Booking.com

Buffet Ramadhan 2018 - Bangi Golf Resort (BGR) seleksi juadah masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur.

by - Tuesday, April 17, 2018


Mengiurkan betul lihat Spaghetti Bolognese di atas kan? Terus rasa lapar sebab lama dah tak pekena western food. Baru-baru ini aku sekeluarga ke Bangi Golf Resort Restoren (BGR) untuk jemputan rasmi media preview bagi memperkenalkan seleksi juadah buffet ramadhan 2018. 

Soalan pertama, parking macam mana awak? 
Pasti soalan ini paling popular sekali. Kawasan tempat letak kereta tiada masalah, sentiasa luas dengan berkapasiti 800 parkir dan selesa untuk semua golongan termasuk warga OKU sangat sesuai beriftar di sini sebab ia tidak bertingkat. 

Sambil buffet ramadhan, sambil beramal?
Pernah dengar sambil berbuka puasa, sambil beramal? Menariknya untuk pengetahuan kalian, BGR akan menyumbangkan 50 sen kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan setiap satu jualan Buffet iftar. 

Bayangkan kalau kita belanja satu family berbuka di sini, dalam masa yang sama kita mendapat kredit membantu dari aspek kemasyarakatan bagi membantu insan-insan yang kurang bernasib baik. Lagi bertambah rezeki pahala. 

Kedua, BGR sendiri bekerjasama dengan Food Aid Foundation sebuah badan NGO yang dikenali sebagai bank makanan dengan motif utama untuk mengumpulkan lebihan makanan daripada buffet iftar bagi di dermakan serta di agihkan kepada yang memerlukan.

Terbaiklah! Tiada pembaziran, berbuka sambil beramal gitu....cayalah!


Bila mula Buffet Ramadhan 2018 di BGR?

Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan menghidangkan tetamu dengan signature Buffet Ramadhan mereka bermula 19 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018. Paling best harga berbuka puasa di BGR adalah paling murah dengan sajian setanding di hotel-hotel terkenal tau. 

Variasi tawaran menu: Lebih 200 jenis juadah istimewa terdiri dari seleksi juadah masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur.

Murah kan harga buffet gambar dibawah? Ya, tahun lepas aku sendiri tempah 1 table dengan 10 orang ahli keluarga. Mereka puji kesedapan dan keenakkan setiap hidangan. 



Surau di sediakan, jangan risau. Save the date ya, nak tengok menu iftar yang bakal di sajikan kepada kalian sila teruskan membaca dan jaga air liur tu tau, pasti buat kalian tidak sabar untuk berbuka di sini nanti bersama orang tersayang.

Kambing bakar! 
Sampai ke tulang aku snap haha, nampak daging di bakar dengan arang bawah tu, chef BGR sangat berpengalaman dalam bidang ini, rasa juicy dagingnya itu tidak muak untuk aku ulang-ulang makan. Itu sebab sampai nampak tulang je tu hihi.


Sajian menu utama pelbagai - Melayu Tradisi & Ala Kontemporari.
Nak lihat lagi antara sajian utama terkini, sila scroll ya, banyak menu utama di sediakan selain di atas. Contoh sajian nasi ayam hainan dibawah paling diminati bukan setakat orang dewasa ya, kanak-kanak pun suka. 




Satay ayam dan daging sangat lembut, aku puji kuah kacang tu sangat sedap, pekat dan terasa rempahnya. Layannnnn! 



Laksa Sarawak, ya siapa sangka, bagi mereka yang kepingin sudah lama tak ke Sarawak jangan risau, menu laksa Sarawak ada disajikan. Boleh jamu sepuas mungkin. Kuahnya cukup dengan rasa lemaknya. 

Laksa Singapore, ini menu baru bagi aku sendiri. Selalu dengar bihun Singapore tapi di BGR ada Laksa Singapore. Tak nak cerita banyak-banyak, datang sini cuba sendiri...kagum menu baru ni. 


Nasi kerabu pun tidak kurang hebatnya, dimakan bersama deretan kerabu dan sajian lain seperti ayam goreng. Makin berselera sebab ada pemikat selera seperti deretan sambal juga. 


“Sous Vide Egg with Mushroom Espuma” - ini sajian ala Barat yang kalian patut cuba. Wah kira datang ke BGR semua hidangan seantero dunia boleh rasa kan. Rasa macam one stop restoren buffet ramadhan. 

Siapa peminat bubur? 
Bubur kacang, bubur pulut hitam dan pelbagai lagi turut disajikan. Aku sendiri peminat bubur kacang hijau, kat sini kena dengan citarasa aku sebab aku suka ia tidak kedekut bahan. Pernah makan bubur kacang banyak tempat dan tak kena piawaian tekak Melayu macam aku. 

Kat sini kena...ulang-ulang makan bubur sampai pengsan haha. 


Sup Kambing Mamak, tudia sekawah tau haha, cedok sendiri nak banyak mana isi. Jangan membazir sudah, amalan syaitan bazir-bazir makanan ni. Sayang.


Abg Qi pun suka ala buffet kat sini, kawasan lapang tak membosankan anak-anak. Sambil ambil makanan anak-anak pun boleh ikut explore kawasan sekitarnya. Tak terlalu padat dan mudah untuk pergerakan.

Limpahan pencuci mulut !
Peminat dessert pasti senyum sampai ke belakang telinga. Beraneka juadah pencuci mulut pasti memberi kepuasan. Menu wajib kalian cuba seperti “Spanish Churros” bersama sos coklat pekat, “Italian Tiramisu”, seleksi kuih muih melayu beserta puding, agar-agar dan buah-buahan tropika. 

Ais krim gelato turut disediakan dan dihasilkan secara segar dengan variasi perisa yang unik seperti Durian dan Bunga Kantan turut disajikan sebagai satu kelainan di BGR.


Nikmati variasi pencuci mulut yang bakal memberikan kepuasan berganda seperti:
  1. Salted Caramel Brownies, 
  2. Bandung Lychee Cheese Cake, 
  3. Pina Colada Cheese Cake, 
  4. Blueberry Creme Brrulee Cake, 
  5. Talas Salted Corn, 
  6. The Patissier Mocha Fudge Cake, 
  7. Red Velvet Durian Mousse di dalam cawan, 
  8. Pandan Gula Melakam Mousse di dalam cendawan; dan
  9. Cendol Mousse di dalam cawan.



Pulut kuning dan roti jala pun ada, hmmm terus rasa macam dah raya haha! 💓

Teringin nak makan durian? Jangan risau, BGR kan ada! 

Tahun 2018, BGR akan menampilkan durian berkualiti premium melalui “Tempahan awal (Pre-order)” antaranya “Musang King” dengan harga serendah RM110/sekotak dan D24 pada hanya RM 55.00/sekotak. 


Teringin nak beli durian untuk berbuka atau hari raya boleh buat tempahan awal melalui laman web khas klik 👉 www.bgrrest.com/product/durian/



Rating kepuasan: Dari 5 bintang aku bagi 4 bintang dari segi kebersihan, kualiti kenakkan makanan serta kemudahan yang di sediakan dengan suasana yang sangat menarik. Tahun ini aku sendiri nak buat tempahan lagi nak belanja abah dan mama pula beriftar di sini, tahun lepas keluarga belah suami. 

Untuk keterangan lanjut mengenai berbuka puasa di Bangi Golf Resort Restaurant boleh layari link di bawah, tempah awal untuk elak tarikh yang dipilih penuh:
Address: No. 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia.
GPS Coordination: 2.95716N, 101.76518E
Reservations & Enquiries: 1700 81 8557

You May Also Like

10 Komen Sini [Click]

  1. syok kita meja dkt ngan tmpt mkn kn..cpt skit ulang alik hehe...Sous Vide Eggs dengan mushroom Espuma menu ni paling fav sbb tkde kt tmpt lain...yummmy...bgr menu meriah..harga pn murah

    ReplyDelete
  2. Murahnya harga dia.. Menu pun banyak, siap ada durian lagi ya..

    ReplyDelete
  3. Penuh meja makan begini. Puas makan dapat pula beramal. Memang peluang terbaik di bulan Mulia tu.

    ReplyDelete
  4. Harga dia murah laaa kannn....
    Menu meriah! Ada rezeki. Bulan puasa nanti nak pi sana berbuka laaaa

    ReplyDelete
  5. Wahh macam macam menu ada dekat BGR ni, semua nampak sedap pulak tu. Memang berbaloi lah kan berbuka puasa dekat sini.

    ReplyDelete
  6. bestnya tgk makanan tu kalau bulan puasa confirm teringin haha

    ReplyDelete
  7. wrong time tau bukak blog awak.. awal pagi perut akak dah berkeroncong.. huu~

    ReplyDelete
  8. ya memag sedap makannan dekat sini

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)

Booking.com

FOLLOWER