahan mentah di dapur. Nak cari gandum, buttercup lah dan bermacam jenis bahan semata nak buat biskut raya je pun tapi akhirnya tak buat. 

Sebab utama penat ! 
Penat survey setiap kedai tau, ye lah semakin nak dekat tarikh raya makin mahal pula barang raya. Pastu pening kedai mana yang jual harga murah dan berbaloi nak beli setempat je...takkan beli buttercup kedai ni, beli gandum kedai sana...habis duit minyak tengah jalan, kan dah membazir.

Tapi sekarang, adanya apps yang boleh download di playstore Hargapedia boleh membantu membandingkan harga barangan runcit. Selain itu, ia juga meliputi lebih daripada 40 peruncit besar, termasuk kebanyakan hyper / supermarket, farmasi, kedai-kedai runcit.

Macam mana caranya. Lihat gambar dibawah julia kongsikan tutorial.

#Pertama
Buka playstore di telefon bimbit, taip Hargapedia. Tekan install.


#Kedua
Akan sampai ke paparan ini, nampak tak 50 Barang Persiapan Raya? Klik situ.

#Ketiga
Nak kongsi, tetiba hajat dihati nak buat biskut raya la tahun ini dengan anak, dia dah tanya banyak kali bila nak buat kuih raya umi cepatlah beli barang sambil tunjuk oven dah berabuk tu haha. Okey, bahan tu sudah mestilah nak cari Buttercup, brand tu je sejak turun temurun dulu my mama guna tau. 

Ini dia paparan senarai harga barang persiapan raya di Hargapedia. Boleh semak harga setiap hari antara kedai kegemaran julia ada di Hargapedia iaitu kedai Speedmart, TMG, Giant, Tesco dan banyak lagi wah! 



Kebetulan pasaraya TMG dekat dengan rumah julia, Buttercup dan minyak masak saji murah pula tu, julia catit siap-siap. Senang nanti nak terjah terus petang ini sebelum berbuka. 



#Keempat
Contoh, julia nak beli bahan nak buat biskut raya julia klik harga tu, terus dibawa ke paparan lebih detail. Boleh terus bookmark dengan tekan tanda 💗. Ada katalog disediakan sekali tau, klik view. 


Ini dia katalog barang lain yang dijual di TMG, wah paperless betul. Cara macam ini julia boleh berkongsi gambar dengan suami tau. Kalau julia tak sempat nak beli, boleh info pada suami terus tempat murah dan boleh jimat duit poket dia sekaligus. 


Buttercup yeyyy! Boleh la buat biskut raya, barang raya lain pun ada tau, nanti korang tengok senarai barang dan harga terkini yang di update setiap hari. 

Tawaran lain berdekatan dengan anda
Itu dekat dengan rumah julia. Selain itu, contohnya macam pasaraya Econsave. Kalau anda berdekatan dengan Econsave lagi best, ada tawaran murah untuk Buttercup. Lagi jimat.


Bila semak, nampak betul kan harganya. Ya Hargapedia banyak membantu anda dan seluruh keluarga anda dalam merancang perbelanjaan berhemah. Lagi nak raya macam-macam duit keluar, masa inilah kita nak berjimat cermat dengan buat pilihan bijak menggunakan apps Hargapedia. 


Nak jamu tetamu datang beraya dengan air apa yang murah?
Waktu raya mesti nak beli air atau kordial kan. Macam julia nak beli air karbonat je senang nanti nak jamu tetamu datang beraya ke rumah sendiri dan rumah mak ayah nanti nak tolong belikan untuk mereka. 

Harga hari ini dekat Lulu Hypermarket murah untuk Fanta Orange RM1.80 je sebotol. Wah, kebetulan julia kerja di KL senang nak terjah nanti beli awal masa waktu rehat. Lihat ada pilihan katalog untuk promosi di pasaraya Lulu, mudah betul buat pilihan. Tak payah terkejar-kejar lagi survey banyak kedai. 

Jimat masa, wang dan tenaga !

Ambil masa layari video ini, lagi senang nak tahu pasal Hargapedia. Klik video!


Tunggu apa lagi, cepat-cepat install Hargapedia di telefon masing-masing. Memudahkan persiapan barang raya kita nanti.

Maklumat lanjut layari:
Website: https://www.askhargapedia.com/
Facebook: https://www.facebook.com/hargapediabm
Instagram: https://www.instagram.com/hargapedia/
Twitter: https://twitter.com/askhargapedia

You May Also Like

13 Komen Sini [Click]

  1. wah mudah nk shopping barang dapur skrg...

    ReplyDelete
  2. Senang tuuu. Xpayah pening2. Thank you sharing

    ReplyDelete
  3. Kak nina dah guna apps ni.... Bagus, sangat memudahkan kita jadi Pembeli yang bijak!
    Jimat banyak bila survey harga dulu

    ReplyDelete
  4. Haida suka apps ni sebab senang nk banding harga. Best pulak ada apps mcm ni, berguna untuk jd pembeli yg bijak.

    ReplyDelete
  5. Bagus betul ada apps gini. Sangat membantu kita berjimat lagi2 musim perayaan yang memang banyak guna duit kan

    ReplyDelete
  6. bagus apps gini...sebagai pengguna kita pun alert

    ReplyDelete
  7. Fuhhhh ensuami suka sgt ni,sebab dia suka sgt dok bandingkan harga abis kedai dia jelajah tuk tgk harga sebelum beli,yeayyyy tq juju nak try install n berlagak ngan dia jap tak yah pi kedai satu2 hahahhaha

    ReplyDelete
  8. Ohh,memang betul murah la butter Scs tu yer.Bagus ada apps sebegini.Jimat masa,tau kat mana ada murah,bole terus serbu.Awal awl lagi dah ada perbandingan harga

    ReplyDelete
  9. Bagusnya ada app macam ni, senang nak buat bajet untuk shopping

    ReplyDelete
  10. Senang gila guna apps ni. Jimat terus belanja..

    ReplyDelete
  11. Wahhh senanglah ada apps camni, sebelum shopping kita survey harga dulu.

    ReplyDelete
  12. mudahnya dengan apps ni..ya ampun memnag sangat berguna ni..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

FOLLOWER